Part 11

333 15 0
                                    

Hanan mencapai phone miliknya dan mendail nombor Alex ,namun Alex tidak angkat.

"Mana Alex ni..dah berapa hari tak call aku.Ditelan bumi ke apa susah sangat nak angkat phone tu."Kata Hanan.

Dia mencuba sekali lagi namun sama tidak diangkat juga.Geram pula hatinya.Tak pernah-pernah Alex buat perangai camni.

Amin melihat adiknya seperti mengomel sesuatu.Apa la yang diomel adiknya itu.Pagi-pagi dah bad mood.

"hanan..kenapa ni macam kucing hilang anak je abang tengok."Kata Amin

"Tak de apalah abang,kawan buat masalah je."Hanan mengukirkan senyuman yang manis dihadapan abangnya.Dia tak nak abang nya tahu yang dia mencari Alex boyfriendnya

"ye la tu..Tak pe lah.Ni abang nak bagitahu yang abang nak keluar lepas ni,jumpa kawan.Hanan duduk rumah ke atau hanan nak keluar jugak.Papa dan mama tak balik lagi kan."Ujar Amin.

"Hanan bercadang nak keluar dengan Qeena dan Laila pasni.Tak pelah abang keluar la dulu."Katanya

"ok." Amin bingkas bangun dan meninggalkan Hanan yang masih lagi mendail nombor Alex sebaik abangnya keluar dari biliknya

"Dia ni dah kenapa payah sangat nak angkat call tu.Ke dia dekat kelab.Tapi takkan lah dekat kelab pula pagi-pagi buta ni."Tekanya sendiri.

Hanan bersiap untuk jumpa Qeena dan Laila.Mana la tahu sahabatnya tahu Alex kat mana.

Amin melilau mencari kelibat sahabatnya yang dirindui.Seorang lelaki melambai kearahnya dan pantas Amin tersenyum.

"hey Mikael!!"Mereka melagakan tangan mereka.

"lama tak nampak kau ,Aku dengar kau baru balik dari UK kan."Tanya Mika

"haah..tapi aku kena luangkan masa dengan adik kesayangan aku dulu.Kau faham-faham la adik aku tu macam mana. Ujar Amin.

"yee adik kau tu memang sayangkan kau sangat."Jawab Mika

"Kau kerja kat mana sekarang ,Mika?"Tanya Amin.

"Aku kerja kat Olivia Holdings."

"tuu syarikat papa aku.Pengarah terbesar Dato' Mokhtar kan".Tanya Amin untuk kepastian


"haa..wow tak sangka pulak selama ni aku kerja kat syarikat papa kau."Ujar Mika teruja

"kan..aku pun tak sangka.Kecilnya dunia ni kan. "

"kau tak kerja sekali dengan papa kau ke.Tak pernah pulak kita tersempak kat office."Tanya Mika

"kerja Cuma aku jarang pergi office.Mungkin sebab tu la kita tak tersempak tapi kau jangan risau lepas ni aku akan selalu ada dekat office sebab aku dah kembali kerja kat office papa aku."Amin menepuk bahu Mika dan diiringi dengan gelak.

Mika dan Amin sahabat baik semasa mereka sama-sama study dekat UK.Cuma Mika lebih awal menamatkan pembelajarannya disana

"Nanti kalau free datang la rumah aku,boleh aku kenalkan kau dekat adik aku.Hahaha"Kata Amin

"Eh kau kesitu pulak.Kerja aku kat office banyak mana sempat." Jawab Mika

"haha sebab tu aku cakap kalau kau free."Ujar Amin sambil menghirup air sirap.

"Insya Allah."Kata Mika

********************************************************

Hanan memandang kosong sahabatnya yang leka memilih baju.Dia geram kerana sejak kebelakangan ni Alex jarang chat dia.Sibuk dengan perempuan lain ke apa.

