Dato' Mokhtar melihat pemandangan hijau di hadapannya.Sudah lama dia tidak pulang ke kampung ini.Tempat dimana dia membesar dengan ibu bapanya.Dia sudah lama tidak menjenguk mak dan ayahnya.
Sebuah rumah kayu dipandangnya pilu.Sudah sekian lamanya dia tidak menjejakkan kaki ke sini sejak syarikatnya semakin berkembang.
"Assalamualaikum..."Dato' Mokhtar memberi salam.
"waalaikumsalam kejap ye.."Kedengaran suara seorang yang sudah tua menyahut salamnya.Baju bercorak bunga hijau dan berkain sarung terpancul di pintu.
"M..mak.."Dato'Mokhtar menghulurkan salam untuk bersalaman dengan maknya.Wajah tua yang sudah lama tidak ditatapnya kini berada di hadapannya.Matanya berkaca-kaca sudah tidak dapat dibendung lagi.
"baru sekarang kamu jumpa jalan balik...5 tahun kamu tak datang sini ,langsung tak jenguk mak,tak tanya khabar sihat ke tak..kamu Cuma pentingkan kerja kamu dekat bandar tu."Jawab maknya.
"M..mak...Mokhtar minta maaf mak.Mokhtar tahu Mokhtar salah ,Mokhtar lupa tanggungjawab sebagai seorang anak..Ampunkan mokhtar mak.."Katanya.Dia sudah tidak mampu untuk menahan rasa sedih dan sebak dalam hatinya ini.
"baliklah Mokhtar..mak dengan ayah dah tak kisah kamu nak balik ke tak nak balik.Kamu balik kali ni pun sorang diri.Mana keluarga kamu?? Mak tak pernah jumpa cucu perempuan mak.Cucu lelaki pun dua kali saja pernah jumpa.Lebih baik kamu baliklah."
Mak nya terus menutup pintu tanpa menunggu jawapan dari anaknya.Sungguh dia kecewa dengan sikap anaknya itu.Hati tuanya luluh bila terkenangkan anaknya yang langsung tak pernah tanya khabar dirinya dengan suaminya.
Mokhtar mengeluh hampa.Dia tahu maknya marah dengan tindakannya.Dia tidak mahu memaksa maknya untuk maafkan dirinya.Dia yakin bahawa satu hari nanti maknya akan lembut hati juga.
******************************************************
Hari ni dia berjaya melepaskan diri dari mamat bodyguard itu.Dia terus memecut laju kereta porche miliknya.Dia sudah beritahu Laila dan Qeena malam ni dia nak enjoy puas-puas tanpa ada halangan.
"padan muka kau.Sibuk sangat nak ikut aku kesitu sini.Kau ingat susah sangat nak lepaskan diri dari kau."Monolognya.
Keretanya tiba di sebuah kelab yang terkemuka di Kuala Lumpur.Kawan-kawannya sudah tunggu di dalam.
"Hanan Raisya..."Panggil sahabatnya sebaik dia masuk dalam kelab tersebut.Sahabat-sahabatnya terus memeluknya.
"kitorang rindu gila kat kau beb..Dah lama kau tak datang kelab." Kata Laila teruja.
"yeah i know..Cuma sekarang ni hidup aku kena control dengan lelaki kampung tu.Susah la sikit.Tapi don't worry malam ni kita enjoy puas-puas."Jerit Hanan.
"Hottiest girl at club is come back!!! Hanan Raisya!!".Jerit Qeena pula.Tidak dinafikan Hanan antara gadis yang paling hot dan popular di kelab malam dengan mukanya yang cantik dan badannya yang menggoda.
Hanan dan sahabatnya menari mengikut rentak muzik yang dimainkan DJ.Sesekali mereka meneguk minuman keras di hadapan mereka.
Tangan-tangan yang gatal menjalar di belakang Hanan namun Hanan langsung tidak hiraukannya.Baginya tiada salah jika sikit-sikit.Asal tidak melebihi batas.Setakat bercumbu dan berpelukan hanya perkara remeh untuknya.
