Setelah hampir seharian aku tawaf Pavilion dengan abang dan abang dah merungut penat terpaksalah kitorang berhenti makan kejap.
"abang lepas ni kita sambung shopping balik tau."Kataku.
"sambung lagi??Hanan tak penat ke..kaki abang ni dah nak tercabut tau asyik jalan je dari tadi.Kita pergi tempat lain la pula ye.."Kata abangku.
"Abang penat ke?Kalau abang penat biar hanan je la yang shopping sorang-sorang."Kataku seperti berjauh hati
"abang tak penat Cuma kita pergi tempat lain la..dah berapa jam kita dekat sini ni."Pujuk abangku.Abang memang tak boleh berkeras dengan aku.
Kesedihan aku adalah kelemahan abangku.Aku bahagia sangat.Masih ada lagi ke lelaki seperti abang dekat luar sana yang sangat sayangkan aku dan tak sanggup melihat aku sedih.Aku ingin memiliki lelaki seperti abang.
"hanan.." Abang aku melambai-lambai tangannya ke arah muka ku.
Aku tersentak.
"jauh termenung..fikir apa"Tanya abangku.
"Tak..tak de apa. Hmm ye lah kita nak pergi mana lepas ni.Abang ada plan ke?" Tanyaku
"hmm ada."Abang ku senyum
"mana??"
"adalah..."
Aku hanya mengangguk.
Tidak berapa lama kemudian kami tiba di Aquaria KLCC. Dah lama aku tak datang sini,last datang sini aku datang dengan Alex tu pun kejap je sebab aku lebih suka menghabiskan masa aku di kelab berbanding tempat lain.
"ok dah sampai.." Kata abangku ceria. Aku hanya tersenyum melihat abangku tersenyum ceria
"Aquaria KLCC..Ingat tempat apa la yang special sangat sampai abang nak berahsia dengan hanan,rupanya kat sini.." kataku.
"kenapa hanan tak suka datang sini ke?Kalau tak suka tak pelah kita balik je lah".
"ehh takk bukan tak suka..Abang ni.." Pantas aku menafikannya.Aku bahagia kalau jalan-jalan dengan abang.Tak mungkin aku menolak keinginan abang. "ok jom kita masuk."
Kami beiringan masuk ke Aquaria KLCC. Aku melihat pelbagai jenis ikan yang terdapat dalam Aquarium tu.
" Macam-macam jenis ikan ada dalam ni kan ,jerung pun ada tau.."Kata abangku.Aku melihat gelagat ikan yang berenang dalam aquarium tu.
"buaya ada tak abang?".Tanyaku sekadar menyakat. Abangku tergelak mendengar pertanyaan aku.
"kalau buaya betul tak de rasanya tapi kalau buaya darat ada kot kat sini.Nak abang carikan ke.." Perli abangku.Aku hanya tergelak.
" Tak payah..hanan dah ada boyfriend dah pun.." Tanpa sedar aku dah terlepas cakap.Alamak..mesti abang tanya macam-macam ni.
"hanan dah ada boyfriend? Tak bagitahu abang pun..siapa boyfriend hanan? Abang kenal ke?" Bertalu-talu soalan yang ditanya abang.Aku dah agak.Aduhh asal la celupar sangat mulut ni.Aku mengigit bibirku.Tiada jawapan.
"ehh cantik nya ikan tu..warna-warni la.Hanan rasa nak pergi tengok la".Kataku untuk menukar topik.
Aku mempercepatkan langkah ku dan meninggalkan abangku di belakang.Abang tak boleh tahu pasal Alex.Abang akan marah aku kalau dia tahu yang aku dengan Alex bercinta.Dia tak suka aku bersama Alex.
Amin menggelengkan kepalanya.Dia tahu adiknya menyembunyikan sesuatu darinya.Dia akan cari tahu siapa teman lelaki Hanan.Dia tak nak Hanan berkawan dengan budak-budak yang memberi pengaruh buruk.
Mikael sudah mula bekerja di sebuah syarikat bernama Syarikat Olivia Holdings.Syarikat ni merupakan salah satu syarikat terkenal di Asia.Dia sangat bersyukur kerana dapat bekerja di syarikat yang terpengaruh ni.Sudah seminggu dia bekerja disini dan pekerja-pekerja disini sangat baik.
"Mikael,dah waktu lunch ni Jom kita makan.Aku belanja."Kata Helmi.Helmi merupakan kawan rapatnya disini.Helmi juga lah yang mengajar nya tentang kerja-kerja yang patut padanya.
"ok lah kalau kau nak belanja." Kata Mika diiringi ketawa.
Mereka beriringan keluar dari pejabat itu menuju ke sebuah cafe yang tidak jauh dari pejabat mereka.
"Mika macam mana kerja kat sini.Ok?" tanya Helmi
"Alhamdulillah ok je.Setakat ni aku selesa kerja kat sini.Nasib baik lah kau recommend kan aku ,kalau tak susah jugak nak cari kerja tempat lain."
"ok la aku turut senang kalau kau happy kerja kat sini." Ujar Helmi
Mika hanya tersenyum dan menghirup air yang di ordernya.
"Mika , kau tak de berkenan dengan mana-mana awek ke dalam office kita tu.Semua cun wehh".Perangai 'buaya ' Helmi sudah kembali.Mika sudah masak dengan perangai kasanova kawannya ni.
"Kau ni semua perempuan nak try kan. Bukan ke kau dah ada awek."Tanya Mika
"memang ada pun tapi saja usha perempuan lain pulak."Kata Helmi diiringi gelak
Mika hanya menggelengkan kepalanya.
"Tapi aku dengar anak Bos kita cantik gila wehh.Tapi tu la aku tak pernah pulak nampak dia kat pejabat.Kalau anak lelaki dia pernah la jugak."Kata Helmi
"anak bos??" Tanya Mika
"laa kau tak tahu ke yang Bos ada anak."Kata Helmi.
"bukan tak tahu Cuma aku tak pernah nampak.Jadi aku ingat dia takde anak.Sebab kalau ada mesti anak dia akan kerja sekali dengan dia kan.Kenapa anak dia tak kerja dengan dia."Tanya Mika ingin tahu.Dia bukan nak menyibuk Cuma sebagai pekerja dia perlu juga tahu serba sedikit pasal bos dia.
"owh..anak sulung dia Tengku Firash Amin kerja dekat UK sebagai photoghrapher.Anak perempuan dia pulak aku tak tahu sangat sebab jarang orang bercakap pasal anak dara dia.Aku rasa Dato' Mokhtar tu memang bercadang nak wariskan jawatan dia dekat anak sulung dia sebab hari tu dia ada cakap yang anak dia akan ambil alih syarikat dia lepas dia berpencen nanti" .Terang Helmi panjang lebar.
"hebat kau punya penerangan ye..Tak sangka kau banyak tahu pasal Dato' Mokhtar."
"Alaa..aku dah kerja situ 3 tahun lepas tu ada la aku google sikit pasal Dato' Mokhtar masa aku mula-mula bekerja kat situ."
Mika hanya mengangguk faham.Setelah beberapa minit kemudian,Mika dan Helmi kembali ke pejabatnya kerana waktu lunch sudah hampir tamat.Mereka perlu menyiapkan tugasan di pejabat pula.
TBC
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...