"babe..kau kenapa aku tengok macam nak makan orang je ni."Tanya Qeena melihat sahabatnya diam dari tadi.Biasanya bab shopping Hanan la yang paling excited

"aku geram dengan Alex.Entah mana la dia pergi.Lately dia jarang contact aku.Senyap je.Bila call tak angkat,chat pun tak reply.Dia lupa ke aku ni hidup lagi". Dengus Hanan

"ye tak ye jugak.Aku pun tak nampak batang hidung dia.Dekat club pun tak de." Sampuk Laila

Hanan mengeluh.Alex tak pernah buat hal macam ni.Mana agaknya dia ni pergi.Tak bagitahu apa-apa pun.Hilang camtu je.Desis Hanan

Mereka bertiga meneruskan rancangan mereka untuk shopping.Lebih baik dia shopping dari memikirkan pasal Alex.Namun semasa mereka leka membeli-belah,Laila ternampak seseorang yang sangat dikenalinya.Alex

"wehh hanan..cuba kau tengok kat sana,tu bukan Alex ke?".Tanya Laila.Hanan segera berpaling melihat arah yang ditunjukkan Laila.

Benar itu ialah Alex namun Alex tidak keseorangan.Alex bersama dengan seorang perempuan yang cantik dan seksi juga.Siapa perempuan tu.Mereka nampak mesra sangat.Setahunya Alex tak de kakak atau adik perempuan.

Hanan melangkah menghampiri mereka.Laila dan Qeena ingin menghalang Hanan dari buat kecoh namun langkah Hanan lebih laju.

"sayangg..I nak yang ni please.."Kata perempuan itu pada Alex.Belum sempat Alex menjawab dia melihat Hanan menghampiri mereka.Membulat matanya melihat Hanan semakin menghamprinya

"well..well..well..So ni lah kerja you tak angkat call I ,chat tak reply ,rupanya busy melayan betina lain.Hebat permainan you Alex.Amazing!!!". Perli Hanan sambil mengukirkan senyuman sinis.

Alex menghampiri Hanan lalu memegang tangannya namun ditepis Hanan

"baby..i can explain.Semua ni salah faham je ok." Kata Alex

"sayang!! Apa yang salah fahamnya.Kita keluar dating kan"Sampuk perempuan itu.

"Shut up Sally!!" Alex menengking gadis bernama sally itu.

Hanan tersenyum sinis.

"salah faham konon..come on la aku kenal sangat la kau ni.Lelaki buaya darat cam kau memang tak pernah cukup satu."Kata hanan lagi.

"Sayang..please dengar dulu apa yang i nak cakap."

"Kau nak cakap apa lagi Alex.Bukti depan mata.Sekarang ni aku nak putuskan hubungan kita and kau pergi la dekat betina tu faham!!" Hanan ingin berlalu pergi namun Alex pantas memeluknya dari belakang.Secara spontan Hanan menolak kasar tubuh Alex lalu menamparnya.

"DON'T BE RUDE ALEX!!". Hanan mencerlung tajam Alex.Dadanya turun naik menahan marah.Dia tak suka orang biadab dengannya.Pantang.

"Hanan jom..kita pergi dari sini."Qeena dan Laila pantas menarik tangan Hanan supaya menjauhi dua orang makhluk itu.Mereka kenal Hanan macam mana.Tak kisah public ke tak ,Hanan bila marah memang tak boleh control.

"sayang wait..please listen to me".Alex ingin mengejar Hanan namun tangannya dihalang oleh Sally.

"you nak pergi mana?? You janji dengan I tadi nak teman i shopping kan."Kata Sally.

"lepaskan i Sally!!"Alex merentap tangannya dan mengejar Hanan.Namun Hanan sudah hilang di pandangan matanya.

Hanan dan sahabatnya masuk ke kereta.

"Kau nak pergi mana-mana ke?".Tanya Qeena

"Aku nak pergi karaoke..lepas karaoke kita pergi kelab.Aku nak tenangkan fikiran aku yang serabut ni."

Mereka pun menuju ke karaoke.

Hanan ,Laila dan Qeena menyambung keseronokan mereka ke kelab.Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.Namun Hanan masih belum mahu pulang.Mereka beriga sudah terhuyung-hayang akibat mabuk terutama sekali Hanan.

TBC

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now