Part 25

360 13 2
                                    

Hanan sudah pulang ke rumah.Sudah seminggu dia tidak keluar di rumah.Abangnya menyekat semua pergerakannya kerana bimbang akan keselamatannya.

"haihh..bosanyaaa duduk rumah ni."Monolognya.Dia melangkah ke beranda dibiliknya untuk mengambil udara segar.

Baru dia sedar kehidupan yang dia nikmati selama ini hampir membuat dia kehilangan maruahnya.Dia terlalu asyik sehingga lupa tentang risiko yang bakal dihadapinya.Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi mengenangkan nasibnya.

Amin menguak pintu bilik adiknya.Dia melihat adiknya sedang menangis di beranda.Hatinya timbul kehairanan.

"Hanan..".Panggilnya sambil memaut bahu adiknya.

Hanan pantas menyeka air matanya.Dia tak nak abangnya tahu apa yang bermain difikirannya.

"Ye abang."Hanan mengukirkan senyuman manis di hadapan abangnya.

"Hanan kenapa menangis.Ingat tragedi tu lagi ke.Hanan..Alex dah kena tangkap.Hanan jangan risau ok.Hanan dah selamat sekarang."Kata abangnya.

Hanan menggelengkan kepalanya.

"Hanan Cuma menyesal sebab tak dengar nasihat abang.Hanan adik yang jahat kan abang.Hanan tak sedar yang abang nak yang terbaik untuk Hanan."Kata Hanan.Sekali lagi air matanya mengalir dan tidak dapat menyembunyikan lagi rasa sebak didada.

"Hanan..semua orang pernah buat kesilapan.Dan dari kesilapan itulah kita belajar untuk jadi yang lebih baik."Kata abangnya.

Hanan memeluk erat tubuh abangnya.Dia tidak nampak pengorbanan abangnya selama ini.

"Abang.."

"Ye Hanan."

"boleh tak petang ni Hanan nak keluar dengan Qeena dan Laila.Hanan janji Hanan takkan pergi kelab malam lagi.Janji."Hanan mengangkat tangannya seperti orang berikrar.

"Hmm..boleh percaya ke."Tanya Amin seperti menduga adiknya.Dia masih ragu-ragu tentang perubahan adiknya.Mana lah tahu ini mungkin helah adiknya.

"Sumpah.Hanan takkan pergi tempat macam tu lagi.Please..percayakan Hanan."Hanan membuat mata comelnya.Sesiapa pun pasti kalah dengan mata comel Hanan itu.

"Haihh ye lah...Janji tau Hanan takkan pergi tempat tu lagi."Kata Amin.

"Ye Hanan janji abang.So Hanan boleh keluar la ni."Tanya Hanan untuk kepastian.

"Ye Hanan boleh keluar."Kata Amin dengan mengukirkan senyuman.

"Yeayyyy...Sayang abang..".Hanan terus memeluk erat tubuh abangnya.

Mikael telah siap menyelesaikan tugasnya di pejabat.Dia membetulkan urat-urat nya.Sakit habis badannya disebabkan sepanjang hari duduk menyiapkan laporan projek ni.Mika mengerling jam di tangannya.Sudah waktu lunch.

Mikael mengemaskan kertas-kertas yang berselerakan di mejanya.

Di cafe keadaan agak sesak kerana waktu lunch jadi ramai orang yang memenuhi ruang cafe yang tidak terlalu luas itu.Mika mengambil tempat di hujung sedikit.

Tiba-tiba satu suara lembut menyapanya.Dia melihat susuk tubuh gadis yang pernah dibencinya dulu.Hanan.

"Hye..".Sapa Mika.Sejak kebelakangan ni jantungnya memang aneh sedikit setiap kali berhadapan dengan Hanan.

"Hye..Err you sorang ke."Tanya Hanan.

"Haah sorang je.Awak pulak??".

"Oh tadi I keluar shopping dengan Qeena dan Laila tapi diorang pergi toilet jap.Then ternampak you so I rasa I perlu tegur you maybe.Lagipun I ada seseuatu yang nak bagitahu you."Kata Hanan.

Nada Hanan lebih lembut dari dulu.Tiada lagi jerit pekik dan kata-kata sinis keluar dari mulut gadis itu.

"Bagitahu sesuatu?? Apa dia.".Tanya Mika.

"Sebelum tu boleh I duduk tak??".Kata Hanan.

"Oh sure.Of course."Dia terlupa pula nak pelawa Hanan duduk.Mika melurutkan rambutnya kerana sikap gelabahnya.

Hanan duduk di hadapan Mika.

"So..apa yang awak nak bagitahu saya."Tanya Mika lagi.

"Errr.Actually I nak minta maaf pasal sikap I yang mungkin buat you annoying masa you jadi bodyguard I dulu.I biadap dengan you ,hina you so yeah I'm sorry for all my mistake."Kata Hanan dengan ikhlas.

"Owhh..kalau pasal tu saya dah lama maafkan awak.Saya faham.."Kata Mika dan mengukirkan senyuman.

"So now kita kawan ok."Kata Hanan dan menghulurkan tangannya.Mika membalas huluran itu.

"Kita kawan."Kata Mika.

Tiada lagi perasaaan benci antara Hanan dan Mika.

TBC

HYE READERS.SORRY KALAU PART NI AGAK HAMBAR SIKIT EHH BUKAN HAMBAR BANYAK.APA-APA PUN ENJOY THIS STORY.

#VOTE

#COMMENT

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now