Hanan yang dari tadi mendiamkan diri macam tunggul kayu kat sini rasa panas hati pulak.Abang Mika,Nini ,abang Mika ,Nini habis tu dia ni apa tercegat kat sini macam tunggul.Hanan tak mahu kalah dengan perempuan di hadapanyya ni.
"Sayaannggg... I hauslah.Tadi you kata nak belikan air kelapa dekat I."Kata Hanan dengan manja.
Kata-kata Hanan membuatkan Mika tersedak.Terbatuk-batuk dia mendengar perkataan sayang dari bibir Hanan.Ni kena sampuk dengan jin mana pulak Hanan ni tiba-tiba je bersayang-sayang dengannya.
Mata Hanan memandang tepat ke arah matanya sambil tangan Hanan melingkar di lengannya.Mika tersentak.
"Err...so-sorry..Sa-saya..lu-lupa.."Kata Mika tergagap.
"Cepat la sayaangg... I haus ni. Dah la panas pula ni."Hanan melentokkan kepalanya di bahu Mika.
Bagai nak luruh jantung Mika bila Hanan berkelakuan manja begini.Entah kenapa dia rasa degupan jantungnya bagai nak terkeluar.
"Abang...Sape perempuan ni?Abang tak pernah cakap pun yang abang ada kawan perempuan."Kata Nini.Hatinya panas melihat kemesraan gadis bandar ni dengan Mika.Siap lentokkan kepala lagi.Sepatutnya dia bukan gadis tu.
"Oh..Hye I bakal isteri Mika.And you??".Kata Hanan.Entah dari mana keberanian dia boleh berkata begitu.Mampus lepas ni dia nak berdepan dengan Mika.Macam mana dia nak berdepan dengan Mika lepas ni.
Entah kenapa dia rasa jealous dengan perempuan kampung ni.Panggilan abang menimbulkan rasa cemburu di hati kecilnya.
"Bakal isteri?!! "Tanya Nini pada Mika.Dia tak percaya gadis ni teman wanita Mika.
Mika semakin pelik dengan perangai Hanan ni.Kenapa tiba-tiba hanan sikap macam ni.Siap mengaku bakal isteri lagi.Haih..layankan je lah perangai Hanan ni.
"Haah..Hanan ni bakal isteri abang."Kata Mika.Hanan yang kat sebelah tersentak.Tak sangka Mika ikut sekali dalam permainannya ini.
Nini terus menghentakkan kakinya ke lantai dan berlalu meninggalkan Mika dan Hanan di situ.Sakit hatinya.Patutlah selama ni Mika tak pernah layan dia rupanya dah ada orang lain.
Sebaik sahaja kelibat Nini hilang, Hanan cepat-cepat melepaskan leraian tangannya yang berada di lengan Mika.Mati lah dia...Dari ekor matanya dia dapat rasakan Mika memandangnya.
"Awak ni demam ke??"Tanya Mika.
"Taklah..Mana ada demam.."Kata Hanan.Malunya lahai..Ni cemburu punya pasal la ni.
"Habis tu tadi tu apa? Tiba-tiba je bersayang-sayang dengan saya."Kata Mika.
Hanan tak tahu nak jawab apa.Takkan dia nak cakap dia jealous kot..Lagi lah malu.
"Er..Eh apa yang kat depan tu.Cantiknya."Hanan sengaja menukar topik.Dia taknak disoal oleh Mika lagi.Dia pun tak tahu kenapa dengan dia.Kenapa dia rasa jealous dengan perempuan tu.Panggilan abang yang diujarkan oleh perempuan tu menggambarkan seolah-olah mereka rapat.
"Pandai tukar topik kan.."Monolog Mika.Entah kenapa dia merasa bahagia bila Hanan bersikap begitu dengannya.Namun segera dia menepisnya.
Setelah puas mengelilingi kampung,Mereka berdua pulang.
"Assalamualaikum ibu.."Mika memberi salam.
"Waalaikumsalam.Haa dah balik dah.Macam mana seronok tak pusing kampung,Hanan?".Tanya ibu Mika.
"Seronok Mak cik.Cantik pemandangan kampung ni."Kata Hanan.
"Baguslah..Meh sini kita makan cucur udang ni."
Mika mencapai cucur udang yang berada diatas meja.Namun ibunya menampar halus tangannya.
"Hish kamu ni..Tak menyabar betul.Bacalah doa makan dulu."Kata ibu Mika.Mika menggaru kepala yang tak gatal.
"Hehe sorry ibu..Tengok cucur udang ibu ni terus lupa semuanya."Kata Mika.
"Haa Hanan..Makan lah cucur ni.".Kata ibu Mika.Hanan mengangguk lalu mengambil sebiji cucur udang.
"Sedapnya mak cik.Pandai mak cik buat cucur udang ni."Puji Hanan.Ini kali pertama dia makan cucur udang.Ye laa selama ni dia selalu makan dekat luar je.
"Tak delah..biasa-biasa saja."Kata Ibu Mika.
