Part 12

323 14 1
                                    

Hanan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.Langkahnya juga tidak betul.Sekejap ke kanan kejap ke kiri.Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan kepalanya juga terasa pening sangat.Matanya berpinar-pinar dan dia terjelopok ke atas lantai ruang tamu rumahnya.

Amin yang mendengar kereta adiknya diluar turun untuk melihat adiknya.Sebaik dia menuruni tangga dia melihat adiknya terjelopok diatas lantai dan bau alkohol menerobos hidungnya.Dia menutup hidungnya kerana bau alkohol kuat sangat

" Astagfirullah ,Hanan!!Bibik!!Bibik!!". Dia terus mendapatkan adiknya yang di lantai.

Bibik segera keluar apabila dirinya dipanggil

"ya tuan..Ada apa panggil saya malam-malam begini.."Tanyanya

"Bik tolong saya bawak Hanan naik ke bilik dia."Amin dan Bibik memapah Hanan lalu meletakkan Hanan ke atas katil.

"Bik..hanan memang selalu macam ni ke semasa saya tak de kat rumah."Tanya Amin sebaik dia keluar dari bilik Hanan

"Ya tuan..Cik Hanan memang selalu pulang lewat terus dia juga selalu mabuk.Dato' dan Datin juga selalu memarahi Cik Hanan kerana sikapnya begini."Jawab bibik serba salah.

Amin mengeluh berat.Dia menggelengkan kepalanya.Tidak sangka adiknya macam ni.Pasti kerana pengaruh kawan-kawan menyebabkan Hanan jadi macam ni.

"tak pe lah..awak boleh sambung rehat."Kata Amin

"baik tuan.Permisi dulu."Bibik itu berlalu pergi.

Dia perlu memikirkan cara untuk mengawal adiknya yang hidup macam orang barat seperti ini.Dia tak nak masa depan adiknya musnah kerana kesilapan Hanan sendiri.Dia kena bincang dengan mama dan papanya tentang Hanan.

Beberapa hari selepas itu kehidupan Hanan masih sama dan tidak berubah ,selalu pulang dalam keadaan mabuk.Amin semakin risau melihat adiknya semakin hari ,semakin teruk perangainya.Puas dia menasihatinya namun bagai mencurah air ke daun keladi.Hanan memang degil dan langsung tak nak dengar katanya.

Petang itu,dia berjumpa dengan Mika.Dia perlu meminta bantuan dari sahabatnya itu.Dia tahu hanya Mikael sahaja yang mampu mengubah hidup adiknya itu.

Mikael melilau mencari kelibat Amin.Amin tiba-tiba callnya dan kedengaran dari suara itu dia dapat mengagak bahawa Amin dalam masalah.

"bro..".Mika menepuk perlahan belakang Amin.Amin berpaling dan tersenyum

"hey sampai pun." Kata Amin

"sorry la aku buat kau tunggu lama.Ada kerja sikit."Kata Mika pula

"no hal la bro.Sebenarnya aku jumpa kau ni ,aku nak minta tolong dengan kau sebenarnya.Aku harap sangat kau boleh tolong aku kali ni.". Amin melepaskan keluhan yang berat.Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran sahabatnya itu.

"macam berat je masalah kau ni. Kau cakap la mana tahu aku boleh tolong." Kata Mika. Dia banyak terhutang budi dengan Amin. Amin juga banyak menolong dirinya dan keluarganya.Dan kini gilirannya membalas jasa sahabatnya itu.

"Sebenarnya ni pasal adik aku."Amin memandang Mika dengan penuh makna.Berharap sangat supaya Mika setuju.Dia yakin Mika lah orangnya

"kenapa dengan adik kau.Kau gaduh dengan dia ke?".Tanya Mika

"bukan.Aku tak gaduh dengan dia Cuma adik aku sekarang semakin teruk perangai dia.Dia selalu pulang lewat dan balik dalam keadaan mabuk pula tu.Hanan juga selalu melawan cakap parents aku."Jelas Amin. Rasanya dia tak perlu sembunyikan sikap adiknya itu.Mika perlu tahu supaya dia mungkin akan lebih faham nanti.

"jadi apa yang kau nak suruh aku tolong pasal adik kau tu.?"Tanya Mika.Jantungnya berdegup kencang.Entah kenapa dia rasa yang Amin ingin memberitahu sesuatu yang mengejutkannya.

"aku..sebenarnya aku nak...".Amin menarik nafas dan membetulkan peti suaranya.Dia tahu perkara yang akan dikatakannya nanti akan membuatkan sahabatnya terkejut dan mungkin juga dia akan terasa hati.Mika menanti penuh kesabaran

"Sebenarnya aku nak kau jaga adik aku.Kau pantau pergerakan dia dan tengok dengan siapa dia keluar,dengan siapa dia berkawan..aku nak kau jaga dia macamtu."Serba salah dia mengutarakan hasratnya itu.Namun inilah satu-satu cara yang dia mampu buat

"Apa sebenarnya yang kau cuba bagitahu aku ni."Mika masih tak faham apa yang cuba diberitahu sahabatnya itu.

"Aku nak kau jadi bodyguard dia."Berat untuk dia memberitahu Mika.Bagai melepaskan sesuatu yang berat.

Mika terpempan.Kepalanya seperti dihempap batu besar.Dia tak percaya sahabatnya memberikan jawatan bodyguard padanya.Rendahnya Amin memandang dia.

"Kau cakap apa ni wehh..Kau tahu kan aku kerja dekat company papa kau lagi and now kau nak suruh aku jadi bodyguard adik kau pulak.Kenapa kau rasa aku tak layak ke kerja kat company papa kau sampai kau beri kerja bodyguard dekat aku."

Sinis pertanyaannya.Dia benar-benar terasa hati.Dia lulusan luar negara dan sahabatnya sendiri memberikan jawatan serendah itu.Tak pernah dia terlintas dalam fikirannya itu untuk jadi bodyguard dalam hidupnya.

"Mika kau jangan salah faham...aku tahu reaksi kau macam ni.Aku tak pernah terdetik sikit pun dalam fikiran aku yang kau tak layak kerja kat company papa aku.Malah kerja kau tip top sangat dekat office tu Cuma sekarang ni aku nak kau tolong aku je."Terang Amin.Dia tahu dia telah mengguriskan perasaan Mika.

Mika diam.Dia tak tahu nak jawab apa.Bodyguard? Itu bukanlah impiannya.

"Ok mika look,Aku akan bayar gaji kau 3 kali ganda dari gaji kau sekarang.Tapi kau jangan salah faham pulak,aku bukan nak rasuah kau atau nak 'beli' kerjaya kau Cuma aku betul-betul perlukan bantuan kau."Jelas Amin

"kenapa aku??Kenapa bukan kau sendiri yang jaga adik kau tu.Bukan ke selama ni dia sayang kau dan dengar apa yang kau cakap ke.Kenapa sekarang kau nak suruh aku yang jaga adik kau pula."Tanya Mika.Dia masih tak faham kenapa Amin memilih dia.

"Sebab aku tahu hanya kau yang mampu tolong dia.Aku nampak apa yang kau tak nampak.Satu hari nanti kau akan faham."Kata Amin.

Mika menarik nafas.Dia perlu membuat keputusan.

"Macam ni lah..Aku terima tawaran kau.". Jawapan Mika membuatkan Amin tersenyum. " tapi.."Ayat Mika tergantung di situ.

"Tapi?? Tapi apa?".Tanya Amin

"kau...kau kena.."Kata Mika dengan serius memandang muka Amin yang sedikit gemuruh menanti ayat seterusnya.

"Belanja aku makan..".kata Mika diiringi gelak.Seronok dapat menyakat sahabatnya itu.Amin tergelak besar mendengar kata-kata Mika.Dia fikir apa yang suspen sangat rupanya belanja makan je.

"Hahahaha...aku ingat apa la tadi.Serius semacam je muka kau. Tak de masalah la bro setakat belanja aku makan.Tapi kau ikhlas kan tolong aku."Tanya Amin.

"ikhlas la..insya Allah aku tolong semampu aku.Cuma aku tak nak kau bayar aku 3 kali ganda dari gaji aku sekarang. Sebab jumlah tu banyak sangat dengan jawatan aku." Kata Mika.Dia bukanlah lelaki yang kejarkan wang dan harta.

"Tapi.."Belum sempat Amin menyambung ayatnya ,Mika memotong.

"tak de tapi-tapi..Aku ikhlas tolong kau.".Kata Mika tersenyum

Sahabatnya ini sangat baik.Oleh itu, dia yakin yang hanya Mika mampu mengubah sikap adiknya yang liar itu.

TBC

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now