Aku menilik cincin permata yang berada di kedai emas itu.Aku berhasrat untuk melamar Hanan nanti namun mungkin terlalu cepat.Tapi tidak salah rasanya jika aku membeli awal cincin untuk persediaan.Lagipun aku tak nak lama-lama bercinta dengan Hanan.
Ibunya kata lebih baik bertunang lepas tu beberapa bulan terus kahwin.Aku percaya cinta selepas kahwin lebih indah dan berkekalan sehingga hujungnya.
Petang nanti aku bercadang mengajak Hanan keluar untuk bincang tentang hubungan mereka.Aku rasa mungkin lebih baik jika aku dan Hanan berbincang tentang hubungan kami berdua.
Aku ikhlas terima Hanan seadanya.Aku tak kisah pasal masa lalunya.Setiap orang ada kisah silam tersendiri dan kekurangan masing ii.
Aku ingin membimbingnya ke arah jalan yang lebih baik.Mungkin tidak banyak namun cukup untuk membuat Hanan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuknya dan anak-anaknya nanti.
"Encik nak yang mana??".Tanya gadis yang bekerja di kedai emas itu.
"Err saya nak cari yang tidak terlalu menonjol sangat tapi cantik.Boleh tak tunjuk design yang macam tu.??" Sebenarnya aku tak tahu design yang macam mana Hanan suka.So aku harap Hanan happy la nanti.
"Ini antara cincin yang terbaru di sini.So encik tengok lah yang mana mungkin sesuai dengan pasangan encik nanti."Kata gadis itu dengan ramah.
Aku menilik satu persatu dan mata aku tertumpu pada sebentuk cincin.Cantik.Desisku.
"Err boleh tak cik tunjuk yang paling tepi tu."
"yang ni???".Tanya gadis itu.
Aku mengangguk.Aku melihat design cincin tu cantik.Kalau Hanan yang pakai nanti mesti lebih cantik.Permatanya tidak terlalu besar dan tidak terlalu cantik.Pasti sempurna bila di jari Hanan nanti.
"Saya beli yang ni."Kataku.
Gadis di situ tersenyum. "Encik mempunyai taste yang baik.Pasti lebih cantik di jari bakal isteri encik nanti.Sekejap ye."
Aku tersenyum.Aku harap sangat Hanan menyukainya nanti.
END POV
*********************************
Hanan mendapat panggilan dari Mika tadi.Mika mengajaknya keluar.Dia happy sangat.Hanan terus bersiap untuk keluar dengan Mika nanti.
Mika sedang menunggu Hanan di Tasik Titiwangsa yang tidak jauh dari rumah Hanan.Dia sengaja datang lebih awal supaya Hanan tidak menunggunya.
"Hye Mika..."Tegur Hanan.Mika menoleh pantas dan mengukirkan senyuman tatkala melihat Hanan.
"Hye..Sampai pun."
"Sorry saya buat awak tunggu lama ke??".Tanya Hanan.Takut jugak kalau Mika marah ke sebab dia lambat.
"Eh taklah..saya sengaja datang awal.Tak nak buat awak tunggu saya pulak.".Terang Mika.
"Owh..oh ni,Awak kata nak cakap sesuatu.Apa dia??". Tanya Hanan.Dari panggilan Mika tadi ,Mika kata nak beritahu sesuatu.
" Saya sebenarnya dah fikir masak-masak pasal benda ni.Saya rasa lebih baik kita cepatkan majlis pertunangan kita and then boleh terus fikir pasal majlis nikah pula nanti.Ibu saya tak nak kita lama-lama bercinta. Err..so saya nak tanya awak ok ke kalau kita bertunang dalam masa terdekat??".Tanya Mika.
Melihat Hanan seperti berfikir sesuatu dan diam membuat hatinya tidak senang.Mungkin Hanan rasa terlalu cepat kot.Entah dia tak dapat nak baca apa yang ada di fikiran Hanan sekarang.
Idea yang Mika bagi ni bagus juga sebenarnya.Hanan teringat kata-kata Laila baru-baru ni.Macam mana kalau ada perempuan lain yang akan wujud nanti dalam hubungan mereka.Dia tak sanggup nak berkongsi Mika dengan orang lain
Hanan betul-betul cintakan Mika dan dia tak nak orang lain rampas Mika darinya.Mungkin nampak dia pentingkan diri sendiri tapi dia betul-betul jatuh cinta dengan Mika.Perasaannya pada Mika tak pernah dirasakan dengan lelaki lain walaupun dengan Alex.
Gadis di kampung itu tiba-tiba menerpa difikiran Hanan.Dia tahu yang gadis tu menyimpan perasaan pada Mika.Macam mana kalau gadis tu buat Mika jatuh cinta dengan dia.
Hanan menggeleng laju kepalanya.Tak sanggup beb.
