Mika melangkah masuk ke dalam sebuah syarikat.Dia tahu dirinya dah terlewat untuk interview.Kalau bukan disebabkan perempuan tadi pasti dia dapat datang awal.Kenapa la dalam banyak-banyak manusia dia jugak yang kena bertembung dengan perempuan camtu.
"maaf cik..saya nak tanya sesi temu duga dah habis ke."tanya Mika pada seorang gadis .
"oh encik ni datang untuk interview ke? Saya minta maaf sesi temu duga itu ditangguhkan kerana bos kami perlu handle projek dekat luar.Jadi encik boleh datang minggu depan,boleh?"kata gadis itu dengan lembut.
"owh..maksudnya interview ni Cuma ditangguhkan bukan dibatalkan ,macam tu?"tanya Mika
"ye encik.."Jawab gadis itu
"Kalau macam tu terima kasih nanti minggu depan saya datang.." Mika berlalu pergi meninggalkan syarikat itu.Nasib baik ditangguhkan kalau tak pasti dia dah tak diterima kerja.Kiranya dia masih ada rezeki lagi.Khabarnya syarikat ini sangat terpengaruh.Dia beruntung dipanggil untuk interview di syarikat besar begini.
Mika pulang ke rumah sewanya yang baru sahaja dia duduk beberapa hari.Mika teringat akan kejadian dia dengan perempuan tadi.
"sayang ,muka je cantik tapi mulut bukan main lancang lagi.Langsung tak beradab."Monolognya.Tak sangka ada orang macam tu tapi tak hairan la kalau ada spesies macam tu sebab dia berada di KL bukan di kampungnya.
Aku meneguk air yang dibeli tadi .Rasa geram dengan sikap materialistik lelaki tadi.Kalau diikutkan nak je aku hempuk lelaki tu dengan kasut tumit tinggi aku ni.Dia yang salah aku pulak yang kena bayar ganti rugi.
"beb..kau dah kenapa ni?Moody semacam je.Kau gaduh dengan mama kau lagi eah.."tanya Laila
"haa beb..dari tadi lagi aku tengok kau macam nak makan orang je.Takut kitorang."Sampuk Qeena
Aku menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan.
"korang nak tahu cerita tak.." kataku
Dua orang ni kalau bab-bab gosip memang cepat menadah telinga.
"Tadi masa aku nak datang sini jumpa korang ,aku terlibat dengan small accident."Ujarku.Dua orang minah ni dah terlopong.Nak tergelak pun ada aku dibuatnya.
" KAU ACCIDENT??!!" Tanya qeena dan Laila serentak.Aku tergelak.
"sshh kita kat public ni.Perlahan la sikit.Bukannya teruk pun Cuma aku ada terlanggar kereta sorang mamat ni.Kau nak tahu tak mamat ni poyo gila." Kataku.Bila teringat balik memang sakit hati.
"owh..mamat? Mamat mana ?Handsome tak?". Tanya qeena teruja
"ehh yang kau teruja sangat ni dah kenapa.dengar aku habiskan cerita dulu."Meluat pulak aku dengan minah ni.Pantang dengar aku sebut mamat memang terus miang .
"hehe okk sorry-sorry.Sambung2".Kata laila
"Mamat tu tiba-tiba brek mengejut so aku tak sempat nak tekan brek and terlanggar bumper belakang kereta dia.Lepas tu dia suruh aku bayar ganti rugi untuk kereta proton saga dia yang buruk tu.Korang rasa logik tak?".Tanya ku tak puas hati.
"dia pakai kereta proton saga??Eeuuw apa kelas.Memang tak logik la kau nak bayar ganti rugi .Dasar materialistik punya jantan."Kata laila.Qeena pula mengangguk tanda setuju.
Aku happy sebab diorang setuju dengan aku.At least pendapat aku betul.
"tapi kan beb..maybe dia ada sebab kenapa dia brek tiba-tiba kan."Kata Laila.
"ada sebab atau tak itu bukan masalah aku.Sekarang ni dia yang salah kenapa aku nak bayar ganti rugi pulak." Kataku
"haa jugak ntah la.Tapi kau sempat tengok tak muka mamat tu.Handsome tak" tanya qeena
"kau ni tak habis-habis kan."Laila menepuk perlahan lengan Qeena.
"tengok.Tak handsome langsung.Muka macam apa entah." Kata aku.
Padahal bukannya teruk sangat pun muka mamat tu.Handsome jugak la..putih ,tinggi,badan pun macam sado tapi tak berapa sado sangat la.Sesuai dengan ketinggiannya.Ehh yang aku pergi puji dia dah kenapa .
"Ecehh ye ke??Mesti handsome kan .Alaa pakai kereta buruk pun kalau ada rupa apa salahnya.Kau minta nombor telefon dia tak??".Tanya Laila.Dah kenapa la dengan dua orang kawan aku ni.Aku tengah sakit hati dengan mamat gila tu diorang boleh pulak sibuk pasal mamat tu.
"dah kenapa pula aku nak minta nombor telefon dia.Gila namanya tu.Ehh yang korang ni nak tahu sangat pasal mamat gila tu dah kenapa?"tanyaku geram
"ala..kitorang nak tahu je..mana la tahu muka macam Park Seo Joon ke.."tanya Laila.
Aku tergelak.Boleh pula disamakan dengan artis korea.
"jauh gila perbezaan .Kau nak tahu tak lelaki tu gelap,pendek lepas tu gemuk pulak tu.Lelaki macam tu ke korang nak try."Kataku.Aku sengaja reka cerita pasal personaliti lelaki tu.Baru diam dua minah ni.
Laila dan Qeena ternganga.
"Gemuk?Erkk..kenapa kau tak cakap awal-awal.Not my taste la.."kata Qeena.Laila pula laju menggelengkan kepalanya.Aku sembunyi senyum.Tak sangka diorang percaya.
Baru diam.Aku harap aku dah tak jumpa dengan mamat gila tu lagi.Kalau jumpa memang aku hempuk dengan kasut aku ni.
TBC
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...