Part 27

346 15 0
                                    

Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar halus pipi Hanan.Hanan memejamkan mata menikmati suasana yang menenangkan itu.

Bayangan-bayangan dirinya dahulu kembali menerpa di fikirannya.Hidupnya bergelumang dengan dosa.Kehidupannya seperti budaya barat itu akhirnya memakan dirinya.Hampir sahaja maruahnya tergadai di tangan ex nya , Alex.

"Assalamualaikum..".Tegur seseorang.

Hanan membuka matanya dan jantungnya pantas berdegup kencang.Wajah yang pernah dia benci separuh hati dahulu ini lah yang telah menyelamatkan maruahnya.

"Waalaikumsalam."Hanan mengukirkan senyuman.

"Jauh fikiran tu melayang.Teringat dekat sape."Tanya Mika.

"Tak delah.Cuma I fikirkan kehidupan I yang dulu. Hmm.."Kata Hanan.

"Benda yang dah lepas tu tak yah la ingat..Yang penting sekarang ni awak dah sedar dan takkan buat balik kan??".Tanya Mika.Manalah tahu perangai Hanan yang dulu kembali semula.

"Tak lah..saya dah beberapa minggu tak pergi kelab."

"Baguslah tu."

"Bagus tu memang lah bagus Cuma dua orang minah kepoh tu yang sentap sikit dengan I.Hahaha..."Hanan tergelak bila membayangkan muka sahabat-sahabatnya memuncung kerana dirinya yang sudah tidak pergi kelab.

"Alaa kalau diorang ikhlas kawan dengan awak..diorang takkan tinggalkan awak kerana diri awak sekarang."Kata Mika memberi nasihat.

"Tahu..saya percaya yang diorang takkan tinggal saya sebab saya dah berubah."Kata Hanan.Dia kenal sahabat-sahabatnya.Walaupun mereka agak sosial tapi mereka bukan jenis kawan tikam kawan.

Mereka berdua mula berjalan-jalan sambil berbual.Hanan merasa bahagia saat ini.Adakah ini dinamakan cinta?? Adakah dia dah jatuh hati pada lelaki bernama Mikael ini?

"Hanan..kenapa pandang saya macam tu..".Kata-katanya menyentakkan lamunan aku.

Aduhh kenapa lah aku pergi tenung dia macam tu.Malunya...Bodoh la kau ni Hanan..Asal kau pandang dia macam tu.Mana aku nak letak muka.

"Err..ma..mana ada..T-tak..payah..perasan ok."Kata ku gagap.Lidah aku pulak buat hal.Asal kau gagap-gagap pulak ni.

"Haha..ye ke..Kalau tak kenapa pipi awak merah..Awak malu eah.."Kata Mika sambil menundukkan sedikit mukanya untuk melihat muka Hanan yang merah.Comel je minah ni blushing.

Hanan menyentuh pipinya.

"Mana ada lah!!Cuaca panas sebab tu muka I merah.."Nafiku.

"Alolo comelnya..."sakat Mika.Suka benar dia menyakat Hanan.Lagi-lagi bila Hanan blushing.Comel je.

Lagi la merah muka Hanan bila Mika cakap camtu.Uishh melting gila weh..Asal kau ni sweet sangat.

"Diam la kau...Aku cepuk dengan beg aku ni kang.."Marah Hanan.Dia sebenarnya bukan marah pun Cuma nak cover dia punya malu.

"Okk..uissh garangnya awak ni..Jangan la marah-marah.."Mikael mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seperti penjenayah.

Hanan melangkah dengan laju dan meninggalkan Mika di belakang.Tak sanggup rasanya dia nak duduk lama-lama depan Mika.

Jantungnya macam nak pecah bila menatap mata Mika.Selama ni dia tak perasan pulak yang boleh tahan kuat jugak aura mamat ni.

"Hanan..".Panggil Mika dengan lembut.

"err ye.."Hanan menjawabnya dengan gugup.

"Saya sebenarnya nak bagitahu sesuatu dekat awak ni.."Kata Mika.

Entah kenapa Hanan rasa tak cukup nafas..Apa yang Mika nak beritahu dia.

"A..apa dia.."Tanya Hanan tergagap.

"Err..sebenarnya..saya.."Ayat Mika yang tergantung buat Hanan lebih tak sabar nak tahu sambungan ayat tu..Hanan menanti dengan penuh sabar.