"Hanan...awak dengar tak?? Ni geleng-geleng kepala ni dah kenapa??".Panggilan Mika menyentakkan lamunan panjang Hanan.
"Hah??".Hanan kembali ke dunia nyata.
"Haihs..Saya tanya awak dengar tak saya cakap tadi sayangg.."Kata Mika.Sengaja dia memanggil Hanan sayang.Tidak semena-mena pipi Hanan merona merah.
"Oh err..de..dengar."Kata Hanan.Indah sungguh panggilan sayang yang meluncur di bibir Mika tadi.
"So macam mana??Awak setuju ke??".Tanya Mika sekali lagi.
"Hmm setuju tu setuju Cuma...".Ayat hanan tergantung.
"Cuma apa??". Tanya Mika.
"Cuma saya takut saya tak mampu jadi perempuan sempurna di mata awak.Ye laa saya ni bukannya baik pun jauh lagi alim.Macam mana kalau awak jumpa perempuan yang lebih baik dari saya.Saya takut awak tinggalkan saya nanti.Saya...saya tak sanggup kehilangan awak Mika.."Kata Hanan.Tanpa diduga air matanya mengalir dipipi.
Entah kenapa dia rasa sedih.Dia takut Mika akan tinggalkan dia satu hari nanti.
"Ya Allah..hey jangan nangis sayangg...Look at me.".Mika memegang wajah Hanan untuk memandangnya.Mata Mika tepat memandang mata Hanan.
"Saya terima awak seadanya sayang...saya langsung tak pandang kisah silam awak sebelum ni.Jangan rasa awak ni tak sempurna.Takde manusia yang sempurna dalam dunia ni.Saya pun tak sempurna jadi kita sama-sama melengkapi satu sama lain ok."Kata Mika dengan seikhlas hatinya.Mika menyambung lagi ayatnya.
"Hanan Raisya..saya takkan pernah tinggalkan awak.Takkan ada kata perpisahan dalam hubungan kita nanti.Saya janji saya akan setia dengan awak dan takkan pernah tinggalkan awak walau apa pun.So please..trust me dear.And one more thing..."
Mika bingkas bangun dan melutut ala ii nak melamar perempuan camtu..
Mika mengeluarkan cincin yang dibelinya tadi.
Hanan terkedu.Mika..Mika nak melamar dia ke sekarang.Hatinya susah untuk digambarkan sekarang.Bahagia ,terharu and terkejut sebab tak menyangka Mika bertindak gentleman begini.
Tiba-tiba ada beberapa orang yang sedang membawa belon dan beberapa lelaki yang bermain violin muncul.Mika memang merancang untuk melamar Hanan hari ni.
"Hanan...mungkin ianya agak tak releven and terlalu hambar persiapan camni but ini je saya mampu buat." Mika menarik nafas panjang untuk menyambung ayat nya seterusnya.
Hanan terharu sangat.Sungguh mungkin ianya terlalu biasa di mata Mika atau orang lain tapi sungguh tak pernah sorang pun yang buat persiapan macam ni khas untuk dia.Sumpah dia rasa terharu sangat.
"Hanan Raisya binti Mokhar , Sudikah awak berkongsi hidup dengan saya , susah dan senang ,jatuh dan bangun ,suka dan duka bersama-sama dan sudikah awak menjadi bidadari saya buat selama-lamanya...."Akhirnya terlafaz juga perkara yang Mika pendam dari tadi.
Hanan seperti terpaku dan sekali lagi dia mengalirkan air mata sebab terharu.Sungguh dia rasa dia perempuan yang paling bertuah di dunia ni mendapat lelaki sesempurna Mikael.
"Hanan..jawab la cepat..Sakit lutut saya ni duduk lama-lama camni."Sempat lagi Mika membuat lawak.
Hanan tergelak kecil.
"Jawapan saya YES!!!YES!!YES!!YES!!YES!!!".Jerit Hanan dengan ceria.
Mika tersenyum bahagia .Serentak dengan itu Mika menyarungkan cincin yang dibeli nya itu.Padan dan sesuai sangat cincin tersebut dengan Hanan.Cantik sungguh cincin itu berada di jari Hanan.
"Thank you Hanan..Thank you so much."Ucap Mika.
"Saya yang patut berterima kasih dengan awak sebab sudi terima saya, perempaun yang banyak kekurangan ni menjadi suri hati awak.Saya happy sangat...".Kata Hanan.
TBC
SO HOW READERS??ADA YANG SENYUM SORANG II TAK TU...JANGN RISAU SEBAB AUTHOR SENDIRI PUN SENYUM SORANG SORANG EVEN AUTHOR YANG TAIP. SO KORANG KOMEN LAAAA....KALAU TAK AUTHOR TAK NAK UPDATE NEXT PART.OK??
#VOTEANDCOMMENT
YOU ARE READING
JODOHKU RUPANYA
RomanceHanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun dia mempunyai kelulusan luar negara kerana dia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Mikael...