Jam menunjukkan pukul 2.30 petang namun aku masih berselubung dalam comfoter.Kepala aku masih sakit akibat minum banyak semalam. Pintu bilik aku dikuak.
"Hanan..bangun .Dah petang ni.".Kata mama ku sambil membawa sedulang makanan dan air.
Perlahan-lahan aku bangun kerana kepala ku masih berat.
"ni mama bawakkan kamu sup dan air susu.Semalam kamu mabuk lagi.."ujar mamaku lembut.Hairan juga aku sebab biasanya mama akan membebel.Ni kenapa tiba-tiba baik pulak ni.
Tanpa banyak soal aku menghirup sup itu.Lega sikit rasa nak muntah dalam tekak aku ni.
"mama tak pergi butik ke hari ni?"tanyaku.Aku bercadang nak keluar hari ni.Kalau mama ada kat rumah mungkin susah sikit aku nak keluar.
"tak..mama suruh staf kat butik tu tolong jagakan.Hari ni mama nak jaga kamu.Kamu kan sakit."ujar mama ku sambil tersenyum.
Aku dah agak ,pasti ada sebab mama baik dengan aku hari ni rupanya mama memang sengaja tak nak bagi aku keluar.Ni tak boleh jadi.Aku kena keluar hari ni tak kisah la apa pun.Lagipun bukannya papa ada pun.Setakat mamanya yang suka berdrama air mata langsung tak menyentuh hati aku langsung.Overdrama .
"mama..hanan sihat ok.So mama tak payah susah-susah untuk jaga Hanan.Simpan je masa mama untuk benda lain k.dah la hanan nak mandi.Tepi."Aku menepis tangan mama.
Datin Faridah berasa sebak melihat layanan Hanan terhadapnya.Langsung tak hiraukan perasaan dia.Hanan tak pernah nak jaga hatinya.Sikit pun tak pernah.
Hanan menyarungkan kasut yang berada dalam rak kasut itu.
"Hanan..semalam kamu baru balik dengan mabuk ,malam ni kamu nak balik dengan mabuk lagi ke?."tanya mamanya.
"hanan mabuk ke tak bukan masalah mama ok.So just mind your business".Kataku lalu aku meniggalkan mama ku.Kereta Porche berwarna silver milikku meninggalkan perkarangan rumahku.Sekarang aku dah dapat balik kereta aku so aku boleh pergi mana je aku nak.Duduk rumah tak ubah macam neraka.
Mama memang tak habis-habis nak sekat aktiviti aku.Rimas betul.Sejak bila entah dia kisah hidup aku selama ni sibuk je dengan butik dan persatuannya.Papa pun sama.Tak pernah nak luangkan masa dengan keluarga.Dari kecil aku dan abang membesar dengan pengasuh,nasib baik abang selalu menjadi peneman aku.Oleh itu,aku rapat and sayang kan abang aku.
Tiba-tiba sebuah kereta proton berwarna kelabu berhenti dan aku tak sempat untuk menekan brek dan terlanggar bumper belakang kereta tersebut.
" ishh..ni apa kes berhenti tiba-tiba.Geram betul la aku."Omelku.
Aku turun dari kereta dan melihat kereta ku tercalar akibat melanggar kereta proton tersebut.
"woii kau ni reti bawak kereta ke tak ha?? See!! Habis kereta aku calar!!"Marahku pada lelaki tu.
Lelaki tu memandang aku dengan riak tak puas hati.
"ehh cik kak.Kereta awak tu yang langgar kereta saya.Tengok habis bumper kereta saya.Sekarang saya nak awak ganti rugi sekarang." Kata lelaki tu.
"amboii banyak cantik muka kau.Woii kau nak suruh aku bayar ganti rugi untuk kereta buruk macam ni.Kau gila ke apa?Sepatutnya kau yang bayar ganti rugi sebab kereta aku dah tercalar akibat terlanggar kereta buruk kau ni."Rasa geram pulak aku dengan mamat ni.Dasar lelaki mata duitan.Muka je elok perangai macam hanat.
"Yang awak tu langgar kereta saya dah kenapa."tanya lelaki tu
"Soalan bodoh apa kau tanya ni?.Yang kau gila berhenti tiba-tiba tu dah kenapa pulak?Sekarang ni macam mana.Aku dah lewat ni tahu tak?!"Sakit hati betul aku dengan lelaki ni.Macam mana la aku boleh terjumpa manusia macam ni
"macam mana apa..Awak kena bayar tau.Ni nak baiki ni boleh tahan mahal jugak ok."Kata lelaki tu.
"what?!!Memang tak la aku nak bayar.Eh dah la aku dah lewat tahu tak?!"Aku meninggalkan lelaki itu yang masih tak puas hati.
MIKA'S POV
"macam mana apa..Awak kena bayar tau.Ni nak baiki ni boleh tahan mahal jugak ok."Kata aku.Minah ni memang cari pasal betul la.Dah la aku lewat nak pergi interview sekarang terjebak dengan perempuan camni pulak.
"what?!!Memang tak la aku nak bayar.Eh dah la aku dah lewat tahu tak?!"Kata gadis itu
Dan yang paling teruk dia boleh tinggalkan aku macam tu je.Dah la bumper kereta aku patah dilanggar keretanya.Adoii malang betullah nasib aku.
Aku beredar dari situ lepas kereta gadis itu meninggalkan tempat kejadian.Kalau bukan disebabkan kucing melintas jalan tadi memang dia takkan brek tiba-tiba.Takkan la nak langgar pulak.
Harap-harap aku dah tak jumpa perempuan tu.Kalau jumpa memang siap la dia sound .Dah la langgar kereta orang ,bayar ganti rugi pun tak.At least minta la maaf ke apa ni tak tinggal aku cam orang yang bersalah pulak. Parah..parah
END POV
TBC
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...