Part 17

299 13 0
                                    

Aku berjalan-jalan sekeliling Pavilion.Mika yang setia mengikuti langkah aku di belakang membuatkan aku rasa macam tak selesa. Aku berhenti dan berpaling ke belakang.Langkahnya juga terhenti.

"Aku rasa rimas la kau ikut aku macam ni.."Kataku.

"awak rimas atau tak bukan masalah saya..saya Cuma jalankan tugas saya sahaja."Katanya selamba.Geram betul dengan mamat ni

"Kau tak penat ke asyik ikut aku je."Kataku untuk membuat dia mengalah.

"Tak.."Jawabnya sepatah.

Aku dah tak tahu nak cakap macam mana supaya dia ni tak ikut langkah aku.Tiba-tiba aku terfikir sebuah idea yang bernas.Aku melangkah ke sebuah kedai barangan wanita.Aku perasan yang dia masih mengikuti aku.

"Ehhh kau nak pergi mana..Ni kedai barangan wanita.Lelaki tak dibenarkan masuk dalam kedai ni."Kataku.Aku tersenyum puas dalam hati.

Mika tahu Hanan sengaja ingin meloloskan diri darinya.Namun apa yang dikatakan Hanan ada benar jugak Silap-silap dia kena pukul dengan security nanti.

"Kalau macam tu saya tunggu kat depan sana.Kalau awak cuba lari siaplah awak."Ugut Mika.

"What ever".Aku terus melangkah ke dalam kedai itu.

Mika menunggu di hadapan kedai itu.Dah macam security pulak.

Dia tak sangka dia akan menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang telah menyusahkan hidupnya.Kenapa la perempuan macam ni wujud dan kenapa la banyak-banyak orang dalam dunia ni dia yang kena hadap perempuan ni.

Mika tiba-tiba rasa ingin ke tandas namun dia yakin kalau Hanan tengok tak de dia disini konfem gadis itu akan lari dari situ.

"arghh lantak la minah tu.Kalau dia lari siap la dia."Mika terus berdar dari situ.

Hanan keluar dari kedai tersebut.Dia tak beli apa-apa pun sebenarnya.Dia sengaja ingin lepaskan diri dari Mika.Rimas 24 jam asyik ikut dia ke situ sini.Rasa terkongkong betul.

"Mana pulak mamat bodyguard ni.Tadi kata nak tunggu kat sini.Sekarang dia pulak yang hilang.Lantak lah".Aku rasa ini peluang aku nak lari dari kawalan Mika tu.

Aku terus melangkah tanpa menghiraukan mamat tu.Kisah apa aku.Dia yang hilang..

Sekembalinya Mika di kedai itu ,seperti yang disangka gadis itu akan melarikan diri darinya.

"Aku dah agak minah ni akan lari.Tak pasal-pasal aku kena cari minah ni."Rungut Mika

Aku telah keluar dari Pavilion dan kini mencari sebuah restoran mewah untuk mengisi perutku yang lapar.

Aku telah memesan tomyam seafood ,spageti carbonara ,lasagna ,makaroni ,dan apple juice.Siapa yang nak makan banyak-banyak ni ?? Aku la yang makan.Aku menikmati makanan yang terhidang di hadapanku dengan berselera.Aku ni memang jenis makan banyak haha..

Mika yang mencari serata Pavilion telah berputus asa. Semasa dia berjalan melalui sebuah restoran mewah dia ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya.Dia terus melangkah ke arah gadis itu.

"Amboi..amboi..amboi..seleranya awak makan.Saya tawaf satu Pavi untuk cari awak dan awak boleh makan dengan selera sekali kat sini."Tiba-tiba Mika datang menegur aku.Entah dari mana mamat ni tiba-tiba muncul

"Sape suruh kau hilang.Aku bukan tunggul nak tunggu kau kat situ.Dari aku tunggu kau baik aku isi perut aku."Jawabku

"Banyaknya makanan.Ni semua awak punya makanan ke?".Tanya Mika.

"Haah..aku punya.Kalau kau lapar kau pesan yang lain.Semua ni aku punya."Aku menunjukkan semua makanan itu dengan telunjukku.

"Tamaknya awak ni..Nanti bila dah kenyang then tak habiskan makanantu.. dah membazir.Tak bersyukur langsung."Kata Mika sengaja menyakitkan hati aku

"Eh..aku boleh habiskan makanan ni la.Kau apa tahu".Balasku pula

"we see."Kata Mika sinis.

Dia memerhati Hanan menikmati makanan itu.Langsung tak sangka tubuh kecil dan kurus macam Hanan menghabiskan semua makanan itu.Dia seperti tidak percaya.

"so sekarang ni kau nampak aku membazir ke tak.."Perli aku.

Mika diam tidak berkata.Dia masih tak percaya bahawa selera hanan memang luar biasa.

"Badan je kecik tapi makan masya Allah..mengalahkan orang yang berbadan besar."Kata Mika.

"Sedap mulut kau je samakan aku dengan orang macam tu.Walaupun aku makan banyak nanti aku pergi la workout pula."Jelasku.

"apa-apa jelah..Sekarang ni jom balik.Saya dah penat dah teman awak jalan-jalan.Dah la tak belanja orang makan."Kata Mika.

Aku membuntangkan mataku.Eh pak cik ni.

"Hello..aku nak belanja kau??Lambat lagi ok..."

Semakin lama aku dengan mamat ni semakin aku rasa menyampah.Lelaki ni betul-betul menyusahkan hidup aku.

Dalam kereta kami hanya diam tak bersuara.Buat sakit hati je kalau bercakap dengan mamat bodyguard ni.

TBC.

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now