Part 24

357 13 0
                                    

Hanan membuka matanya secara perlahan-lahan namun kerana silauan lampu dia menutup kembali matanya.Setelah beberapa ketika ,dia membuka matanya.

Otaknya ligat berfikir dia dimana.Ni bukan biliknya jadi sekarang dia kat mana eah..

"Hanan..Hanan dengar ke suara mama ni..".Satu suara yang menyapanya.Itu suara mamanya.

Hanan melihat disampingnya ada mama dan papanya.Abangnya juga.Dia dekat mana ni.Ke dia dah mati.Kenapa dia tak ingat apa-apa pun.

"Mama.."Kataku.

"ye sayang..Hanan nak air ke.Amin hulur air untuk adik kamu.".Kata Datin Faridah.Amin menghulurkan air kepada adiinya.

Hanan perlahan-lahan bangun kerana kepalanya masih lagi sakit.

"Mama..Hanan dekat mana??".Tanya Hanan.

"Hanan tak ingat ke apa yang jadi dekat Hanan?? Hanan dekat hospital sekarang ni."Kata Datin Faridah sambil mengusap kepala anak daranya itu.

"Hos..Hospital??".Hanan kehairanan.

Tiba-tiba dia mula kembali ingat kejadian malam tu.Alex..

Serta merta darahnya berderau.Dia benar-benar trauma dengan kejadian itu.

"A..Alex..Mama..Hanan..takut..".Hanan mula menangis.

"Hanan sayang..sshh..Alex dah kena tangkap.Hanan selamat sayang..Jangan nangis.."Pujuk Datin Faridah.Hatinya sedih melihat keadaan anaknya begini.

"Hanan minta maaf...kalau Hanan dengar cakap mama ,papa dan abang semua ni takkan jadi kan..".

"Mama dah lama maafkan anak mama ni.Dah jangan nangis.Nanti tak cantik dah."Kata Datin Faridah.

Hanan mengukirkan senyuman.Kali pertama dia merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh keluarganya.

Hanan memandang Mikael.Lelaki yang selama ini dibenci nya mati-matian ,lelaki inilah yang selamatkan maruahnya.Cuma dia tak faham macam mana Mika boleh ada dekat rumahnya time-time tu.

Dato Mokhtar dan Datin Faridah pulang ke rumah untuk packing barang Hanan kerana esok Hanan sudah boleh balik.Amin pula selepas membeli makanan ,dia keluar meeting dengan klien.Mika diarahkan untuk meninjau keadaan Hanan.

"Hye..".Sapa Mika.

"Hye..".Balas Hanan.Entah mengapa situasi menjadi begitu janggal.Biasanya tak de pulak rasa macam ni.

"Err..saya dengar awak dah boleh discaj esok.Happy la awak kan."Kata Mika untuk memulakan perbualan.

"Haah..Mestilah happy.Aku dah naik bosan duduk hospital lama-lama.".Kata Hanan.

"Btw macam mana keadaan awak?".Tanya Mika penuh hati-hati.Dia tak nak pertanyaannya menganggu emosi Hanan kembali.

"Hmm aku dah okay sikit.Just tak boleh lupakan tragedi hitam tu."Kata Hanan sedikit sedih.

"Faham..awak kena lupakan juga tragedi tu.Saya tak nak tragedi tu terus menghantui awak lepas ni."Nasihat Mika.

"Ye..Oh lupa nak tanya kau,Macam mana kau boleh ada dekat rumah aku time-time tu."Tanya Hanan.Sejak tadi lagi dia ingin kepastian.

"Aikk..bukan awak yang call saya ke malam tu..".Tanya Mika pula.

Aku kehairanan.Kenapa pulak aku nak call mamat ni??Oh yes..baru ingat yang aku random call je malam tu sebab panik sangat.Tapi kenapa banyak-banyak orang aku pergi call lelaki ni.

"Hanan?? Awak fikir apa tu?".Pertanyaan Mika meyentakkan aku.

"Tak de fikir apa..Tak payah sibuk la.".Nafiku.Takkan lah aku nak bagitahu yang aku random call je.Nanti dia cakap aku sengaja nak cover .

"Ye lah..Tak pe lah.Saya dah nak balik office ni.Abang awak akan sampai lepas ni.".Mika bingkas bangun dan berkira-kira untuk keluar.

"Mi..Mika..".Panggilanku menghentikan langkahnya.Dia terus berpaling ke arah ku.Jantung aku terus berdegup laju.Setiap kali Mika memandang aku ,jantung aku selalu memainkan peranan.Aku sendiri tak faham.

"Ye?".

"Errr..thanks sebab selamatkan aku malam tu.Kalau kau tak de ,aku tak boleh bayang apa nasib aku malam tu.Thank you Mikael.".Kataku lembut dan mengukirkan senyuman.

Mika tersentak.Kali pertama dia tengok gadis ini setenang ini.Tiada lagi wajah merah yang menahan marah ,tiada lagi kata-kata kesat yang dikeluarkan dari bibir gadis ini.Saat ini dia seperti kali pertama mengenal gadis bernama Hanan Raisya.

"sama-sama.".Hanya itu yang dapat dia ungkapkan.Lidahnya kelu saat Hanan bercakap lembut dengannya.

Mika terus keluar dari bilik itu.Tak sanggup rasanya dia memandang wajah cantik Hanan itu tambahan pula dengan senyuman manis yang diukirkan padanya menampakkan kedua-dua belah lesung pipit milik gadis itu.

TBC

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now