44:Cerai

591 4 2
                                    

"Ceraikan saya. " Terkeluar juga kalimah yang Allah paling benci itu dati mulut Rina.

Dia nekad. Sampai bila dia hatus berteka-teki dan menaruh harapan sebegini. Layanan Adi yang bertambah baik melemaskan lagi perasaan yang terbuku di dada Rina. Dia perlu keluar dari sesawang labah-labah yang menyeksa batinnya ini.

"Huk!" Tersedak Adi mendengar ungkapan nekad. Senada dan noktah. Seolah-olah tiada langsung perbincangan. Adi dihukum oleh keegoannya sendiri. Sekiranya wanita yang memegang kuasa talak. Pastinya saat ini Adi sudah bergelar duda.

"Huk...huk..hurmm.."Adi mebetulkan salur tekaknya agar dapat menelan makanan yang dikunyahnya dan suara untuk menidakkan permintaan Rina dapat disuarakan dengan tegas. Tapi wajah Rina yang serius yang menanti jawapan tanpa sebarang riak itu melunturkan keegoan Adi untuk berdegil.

Nafas panjang ditarik. Pinggan makanan diletakkan di tepi.

"Are you done?" Soal Adi cuba untuk bersikap tenang.

"Um.." jawab Rina sambil mengangguk.

Adi menekan loceng memanggil pelayan. Bil diminta.

"Jom...kita bincang ditempat lain" Ajak Adi tanpa menanti jawapan dari Rina. Adi bangun, mengambil tas tangan Rina dan berjalan keluar dari restoren itu tanpa menanti Rina.

Rina yang terpinga-pinga dengan kelakuan Adi hanya mampu mengejar. Tas tangannya dibawa olrh Adi, nak tak nak terpaksa juga dia mengikut rentak Adi yang telah meculik kebebasannya.

Tanpa duit..tanpa telefon...ditengah bandar....di malam hari...pada siapa Rina boleh meminta pertolongan di tempat yang asing ini.

"Adi...tunggu...beg saya..."

Kelibat Adi sudah jauh kehadapan..tenggelam dengan pengunjung yang ramai.

Nasib baik Rina masih ingat di mana Adi meletakkan kereta tadi..

Tergesa-gesa Rina menuju ke kereta.

Maafkan akuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang