Part 32

373 13 1
                                    

Lidah Hanan kelu.Mika ..Mika luahkan perasaanya pada dia.Ternyata selama ni dia tak bertepuk sebelah tangan.Dia dapat rasa ketulusan dalam kata-kata Mika.Hatinya berasa bahagia bila mendegar luahan hati Mika.Mata Mika tepat memandang matanya.

"Mi-Mika .."

"Saya tahu mungkin awak terkejut and saya pun tak paksa awak untuk membalas cinta saya.Saya Cuma luahkan apa yang tersirat dalam hati saya.Tak pe lah saya naik dulu."Mika berkira-kira untuk bangun.Namun tangannya diraih Hanan.

"Mika saya nak minta tolong boleh?."Tanya Hanan.Mika mengerutkan dahi.

"Tolong??Tolong apa??".Soalan dibalas soalan

"Pinjam phone awak."Kata hanan dan menghulurkan tangannya.

"Buat apa?".Tanya Mika lagi.Dia hairan dengan Hanan.

"Nak bagi ke tak nak?".Hanan mengangkat kedua belah keningnya.

"err nah.."Mika menghulurkanphonenya.Hanan mencapai lalu menaip sesuatu dalam phone Mika .

"Ok done.Nanti awak buka notes tu tau.Bye."Hanan mengukirkan senyuman lalu meninggalkan Mika yang masih lagi blur.

Lalu dia membuka notes yang berada dalam phonenyya.Dia membaca ayat yang ditaip Hanan sebentar tadi.

I LOVE YOU TOO RAIYAN MIKAEL...

Mika tersenyum sendiri sebaik sahaja dia membaca ayat itu.Hanan menerima cintanya.Dia melompat kegirangan.Ni kalau orang tengok ni mesti fikir yang dirinya tak betul.

Hanan melihat Mika dari jauh.Dia tergelak melihat gelagat Mika yang macam budak-budak.Namun dia rasa bahagia sangat sekarang cintanya berbalas.

"Haa intai anak teruna mak cik nampak."Suara ibu Mika membuatkan Hanan terkejut.Nasib baik dia takde heart attack.

"Eh mak cik..Terkejut saya..Tak de lah mana ada intai anak teruna mak cik."Kata Hanan.Adoi kantoi dengan mak mertua pulak.Ehhh bakal mak mertua.Gatal ye kau Hanan.

"Haha ye latu..kenapa berkenan ke dengan anak mak cik tu.Elok lah tu Mika pun single lagi Hanan pun single.Bila nak kahwinnya.."Sakat ibu Ibu Mika.

"Hish mak cik ni kesitu pula.."Kata Hanan.Biar dalam hatinya sudah berbunga-bunga pun.

"Kalau betul pun apa salahya.Mak cik berkenan dengan Hanan.Mak cik yakin Hanan boleh bahagiakan anak mak cik tu.Mika tu jarang ada kawan perempuan lagi-lagi nak bawak balik ke rumah.Tapi ni pertama kali dia bawak balik perempuan datang ke rumah ni."Kata ibu Mika.

"Ye ke Mak cik?".Kata hanan seperti tidak percaya.

"Ye nak..Mika tak pernah bawak balik perempuan datang ke rumah.Tapi dia bawak Hanan balik ke sini jadi pastinya Hanan seseorang yang sangat istimewa untuk Mika.Mak cik kenal Mika tu macam mana."Kata nya lagi.

Dia tak sangka dia gadis pertama yang Mika kenalkan pada ibunya.Bangga jap haha.

"Tak pe lah Mak cik nak pergi pekan kejap dengan pakcik."

"Ye lah mak cik.Hati-hati."

Hanan mula terfikir sejenak.Dia masih lagi tidak percaya yang dia gadis pertama yang dibawa balik ke rumah ibunya.

Petang itu...

Hanan melilau sekeliling rumah.Dia tak tahu nak buat apa.Ibu Mika belum pulang.Kata Mika ibunya singgah di rumah mak saudara Mika.Mungkin berbual kat situ lah kot.

Hanan bingkas bangun.Sejak dari kes luah perasaan tu Hanan mengelak dari berjumpa Mika.Malu tho..Sekarang Mika dah tahu perasaannya.Tapi apa yang nak dimalukan.Dia bukan bertepuk sebelah tangan pun.Entah lah.

Hanan melangkah ke halaman rumah Mika.Dia nampak ada buah mangga yang lebat.Dia teringin nak makan.Hanan mencari galah tapi tak de.

"Kalau aku panjat tak pe ke..lagi pun pokok dia tak de lah tinggi sangat kan."Monolog Hanan.Lalu Hanan mula memanjat pokok mangga tu.Akhirnya sampai lah ats pokok tu hanan memetik buah mangga tu.

"Aduh banyaknya semut api ."Hanan menggaru lengannya dan lehernya yang digigit semut.Dia cuba untuk membuang semut api di kakinya namun tiba-tiba dia hilang imbangan.Dia mula ingin jatuh namun cuba diimbangi.Hanan pantas berpaut pada dahan kayu yang besar.

Hanan ingin turun namun bila dia pandang kebawah tiba-tiba dia rasa gayat pulak

"Uissh tingginya..macam mana nak turun ni."Katanya.

Tadi dia naik rasa rendah je rupanya boleh tahan tinggi jugak.Aduh macam mana dia nak turun ni.

Kalau dia jerit agak-agak Mika dengar tak.Cuba je lah.Lalu hanan pun menjerit nama Mika.

"Mikaaaaaa!!!!!Mika!!!!!".

Mika yang sedang leka main game terdengar suara Hanan.

"Tu macam suara Hanan."Dia pantas bangun dan menuju ke arah suara Hanan.

"Mikaa!!Help meee!!!!Mikaaa!!!"Jerit Hanan.Dia harap sangat Mika dengar suaranya.

"Ya Allah!!Hanan!! Awak buat apa kat atas pokok tu.."Mika pun tiba dan dia mendongakkan kepalanya.

"Nak petik buah mangga ni la...takkan nak menari pulak."Kata Hanan.Sempat lagi dia main-main.

"Ye la..tapi kenapa panjat pokok kenapa tak guna tangga je.."Kata Mika.

"Hish dia ni banyak soal pulak...Cepatlah turunkan saya...saya gayat ni.."Kata Hanan.

"Haih ye lah-yelah..kejap.Saya pergi ambik tangga."Kata Mika lalu melangkah pergi ke stor.

"Awak...nak pergi mana tu.Jangan la tinggal saya kat sini.Saya takut ni."Jerit Hanan.

Tidak lama kemudian Mika sampai dengan tangga.Dia membetulkan tangga itu supaya stabil lalu memanjat tangga itu.

Sampai di anak tangga ke dua terakhir Mika menghulurkan tangannya.

"Cepat hulur tangan awak."Kata Mikaa

"Tak naakk..Takut lah.Kalau jatuh macam mana."Kata Hanan.

"Tak jatuh kalau awak pegang tangan saya.Please..hold my hand.Trust me please.Saya takkan lepaskan awak.Jangan risau.Now cepat hulur tangan awak.Jangan pandang bawah.Pandang saya je.."Kata Mika

Hanan menghulurkan tangannya dan menyambut huluran Mika.Hanan langsung tidak memandang bawah namun memandang wajah Mika.Namun kakinya tergelincir dan jatuh dalam pelukan Mika.(Pandai-pandailah korang imagine sendiri).

Mereka berpandangan seketika sehingga masing-masing tersedar.

Akhirnya mereka tiba di atas tanah.

"So now tell me..Kenapa awak panjat pokok.Kenapa tak guna galah je."Tanya Mika.

"Tak jumpa.."Jawab Hanan.

"Habis tu tak boleh panggil saya ke.Kalau awak jatuh tadi macam mana.Apa yang saya nak jawab dengan parents awak.Abang awak??".Tanya Mika.

"Jangan la marah..."Kata Hanan membuat suara sedih.

"Saya bukan marah saya risau."Kata mika

"hmmm sorry..promise lain kali takkan buat dah."Hanan mengangkat tangannya seolah berikrar.

"Haih ye lah...Ni awak ada luka tak."Tanya Mika

"Tak de..thank you for rescue me."

"Most welcome."

TBC

SO MACAM MANA PART NI.KOMEN LA GUYS JANGAN JADI SILENT READER.KALAU KORANG KOMEN BOLEH AUTHOR TAHU SEDAP KE TAK STORY AUTHOR.AUTHOR NAK TENGOK FEEDBACK KORANG PLEASEE....

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now