Part 23

357 13 0
                                    


Hanan cuba melawan namun kedua-dua tangannya dikunci.Dia hanya mampu menangis dan berdoa supaya ada seseorang datang menyelamatkan nasibnya.

Belum sempat Alex memulakan langkah tiba-tiba seorang lelaki menjerit ke arahnya.

"Woii!!!".Jerit lelaki itu.

Alex berpaling setelah seseorang menjerit kearahnya.Dia melihat lelaki yang sama menumbuknya tempoh lalu.

"Wow..Putera raja dah sampai.Nak selamatkan tuan puteri ke?Sweetnya la haii..".Kata Alex diiringi gelak.

Hanan terus bingkas bangun dan ingin berlari ke arah lelaki itu.Namun Alex pantas menarik tangan Hanan.Dia mengeluarkan pisau rambo dan mengacu di leher Hanan.

Tangisan Hanan semakin laju.Tak pernah dia terfikir bahawa Alex akan bertindak sejauh ini.Kalau dia tahu dia takkan benarkan lelaki begini singgah dalam hidupnya walau sesaat sekalipun.

"Lepaskan dia!! Kalau kau cuba apa-apakan dia ,kau akan terima padahnya."Kata lelaki itu.

"Mikaaa...tolong aku please..Aku takuuutt..".Kata Hanan.Lelaki itu ialah Mikael.

"Shut up!!!".Tengking Alex.

"Letak pisau tu.Kita lawan secara adil ok.Tolong lepaskan Hanan."Kata Mika dengan lembut.Dia cuba memujuk Alex untuk tidak mencederakan Hanan.Ketegasan bukan lah cara terbaik untuk berhadapan dengan orang macam Alex ni.

"Ohhh boleh.Kau nak aku lepaskan dia.Boleh sangat... tapi bagi aku ' rasa ' dia dulu.Lepas tu kau ambik lah dia.".Kata Alex sambil mengucup pipi Hanan.Hanan cuba mengelak namun terhalang dengan pisau di lehernya.

Hanan memberanikan diri untuk melawan Alex.Dia mengigit tangan Alex sekuat hati sehingga Alex melepaskan cengkamannya kepada Hanan.

Mika mengambil peluang untuk menyerang Alex.Mikael menumbuk muka Alex sepenuh hatinya entah mengapa dia berasa marah melihat Alex memperlakukan begitu pada Hanan.

Alex sudah terkulai lemah di lantai setelah menerima beberapa buah pukul dari Mika.Mika mempelajari seni silat sejak dia kecil dari ayahnya.

Mika terus mendapatkan Hanan yang masih terkejut dengan apa yang sudah terjadi.

"Hanan..awak okay ke.Hanan..Hanan..".Mika menggoncangkan tubuh Hanan yang terduduk tanpa sebarang respon.Wajah pucat yang terpapar di muka Hanan menimbulkan rasa risau di hatinya.

"A..aku..".Belum sempat Hanan menyambung kata-katanya dia terus pengsan di pangkuan Mika.

"Hanan..Hanan..Bangun please..Jangan buat saya risau.Tolong la jangan buat saya risau.Hanan..".Mika menepuk perlahan muka Hanan.

Mika mencempung tubuh Hanan untuk dibawa ke hospital.Sejauh soal Alex pula polis sudah sampai.Polis akan menguruskan Alex.Semasa dalam perjalanan dia sudah telefon polis untuk bantuan.

Mika membawa Hanan ke hospital dengan segera.Entah mengapa dia rasa sebak didada melihat keadaan Hanan yang lemah dengan berwajah pucat seperti ini lagi.

Dato' Mokhtar dan Amin terus pulang ke KL setelah mendengar berita dari Mika tentang kejadian yang telah menimpa Hanan.Begitu juga dengan Datin Faridah.

"Mika..macam mana keadaan Hanan.Doktor kata apa??".Tanya Amin.

"Hanan masih didalam.Doktor masih memeriksa Hanan.Aku pun tak tahu keadaan Hanan.Kita tunggu doktor keluar."Kata Mika.Dia tahu sahabatnya ini mesti sedang risau tentang keadaan Hanan.Hanan adik kesayangan Amin.Pastinya dia risau bukan kepalang lagi.

"Ya Allah..kenapa boleh jadi macam ni.Siapa lelaki tu."Tanya Datin Faridah sedih.

"Alex..Alex ialah bekas teman lelaki Hanan.Ex Hanan nak kembali pada Hanan namun Hanan menolak dia.Mungkin sebab itu lah dia mengambil tindakan begini."Jelas Mika.Mika sudah siasat siapa Alex semasa dia masih menjadi bodyguard Hanan dulu.

"Banyak kali aku pesan dekat Hanan.Jangan kawan dengan orang yang tak baik..Tapi degil.Tengok sekarang sape yang tanggung."Keluh Amin.

"Sabar bro..Kita sama-sama doakan Hanan ye.."Kata Mika.

Tidak lama kemudian,doktor keluar.

"Doktor..macam mana keadaan anak saya??".Tanya Dato' Mokhtar.

"Keadaan pesakit sudah stabil.Tapi pesakit mengalami trauma dan mungkin menganggu emosinya.Jadi saya sarankan buat masa ni ,lebih baik kita biarkan pesakit berehat dulu."Kata doktor itu.

"Yelah..tapi bila kami boleh melawat dia?".Tanya Dato' Mokhtar.

"Esok mungkin Dato' dengan Datin boleh lawat dia.Malam ni Dato' dan Datin boleh balik dulu."Kata doktor itu lagi.

"baiklah..terima kasih doktor."Kata Mika.

"Sama-sama.".Kata doktor itu dan meninggalkan mereka.

"Mama dan papa boleh lah balik dulu.Biar Amin yang temankan Hanan.Amin nak tunggu Hanan."Kata Amin.

"Haih..ye lah.Jom kita balik dulu.Esok kita datang."Kata Dato'Mokhtar pada isterinya.

Datin Faridah hanya mengangguk.

"Bro..aku teman kau eah malam ni."Kata Mika.Dia tak boleh tinggalkan sahabatnya dalam keadaan begini.

"Tak menyusahkan kau ke..".tanya Amin serba salah.

"Tak lah.."Kata Mika dan mengukirkan senyuman.Dia ingin menenangkan hati sahabatnya yang pasti sedang risau.

TBC

JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT :)

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now