Akhirnya Mika bebas dari perempuan garang tu.Lepas ni dia tak payah dah nak ikut Hanan kesitu ke sini macam orang takde kerja.Perempuan tu betul-betul menyusahkan hidupnya.Sepanjang sebulan Mika jadi bodyguard Hanan,macam-macam dia kena hadap perangai minah garang tu.
"sekarang boleh lah aku hantar duit dekat ayah dan ibu tiap-tiap bulan."Katanya dengan senang hati.
Mika bercadang untuk pulang ke kampung sekejap untuk jenguk ibu dan ayahnya.Dah lama dia tak bertanya khabar tentang orang tuanya.
Mika mengemaskan pakaiannya.Dia hanya balik dua tiga hari je so bawak baju pun tak berapa banyak sangat.Tapi sebelum tu dia kena jumpa dengan Amin dulu.Macam tak sopan pula dia tiba-tiba hilang lepas berhenti jadi bodyguard adiknya.
Mika mendail nombor Amin.
"Assalamualaikum Amin." –Mika
"waalaikumsalam Mika. –"Amin
"Kau sibuk ke..kalau tak sibuk aku nak jumpa kau kejap.Tapi kalau kau sibuk tak pe.." –Mika
"hmm jap pagi ni aku ada meeting ,tengah hari ...ok aku free.Tengah hari ni boleh??".-Amin
"boleh je.Ok jumpa kau tengah hari nanti.Assalamualaikum." –Mika
"Waalaikumsalam."-Amin
TALIAN DIMATIKAN.
TENGAH HARI...
Mika mencari kelibat Amin dan dia melihat Amin melambai kearah nya.
"Hye bro..".
Mereka berdua bersalaman.
"duduk lah."Pelawa Amin.
"Ye..sebenarnya aku nak jumpa kau ni nak bagitahu yang aku nak balik kampung jap.Jumpa mak ayah aku kejap.Dalam dua tiga hari macam tu."Kata Mika.
"owh eloklah tu.Kau pun kena tenangkan minda kau.Sebulan kau layan perangai adik aku yang entah apa tu.Degil dia memang tak boleh bincang."Kata Amin.Dia tahu bukan mudah untuk orang bersabar dengan perangai adiknya itu.
"Tak de hal lah bro.Lagipun kau bayar gaji aku kan.Adik kau tu bukan degil Cuma mungkin dia perlukan perhatian dari orang sekeliling.Sepanjang aku jaga dia tak de lah pulak dia buat bukan-bukan."Ujar Mika.
"haih..aku pun tak tahu lah macam mana lagi nak bagi dia faham.Hati dia dah keras sangat.Macam tak de perubahan pun aku tengok.Still sama je."Keluh Amin.
"Sabarlah..aku yakin pasti ada seseorang yang dapat ubah diri dia."Kata Mika.Dia meneguk air tembikai di depannya.
"Kau lah orang nya.Raiyan Mikael." Kata Amin namun hanya bergema dalam hatinya.Tak mungkin dia nak beritahu perkara sebenar pada sahabatnya itu.Cukuplah dia sudah menyusahkan sahabatnya itu.
"Insya Allah.Satu hari nanti.Lelaki itu pasti dapat ubah adik aku.Aku yakin."Kata Amin dengan penuh makna tersirat.
"Insya Allah."
*************************************************************
Kehidupan Hanan kembali seperti dulu lagi.Tiada lagi bayang mamat gila tu yang setiap saat mengongkong hidup dia.
"Finally mamat bodyguard tu akhirnya berhenti jugak.Kan bagus kalau dari awal lagi dia berhenti kerja takdelah menyusahkan hidup aku."Kata Hanan pada Laila dan Qeena.
"Kan..Lepas ni boleh la kita enjoy sampai ke pagi.Biasanya kau akan selalu balik awal dan kadang-kadang tak datang terus kelab."Kata Qeena.
"Haah..Tapi kan beb.Kenapa kau benci sangat dekat bodyguard kau tu.Aku tengok dia handsome gila.Kau tak nampak ke apa yang aku nampak."Tanya Laila pula.
"Bukan tak nampak tapi semua tu tertutup dengan sifat mengongkong dia tu.Dia ingat dia sape nak atur hidup aku.Buat semak je.".Kata Hanan.
"Kalau kau tak suka dia ,kau bagi aku je la Hanan.Aku rasa aku suka dekat dia lah..Oh my beloved bodyguard."Kata Laila dengan nada manja.
"Euuww..kau ni takde kelas langsung.Hey..dia tu budak kampung yang tak berpelajaran tapi sombong macam dia pernah belajar dekat UK.Tolong sikit eah."Kata Hanan.Menyampah pula dia dengan Laila ni.
"Apa salahnya.Dia pun manusia jugak,ada hati dan perasaan.Sekurang-kurangnya dia boleh bimbing aku ke jannatul firdausi."Kata Laila.
"Eh..kau ni sakit ke apa.Tiba-tiba je cakap macam kau tu alim sangat.Yang kau gatal sangat ni kenapa."Marah Hanan.Entah apa la ilmu laki tu pakai sampai sahabatnya ni kemaruk sangat dekat dia.
"Ahahaha..aku gurau je la Hanan.Kau ni pun serius sangat la.Cool la."Kata Laila.
"dah..dah..Korang ni bergaduh pasal lelaki tu kenapa.Aku ni dah macam tunggul dari tadi dengar korang borak."Sampuk Qeena.
Mereka berdua gelak.Lupa yang dia ada sorang lagi sahabat.
"Hahaha kitorang tak ingat yang kau ni hidup lagi.Ingat dah jadi arwah dah."Kata Laila.Qeena menghempuk kepala Laila.
Mereka bertiga terus sambung shopping.
TBC
SORRY KALAU PART NI PENDEK SANGAT :(
#VOTE
#COMMENT
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...