"Cakap la.."Kata Hanan dengan geram.Lantak la Mika nak fikir apa.

"Okk..Err saya sebenarnya nak cakap yang saya..err saya..."Sekali lagi ayat dia tergantung membuat Hanan lebih geram.

"Saya apa?!!Kalau tak nak cakap tak payah cakap!".Kata Hanan dengan geram.Sakit pulak hati dia Mika cakap tergantung macam tu.Seperti sengaja mendera hati dan perasaannya.

"Err..saya..saya lapar."Bodoh.Bukan itu yang dia nak cakp.Lain yang dia nak cakap lain pula yang terkeluar dari bibirnya.Gerutu Mika dalam hati.

Hanan tercengang.Lapar?? Huh ingat apa yang susah sangat nak keluar dari mulut mamat ni rupanya lapar.Entah kenapa dia mengharapkan Mika menyebut sesuatu yang lain. Cinta? Mungkin.Hish mengarut lah.

"Cakap la awal-awal..Ni buat saspen orang je.Ingat apa la tadi rupanya lapar je."Omel Hanan.

"Sorry..".Kata Mika.Sebenarnya dia nak beritahu benda lain tapi lain pulak yang keluar.Mika..Mika..Asal kau lembap sangat.Mika memaki dirinya sendiri dalam hati.

Hanan menghempaskan dirinya ke katil.Dia memejamkan mata untuk menghilangkan rasa penat.Walaupun dia rasa penat tapi dia happy sebab hujung minggu macam ni dia keluar dengan Mika.

Teringat pula masa dia borak dengan Mika tadi.Dia rasa tenang dan selamat je bila disamping lelaki itu.

Tok..Tok..Tok..

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Hanan.

"Hanan..abang ni.."Suara abangnya di sebalik pintu membuat dia bingkas bangun.Hanan membuka pintu.

"Abang..ada apa?".Tanya Hanan.

"Hanan baru balik eah.."Tanya Amin pula.

"Haah..".

Amin melangkah masuk bilik adiknya dan duduk di beranda bilik adiknya.

"Hanan tadi keluar dengan Mika ke?".Tanya Amin.Dia senang sangat kalau adiknya rapat dengan kawan baiknya itu.Itulah rancangan sebenarnya.Dia ingin menyatukan adiknya dengan sahabatnya Mika.

"Err..Haah.Hanan keluar dengan Mika.Abang marah ke?".Tanya Hanan.Manalah tahu abangnya tak suka dia keluar dengan Mika.

"Laa abang nak marah kenapa..abang suka lagi.".Jawab Amin.Tiasa sebab untuk dia marah.

"Owh..hehe ingat abang marah Hanan."

"Hanan..Hanan suka Mika tak?"Tanya Amin.Entah kenapa dia berani meluncurkan soalan itu pada adik kesayangannya.

"Hah??!"Membuntang mata Hanan bila ditanya begitu.Abang ni kenapa.Tiba-tiba je tanya soalan cepumas ni.

"Haha..tak de lah abang gurau je.Ye lah..lately abang tengok Hanan dengan Mika rapat je so mana lah tahu kalau korang ada apa-apa ke kan.."

"Abang ni mengarutlah.Mana ada.." Jawab Hanan.Dia sendiri tak pasti perasaannya pada lelaki itu.Dia sedar yang dia rasakan sesuatu dalam hatinya bila berhadapan dengan Mika.Namun dia tak pasti.Perasaan apakah itu.

TBC

HYE READERS KESAYANGAN SEMUA..SORRY SANGAT II AUTHOR LAMBAT UPDATE.AUTHOR ADA MASALAH SEDIKIT SAMPAI LUPA NAK UPDATE CERITA NI. AUTHOR MINTA MAAF SANGAT II YE..SORRY SEBAB AUTHOR TAK TEPATI JANJI.LATELY AUTHOR BANYAK MASALAH SO MOOD NAK SAMBUNG CERITA PUN TAK DE. TAPI AUTHOR AKAN CUBA UNTUK HABISKAN CERITA NI.DALAM BEBERAPA PART LAGI JODOHKU RUPANYA AKAN HABIS OK...SO HOPE YOU GUYS ENJOY MY STORY.LOVE YOU ALL.

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now