Suasana di kelab malam terkemuka di tengah ibu kota itu semakin hangat dengan kunjungan para pengunjung yang tidak putus-putus tiba. Kelihatan sebilangan gadis dan pemuda leka meneguk minuman keras dan ada juga di antara mereka yang sudah terhuyung –hayang.
Aku duduk memerhati sekitarnya yang disinari lampu warna warni.Sekali sekala aku meneguk minuman keras yang ada disitu. Bayang mama dan papa tiada lagi yang saban hari mengutuk gaya hidup aku.
"Helo hanan!" Sentuhan lembut dibelakangku membuat aku menoleh pantas.
Gadis berskirt pendek dan baju sendat mendedahkan seluruh bahu itu membuat aku tersenyum.
"hye.." balas ku sepatah.
"mana Alex??". Tanya Qeena.
Aku tersenyum lalu memuncungkan bibirku ke arah sekumpulan gadis yang menari di tengah kelab itu.
" oh my god..kau tak jeles ke Hanan". Buntang mata Qeena melihat Alex sedang menari dengan gadis-gadis di situ dan memeluk gadis-gadis itu.
"huh jeles? So not me la ". Bagi aku buat apa aku jeles sedangkan aku sedia tahu si hidung belang Alex tu. Aku kenal Alex pun dekat sini bukan dekat masjid.
"kenapa pulak kau tak jeles..Alex tu boyfriend kau kan." Tanya qeena kehairanan
"Alex tu boyfriend aku je bukan laki aku.Tak de sebab untuk aku rasa jeles ok". Jawab ku
"hmm ye tak ye jugak.."
"haa ni mana si Laila ni ? kata nak buat birthday party takkan tak jadi pulak. Cuba kau call dia."
Dari tadi aku tak nampak si laila ni..kata buat birthday party tapi batang hidung pun tak nampak.
Kring...kringg
Bunyi ringtone handphone bergetar.
"hello laila..kau kat mana? Jadi ke tak event kau ni.
" hello beb..jadi la .ni aku nak bagitahu kau yang aku buat kat rumah aku sebab parents aku keluar.so korang datang rumah aku sekarang jugak tau.
"Oh okk".
Talian dimatikan
"wehh qeena..kau pergi panggil Alex , laila adakan event kat rumah dia.dah jom kita pergi sekarang."
Aku membuka pintu rumah dengan berhati-hati takut mama dan papa terjaga. Sekarang aku dah handal tentang selok belok rumah ni so tak lah kantoi.
Baru saja aku ingin naik tangga tiba-tiba lampu terbuka. Terkejut beruk aku. Aku melihat mama dan papa aku dah berdiri di ruang tamu. Ni mesti kena bebel lagi.
" kamu dari mana Hanan?" tanya papa
"hanan err hanan dari..dari.." aku kematian kata. Tak tahu nak cipta alasan apa
"dari mana?!!" suara papa naik satu oktaf
Suara papa yang semakin lantang itu membuat aku sedikit gemuruh namun cuba aku kawal.
" hanan dari rumah kawan.."itu je yang terlintas di kepala otak aku sekarang
"rumah kawan?? Sekarang baru ingat nak balik huh?!!"
Papa semakin menghampiri aku.
" siapa yang hantar hanan balik? Kutu rayau mana yang hantar kamu balik ".
Aku tercengang. Kutu rayau?? Alex tu bukan kutu rayau . sedap mulut papa je cakap Alex tu kutu rayau kan..
"pa..lelaki yang hantar hanan balik tu bukan kutu rayau ok..dia kawan hanan."
"bukan kutu rayau apa kalau sekarang baru hantar anak dara orang balik.."
" dahtu sape suruh papa rampas kunci kereta Hanan?!!" jawabku
"menjawab !! Papa rampas sebab papa tak nak kamu terus keluar malam lagi,merambu entah kemana.."
"eee..semak la papa ni..boleh tak papa jangan berfikiran kolot sangat. Hanan rimas tahu tak..RIMAS!!!" Jerit aku geram.
PANGG!!!!
Tangan papa terus melekat di pipi aku.Aku berasa kebas dan pedih di pipi aku.Bukan tak pernah aku rasa penangan papa aku.
Aku malas nak bertekak dengan papa so aku terus meninggalkan papa dan mama yang masih tidak puas hati.
"hanan !!! papa belum habis cakap lagi.." laung dato mokhtar
"bang...jangan la naik tangan dengan budak tu nanti makin keras kepala dibuatnya" pujuk Datin Faridah
"you pun sama..manjakan dia lagi"
Dato Mokhtar meninggalkan Datin Faridah yang masih di situ.
Aku menghempaskan pintu bilik untuk lepaskan geram.Kalau ikutkan hati nak je aku jerit sekuat hati.
"rimas la macam ni..hidup tak boleh nak bebas langsung!!". Aku terus menghempaskan diri ke atas katil.Malas nak layan rasa sakit hati ni.
TBC
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...