Hanan telah hanyut dalam hasutan dan gelora remaja.dia sudah jauh tersesat.Bertahun-tahun dia hidup macam ni tanpa teguran dan halangan dan dia tak nak sesiapa pun menyekat kebebasan hidupnya ini.
"Beb..Alex datang."Bisik Qeena.Aku memandanng lelaki yang semakin menghampiri aku.
"Apa lagi mamat ni nak dari aku."Kataku.
"baby girl..how are you dear?"Kata Alex sambil tangannya meraut pinggangku.Aku cuba untuk leraikan namun tak berdaya.
"Kau nak apa lagi hah jantan.Tak serik lagi ke kena tumbuk."Kataku.
"Wowowo..main kasar nampak.Come on la you macam tak kenal I Hanan. I nak you lahh."Katanya
Aku tersenyum sinis.Rasa tak masuk akal kata-kata Alex.
"You dah curang dengan I now you nak I balik. Eh I takkan kembali dekat you lah."Kata ku tegas.
Tanpa isyarat dia terus memeluk aku lalu membisikkan sesuatu di telingaku. " I takkan lepaskan you sayang.You my baby girl and always be my baby girl."
Aku tersentak. Aku terus menolak kasar tubuhnya.
"Jangan mimpi!! You takkan dapat I sampai bila-bila.Remember that!!".Marahku.
Alex berlalu pergi meninggalkan kelab tersebut. Panas hati aku dengan kata-kata Alex sebentar tadi.Dia ingat dia hebat sangat.
Tiba-tiba aku rasa tanganku direntap kasar.Aku terkejut.
"Sakitlah!! Lepaskan aku Alex!!"Jeritku.
Lelaki itu berpaling dan ternyata lelaki yang merentap kasar tanganku itu bukan Alex namun Mikael,bodyguard aku.Mood aku dah la tak berapa nak baik mamat ni cari pasal pula.
"Sakitlah sial!! Berani kau kasar dengan aku.Lelaki kampung tak sedar diri!!".Maki ku.
"Diam lah perempuan.Kau ni memang betul-betul menyusahkan aku."Kata Mikael.
Aku membuntangkan mata.Mamat ni tak pernah-pernah kasar dengan aku lagi-lagi bercakap begitu.Mabuk ke apa dia ni.
"Excuse me..aku menyusahkan kau??!Aku?? Eh kalau kau nak tahu kau yang menyusahkan hidup aku.Dari first aku jumpa kau sampai sekarang kau tak habis-habis bagi bala dekat aku!!".Marahku.
" Baik awak diam dan masuk kereta dengan elok.Sebelum saya paksa awak masuk kereta."Katanya.
"kau ingat kau sape nak arah-arah aku."Kataku kasar.
Perasaan benci aku terhadap lelaki bernama Mikael ni semakin membuak-buak.Benci yang teramat sangat.Sumpah lelaki ni betul-betul menyusahkan hidup aku.
Mika mendekatkan mukanya pada diriku.Sekarang jarak aku dengan dia hanya beberapa jengkal sahaja.Aku boleh rasa nafasnya di mukaku.
"saya cakap sekali saja.Masuk kereta dan duduk diam-diam.Jangan nak melawan."Katanya.
Jantung aku berdegup kencang.Kalah orang lari maraton.Aku tak faham kenapa aku perlu rasa begini sedangkan bukan tak pernah aku bercumbu dengan lelaki terutama Alex.Tapi kenapa dengan Mika perasaan nya jadi aneh.
Aku menolak kasar tubuhnya dan terus membuka pintu.Malas nak melawan perasaan yang aku sendiri tak faham.
TBC
SORRY PART NI AGAK BORING.AUTHOR TAKDE IDEA NAK SAMBUNG CERITA HEHE.BTW THANK YOU ATAS FEEDBACK KORANG.LOVE YOU GUYS.
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...