SEMINGGU KEMUDIAN...
Mika teringat tentang ibu bapanya di kampung.Sudah lama dia tidak pulang ke kampung.Sejak kebelakangan ni dia asyik busy dengan kerja je.Sesekali dia pernah juga call ibunya di kampung tapi masih lagi tidak dapat nak ubat rindu pada ibunya.
Dia terfikir untuk balik kampung hujung minggu ni.Pasti orang tuanya suka jika dia pulang kampung hujung minggu ni.Sudah terbayang senyuman di wajah ibunya akan kepulangan dia nanti.Mika tersenyum sendiri.
"Amboi..amboi..lebar senyum tu...Ingat awek ke.."Suara Amin menyentakkan lamunan Mika.
"Eh kau ni terkejut aku.Tak delah..Aku ni mana ada awek."Kata Mika.
"Ye la tu.Ke..kau fikir pasal adik aku.Elok jugak tu.Aku boleh jadi abang ipar kau kan.."Seloroh Amin.Namun dia benar-benar memaksudkannya.Dia lebih suka jika adiknya bersama dengan sahabatnya ini.Dia yakin Mika mampu bahagiakan adiknya.
"Ke situ pulak kau fikir.Jauh naw fikiran kau melayang eah..Ingat adik kau buat apa."Mika menggelengkan kepalanya.Jauh pulak fikiran sahabatnya ini.
"Ahaha..dahtu kau fikir apa sampai senyum sorang-sorang."Tanya Amin.
"Aku tengah terbayangkan muka mak aku kat kampung.Aku bercadang nak balik kampung hujung minggu ni.Dah lama aku tak balik."Ujar Mika.
"Owh..hm sounds good.Elok lah tu..Kesian mak ayah kau kat kampung.Sorry lah sebab masalah keluarga aku sampai kau pun terlibat sama sampai tak sempat nak balik jumpa mak ayah kau.Aku minta maaf sangat ii."Kata Amin.Dia rasa bersalah dengan Mika.
"Tak de apa lah..Kau tak payah minta maaf atau nak rasa bersalah sangat.Kita kan kawan.Time tu kau perlukan bantuan aku tolong nanti bila aku perlukan bantuan kau time tu kau pulak tolong aku.Tak gitu ke.."Kata Mika diiringi gelak.
"Mestilah.Kau kalau ada masalah bagitahu je aku.Insya Allah aku tolong."Kata Amin.
"Haha ye lah."
************************************************
Hanan ralit menonton drama korea, Suspicious partner.Handsome betul hero dalam drama tu.Sweet pulak tu.Kalaulah dia dapat lelaki macam ni dalam hidupnya.Pasti dialah perempuan paling bahagia dalam dunia ni.
Hero dalam drama ni mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.Baik..sweet..tinggi..suka budak-budak..yang paling penting pemaaf.Dia suka sangat lelaki yang pemaaf.Tak kira la salah siapa pun lelaki tu tetap akan minta maaf dengan pasangannnya.Haihh ada ke lelaki macam tu sekarang.
Tiba-tiba dia teringat tentang Mikael.Entah kenapa sejak kebelakangan ni Mika selalu je muncul dalam fikirannya.Bukan setakat fikiran tapi sampai dalam mimpi pun Mika ada.
"Asal aku teringat kat dia pulak ni.."Monolognya.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Hanan mencapai phonennya.
Bodyguard menyusahkan
"Assalamualaikum Hanan..." –MIKA
Hanan melihat mesej dari Mika.Dia lupa untuk tukar nama Mika.Ye laa dulu dia bencikan Mika so sebab tu dia save no mika macam tu.
"Waalaikumsalam."-HANAN
"Hanan esok saya nak balik kampung beberapa hari.Saya bagitahu awak sebab saya takut awak tercari-cari pulak nanti.-MIKA
"Eeee..perasan.Kenapa pulak I nak cari-cari you pulak.-HANAN
"Hahaha..mana lah tahu kan.Awak rindu saya ke tiba-tiba."MIKA.
"Tak de makna lah I nak rindu you."-HANAN
"Haha ye lah..tak de lah saya gurau je.-MIKA
"Ye lah.I tak terasa pun."-HANAN.
"Err..kalau awak nak ikut boleh je.Ye lah sekarang kan awak dah tak boleh keluar malam dan dah tak pergi kelab so takut la awak bosan pulak.Kalau awak ikut saya balik kampung takdelah sunyi je."-MIKA.
Entah kenapa Mika berani ajak Hanan balik kampung dengannya.Tadi dia terdengar Amin dengan Dato' Mokhtar berbincang di bilik mesyuarat.Dia tak sengaja terdengar perbincangan itu.
Dato'Mokhtar dan Amin ingin ke Singapore dan Datin Faridah pula perlu ke Johor kerana urusan bisnesnya.
"Ehh..tak kuasa la I nak ikut you balik kampung."-HANAN.
"Tak delah takut awak bosan duduk rumah sorang-sorang.Family awak kan semuanya nak ke luar bandar nanti. Saya terdengar papa dengan abang awak meeting tadi."MIKA
" I tahu..tapi tak pe I boleh je tumpang rumah Laila ke Qeena ke.."HANAN.
"Tak pe lah macam tu.Saya risaukan awak je."MIKA.
Hanan terpana.Mika..Mika risaukan dia??Dia tak salah baca ke apa ni.Pipinya mula berona merah.
"you..risau kan I?".HANAN
"Yelah.Saya takut kejadian dulu terjadi balik."-MIKA
"Owh..err tak pelah nanti kalau I ubah fikiran I call you ".HANAN
"OKK.Kalau macam tu Good night.Sweet dream Hanan."
Hanan tersenyum sendiri.Sweetnya la mamat bodyguard ni.
"Ye..Too"HANAN.
Dia sengaja balas begitu tak nak mika tahu tentang dirinya sekarang yang sedang di awang-awangan bila dapat wish night dari lelaki itu.
Mika risaukan dia?? Aww so sweet.Hanan menggulingkan badannya di atas katil.Malamnya nanti pasti lena dibuai mimpi yang indah.Dia tahu dia sudah jatuh cinta dengan lelaki yang pernah dibencinya dulu.Dia mengaku.Ye..Aku cintakan kau Raiyan Mikael.
Mimpi yang indah kau bersamaku...
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya..
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi.
Mika...Mika...
Ketukan pintu menyedarkan Hanan dari terus bernyanyi lagu Haqiem Rusli.
"Hanan...kamu ok tak kat dalam tu.Malam-malam buta nyanyi lagu-lagu jiwang.Seram pulak abang dengar."Suara abangnya di balik pintu itu membuatkan Hanan ketawa.
"Hehe sorry abang.."Kata Hanan.
"Haih..macam-macam lah kamu ni."
Suara abangnya terus menghilang.
"Abang ni kacau je orang berangan."Omel Hanan.
Hanan tertidur dengan senyuman di bibirnya.Diulit mimpi yang indah..
TBC
HYE READERS.MACAM MANA PART NI??
BEST TAK??
JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT OK.
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...