Part 1

1.2K 30 2
                                    

HANAN'S POV

Jam dalam bilik aku berdering menganggu lenaku.Aku terpisat-pisat membuka mata.Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.

" pelik..biasanya mama akan membebel pagi-pagi macam ni ". Omelku. Biasanya mak aku akan bising kalau aku lambat bangun , pelik hari ni tak de pulak dia jadi ' jam loceng' aku.Aman hidup aku hari-hari macam ni.

Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Lepas ni aku bercadang nak keluar dengan Qeena dengan Laila. Qeena dan laila adalah sahabat aku dunia akhirat. Hujung minggu macam ni memang kitorang melepak ke shopping mall la alamatnya. Duit bukan halangan, aku boleh beli apa je yang aku nak. Papa tak pernah halang tak macam mama aku. Ehh terlebih pulak cerita.

" bibik..bibik.." panggil ku.

" iya cik Hanan.."

" Mana kunci kereta I ,I cari satu rumah tak jumpa pun". Hairan kunci kereta aku hilang. Semalam elok je ada kat atas meja solek aku.

" Oh kunci kereta Cik Hanan Dato udah rampas Cik..". Serba salah bibik itu mengujarkan kata.

" WHAT??!! Rampas?? Bila masa pulak papa ambik ni.. eeee semak lah.."

Ni mesti mama yang hasut papa suruh ambik kunci kereta aku ni kalau tak takkan la papa akan ambik kunci kereta tanpa izin aku. Aku mencapai Iphone 11 pro milikku. Aku mendail nombor papa.

"Hello papa! Papa rampas kunci kereta Hanan eah.."

" Hanan..cuba bawak bertenang..iye memang papa yang rampas kunci kereta hanan sebab papa tak nak Hanan merambu malam-malam buta lagi.Entah ke mana Hanan pergi malam-malam." Ujar papaku.

" sampai hati papa.Hanan benci Papa!!" Aku mematikan panggilan .Sakit hati aku.

Aku naik dan masuk ke bilik aku. Aku menghempaskan badan aku atas sofa.

" Semak la macam ni..semua benda tak boleh."

END POV

Datin Faridah masuk ke bilik pejabat suaminya.

" Macam mana bang.. Hanan ada call abang ke ?

Dato Mokhtar tersenyum

" mengamuk sakan anak dara kita tu Dah..". Terkenangkan suara anak daranya tadi yang geram dirampas kunci kereta membuatkan dia menggelengkan kepala.

" Bangg..Dah risau la keadaan Hanan tu. Lepas ni mesti dia cari jalan untuk keluar malam lagi." Keluh Datin Faridah.

" I pun tak tahu nak buat apa dah..dah mati akal dah i fikir cara nak bentuk anak kita tu." Kali ni satu keluhan berat di bibir Dato Mokhtar.

Datin Faridah juga bingung mahu membentuk Hanan. Anaknya itu sudah jauh berubah disebabkan pengaruh kawan-kawan.

" tak pelah.. i pun lepas ni ada perjumpaan dengan kawan I ..kita discuss benda ni kat rumah nanti la.." Datin Faridah bingkas bangun dan berlalu meninggalkan bilik suaminya itu.

HANAN'S POV

Aku mencari akal macam mana nak keluar dengan kawan –kawan aku malam ni. Aku dah janji dengan diorang nak join birthday party Laila dekat kelab. Kalau Laila yang menganjurkan pastinya party itu liar. Aku mendail nombor Qeena.

"hye beb..kau pergi mana kitorang tunggu kat mall tak de pun.Puas tau kitorang tunggu.

" kunci kereta aku kena rampas dengan papa aku..semak lah. Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak join korang malam ni." Keluh ku.

" hanan..hanan..apa function Alex beli motor besar kalau dia tak boleh nak angkut kau kesana kesini." Kata Qeena.

Ya tak ye jugak apa minah ni cakap kan..kenapalah aku tak terfikir yang Alex boleh jemput aku.

" Hanan.. hanan.. are you there? "

"yes..yes i here. Ok lah aku nak text Alex untuk jemput aku .Thanks beb .see you tonight."

Talian dimatikan

ALEX

Biy...

Ye sayang...

You boleh tak datang ambik I sekarang..

Kat mana?

Rumah i la..

Kereta you pergi mana sayang

Papa i dah rampas kunci..sedih tau..

Owh..you nak i datang jemput you sekarang ke.

Yup ..now!!

Ok wait for me k..

Ok tq biy..

Wc sayang..

"sekarang aku kena bersiap kalau mama dan papa balik masak aku." Aku membuka almari aku untuk mencari baju sesuai untuk party malam ni.Baju dress merah yang tergantung di dalam almari itu sesuai juga untuk birthday party.

END POV

Deruman motor besar yang kedengaran dirumah Dato Mokhtar membuat Hanan tersentyum.

"Alex dah sampai.." monolog hanan

Hanan membuka pintu dan melihat Alex dah sedia di atas motor itu.

"hye baby.." ujar Alex sambil mengucup pipi kanan hanan

"hye..thanks god you jemput i , kalau tak memang i tak boleh join you alls." Kata Hanan.

"of course I akan jemput you baby..dah jom naik."

Hanan menunggang motosikal milik Alex. Motor besar itu meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.

TBC 

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now