Seminggu kemudian...
Mika mula bekerja di syarikat Olivia Holdings seperti perjanjiannya dengan Dato' Mokhtar dan Amin.
"Mika nanti fail biru tu hantar dekat atas meja Tuan Amin."Kata Syah.Rakan sepejabatnya.
"Oh ye nanti aku hantar.Tuan Amin ada kat bilik ke?".Tanyanya.
"Tak de dia keluar meeting dengan Dato' Omar."Jawab Syah.
"Ok lah kalau macam tu."Mika meneruskan lagi kerjanya.Dia mengerling jam di tangannya.Hampir waktu lunch.
Di cafe ,Mika hanya makan mee goreng dan air bandung sahaja.Biasanya waktu macam ni dia akan teman Hanan pergi shopping.Hanan memang minat shopping.Kalau boleh hari-hari dia pergi Pavi.Entah apa yang dibelinya pun tak tahu.Macam takde tempat lain nak pergi.
Gadis itu tidak dinafikan cantik di matanya tapi sayang perangai dia memang tak boleh buat calon bini langsung.Kalau perangai Hanan itu baik tak mustahil dia akan jatuh hati dekat gadis garang itu.
"hisshh apa yang aku mengarut ni."Desis hatinya.
"Amboi..jauh termenung.Ingat awek ke??"Satu suara yang menegurnya menyentakkan dia dari lamunan.
"Eh Syah..Tak de lah.Fikir pasal kerja sikit."Kata Mika.
"Ye la tu..Ni aku nak tanya kau ni.Kau pergi mana hari tu , lama benar kau tak masuk kerja.Dekat sebulan jugak la.Aku ingat kau berhenti."Kata Syah.
"Owh..aku berhenti untuk sementara je. Ada kerja sikit.Tu yang lama tak masuk pejabat tu."Kata Mika.
"Owh..kau nak kahwin ke?"Sakat syah.
Mika tergelak.Kahwin??Girlfriend pun tak de. "Mengarut lah kau ni.Tak de maknanya kahwin.Aku nak fokus kerja kumpul duit dulu."
"Haha ye lah.Dah la jom.Lunch dah nak habis dah ni."Kata Syah.
Hari ni Hanan hanya duduk rumah.Malas pulak dia nak keluar.Kalau keluar pun malam ni je la.Dia mencapai phonenya.
Terdapat banyak missed call dan chat dari Alex.
"Apa lagi yang dia ni nak dari aku.Tak faham bahasa ke apa.Rimas betul lah."Kata Hanan.
Sayanggg ...I'm sorry.I tahu I salah.
Tolong la jangan buat I macam ni.I sayang you..
I baru sedar yang you penting dalam hidup I
I tak boleh hidup tanpa you sayang..
Please..dont leave me...
I love you so much
I need you..I really need you in my life..
"Mamat ni gila ke apa..sejak bila pulak dia ni sayang aku. Eeee semak betul lah.Kau yang buat masalah ,sekarang nak minta maaf pulak. What the hell."Maki Hanan.
Menyampah betul dengan Alex ni.Dia dengan Alex bercinta hanya atas dasar populariti dekat kelab tu je.Tak mungkin dia akan bagi hatinya ini pada lelaki hidung belang macam Alex.Hati dia hanya untuk MR.Right nya sahaja.
"My Mr.Right..tak kisah la dekat mana pun kau berada sekarang..Jagakan hati mu untukku.Kita pasti akan bertemu satu hari nanti. I love you and just you"Kata Hanan.Entah apa yang rasuk dia tiba-tiba dia berpuisi macam ni bagai.
Mika yang sedang fokus buat kerja tiba-tiba tersedak. "Uhuk..uhuk..ehem.."
"Kau kenapa Mika tiba-tiba tersedak ."Tegur Syah.
"Ehem..entah la.Maybe ada orang cakap pasal aku kot."Kata Mika.
"Entah-entah jodoh kau kot.."Kata syah diiringi gelak.
"Eh kau ni.Kesitu pulak.Tak pelah aku nak pergi minum air jap."Mika terus bingkas bangun.
Back to Hanan..
Aku menuruni tangga.Sunyi je rumah..Sekarang dia sorang je duduk di rumah ni.Papa pergi outstation dengan abang.Mama pula pergi bercuti dengan kawan-kawan dia.Yang aku ni macam tak wujud dalam hidup diorang.Baik aku mampus kalau camni.
"Bibik..bibik.."Panggilku.Aku mencari kelibat bibik.Mana pulak orang gaji ni pergi.
"Bibik!!!Bibik!!Pekak ke apa orang panggil tak dengar!!"Maki Hanan.
Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Hello mama.." –Hanan.
"hello..Hanan, Ni mama nak bagitahu Hanan yang bibik cuti seminggu.Dia balik kampung.Katanya anaknya nak kahwin jadi dia nak buat persiapan perkahwinan anak dia.Jadi kalau Hanan nak makan Hanan makan kat luar je ok."-Datin Faridah.
"Owh..patutlah panggil dia tak jawab.So Hanan tidur sorang la ni kat rumah malam ni."-Hanan.
"Hanan pun bukannya selalu ada kat rumah kan.Asyik keluar je malam-malam."-Datin Faridah.
Hanan mencebik.Sempat lagi dia perli aku.
"Ye lah..Bye."-Hanan.
Talian dimatikan.
"Alamatnya aku tidur sorang-sorang la malam ni.Nasib..nasib.."Monologku.
Aku mendail nombor Qeena pula.
"Qeena..malam ni macam biasa eah."
"No problem.So deal malam ni ok.See you tonight Hanan."
"See you too beb."
So malam ni aku boleh enjoy puas-puas.Tak de lagi halangan.Seronoknya hidup macam ni selalu.
Aku terus naik ke bilik aku untuk bersiap-siap malam ni.
TBC.
JANGAN LUPA VOTE N COMMENT :)
SORRY KALAU PENDEK SANGAT SEBAB AUTHOR TAKDE IDEA...
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...