Mereka semua terus menjamu selera.Sesekali Hanan tergelak bila ibu Mika menceritakan perangai Mika waktu kecil.
Kali pertama Hanan merasakan kehidupan yang serba sederhana.Keluarga Mika melayan dia baik sekali.Rupanya begini perasaan makan bersama keluarga.Jauh berbeza dengan kehidupannya di KL.Mama dan papanya selalu busy sampai takde masa nak luang masa dengan dia.
Dia sendiri pun tak ingat bila kali terakhir dia makan bersama keluarganya macam ni.
Seusai makan Hanan duduk di bangku yang berada di halaman rumah Mika.Dia happy sangat duduk di kampung ini.Sudah lama dia tak sehappy ini.Selama ini keseronokannya dihabiskan di kelab.
"Fikir apa tu?".Tanya Mika.Hanan menoleh ke belakang.
"Tak de apalah."Kata Hanan.
"Tadi saya tengok bukan main awak gelakkan saya bila mak saya cerita pasal zaman kanak-kanak saya."Kata Mika.Kali pertama dia nampak Hanan ketawa dengan happy sangat.
"Hahaha.Memang la sebab lawak.Tak sangka awak ni nakal jugak waktu kecik dulu.Sampai jatuh dalam parit.Hahhaha.."Kata Hanan.Dia ketawa bila teringatkan ibu Mika cerita tentangnya dulu.
"Benda dah lepas tak yah la ungkit.Lagipun tu kan waktu saya budak sekarang ni tak dah.."Kata Mika.
"Sekarang dah boleh jadi bapak orang dah.."Kata Hanan.Entah kenapa laju je ayat tu meluncur dibibir Hanan.
"Hahaha..bapak orang konon.Saya awek pun tak de."Kata Mika
"Ye ke..Perempuan tadi tu sape.Saya tengok bukan main mesra lagi.Siap Berabang-abang lagi."Kata Hanan dalam nada cemburu.
"Hanan..Are you jealous??".Mika mengangkat sebelah keningnya.Dari nada suara itu dia tahu yang Hanan jealous.Tapi kenapa Hanan nak jealous.Takkan la Hanan...
"What?!! No way!! Of course tak!!Buat apa saya nak jealous.Awak bukan boyfriend saya pun."Nafi Hanan.
"Ye ke..kenapa nada awak tadi macam jealous je bunyinya..And satu lagi bukan tadi awak mengaku yang saya boyfriend awak ke dekat Nini ..."Kata Mika.Dia sengaja ingin menyakat Hanan.Suka tengok Hanan blushing.Comel je..
"Bila masa..Mana ada.Tadi tu sebab..err sebab.."Hanan tak tahu nak cakap apa.Dia sendiri tak tahu kenapa dia cakap macam tu.Mungkin dia jealous.Tapi takkan dia nak cakap yang dia ni jealous pulak.Nanti kantoi la yang dia ada hati dekat Mika.
"Sebab apa?".Tanya Mika lagi.
"Tak de apa.Saja je.Kenapa awak tak suka ke saya cakap camtu.Hmm tahulah saya bukan perempuan suci ,alim and baik kan.."Kata Hanan berjauh hati.
"Eh bukan macam tu.Saya tak cakap macam tu pun.Saya bukan tak suka cuma pelik je."Kata Mika.
"Hm.."
"Hey hanan..look at me.Saya tak kisah macam mana diri awak sebelum ni.Saya terima awak seadanya.."Kata Mika sambil meraih tangan Hanan.Digenggam tangan gadis itu supaya gadis itu dapat rasa keikhlasannya.Ye..dia sudah mula jatuh cinta dengan Hanan.
"A-apa maksud awak??".Hanan terkedu.Betul ke yang Mika cakap.
"Hanan..saya tahu mungkin tempat dan masa tak sesuai tapi..."Mika menarik nafas panjang dan menghembus dengan perlahan lalu dia menyambung ayatnya.
"Saya tahu yang saya dah mula jatuh cinta dengan awak..Saya tak tahu sejak bila tapi apa yang saya tahu setiap kali dengan awak ,hati saya rasa lain.Saya happy bila dengan awak.Saya tak pernah kisah pasal kehidupan awak yang dulu.Setiap orang ada kisah silam dia sendiri ..But i love you so much Hanan Raisya.."Kata Mika meluahkan perasaanya.
Lidah Hanan kelu.Mika ..Mika luahkan perasaanya pada dia.Ternyata selama ni dia tak bertepuk sebelah tangan.Dia dapat rasa ketulusan dalam kata-kata Mika.
TBC
HYE GUYS...PART NI CAM TIBER KAN TAPI APA-APA JELAH.AUTHOR PUN TAK TAHU KENAPA JADI CAMNI.LAIN YANG DIRANCANG LAIN YANG TERTULIS KAT SINI.JALAN CERITANYA MACAM TAK SAMA DENGAN AUTHOR PUNYA DRAF.MAIN TULIS JE.APA-APA PUN HOPE YOU GUYS ENJOY.
#VOTE AND COMMENT
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...