32

172 24 8
                                    

"Kita nak pergi mana ni hyung?" tanya Seungmin. Bomin disebelahnya menganggukkan kepalanya sambil melihat hyungnya yang berjalan dihadapan mereka berdua.

"Diam dan ikut sahaja,"

"Tapi sekarang kita dekat istana? Dengan pakaian pengawal istana? Sungyoon hyung?" panggil Bomin.

Sungyoon berhenti berjalan dan menghadap Bomin.

"Dah bukan kau ke haritu yang cadang macam ni? Bila aku dah sihat dan bila aku buat, kau banyak tanya pula," kata Sungyoon dengan nada memerli. Seungmin menepuk bahu Bomin membuatkan Bomin mengaduh kecil sebelum tersengih.

"Hei kamu bertiga buat apa disitu? Jangan curi tulang! Pergi ke Putera Jangjun cepat dia perlukan kamu bertiga!" jerit salah seorang pengawal yang bertugas di hadapan pintu istana.

"Dia ni tak ada hormat ke panggil kita macam tu?" marah Bomin menyebabkan dia menerima satu lagi pukulan dibahu daripada Sungyoon.

"Kita pakai pakaian pengawal dan sekarang mereka tak kenal kita. Jadi tolong bagi kerjasama dan jangan sampai mereka tahu bahawa kita hanyalah penyamar," kata Sungyoon dengan suara yang perlahan membuatkan Seungmin dan Bomin menganggukkan kepala mereka dengan serentak kerana takut dengan Sungyoon.

"Tercegat apa lagi dekat situ? Pergi cepat!" kata pengawal itu lagi dengan suara yang lebih lantang seakan-akan sedang marah.

Bomin,Seungmin dan Sungyoon bergegas ke bilik Jangjun setelah disergah begitu oleh pengawal tadi.

Jangjun yang berada di dalam bilik berdiri di hadapan cermin. Dia sedang bersiap-siap untuk keluar dan oleh kerana ini dia memerlukan tiga orang pengawal untuk bersama dengannya.

"Ke mana kalian semua pergi? Sudah berbulan-bulan kalian pergi. Hari esok telah menandakan genap setahun bahawa 9 putera kerajaan Crys hilang. Pulanglah. Aku tak mampu jaga Crys berseorangan," kata Jangjun sambil menghelakan nafasnya.

Amat berat baginya untuk memerintah dan menjaga Crys keseorangan. Walaupun Tuan Kim ada, dia seakan-akan melihat Jangjun sebagai anak kecil. Jadi sekarang ini, Tuan Kim yang menjadi pemangku raja bukannya Jangjun. Jangjun menyerahkan hampir seluruh kuasa memerintah kepada Tuan Kim kerana sejak kehilangan adik-beradiknya, dia sering jatuh sakit.

"Pulanglah kalian. Aku rindu,"rintih Jangjun sambil kedua-dua belah tangannya memegang meja solek untuk mengelakkan dirinya daripada rebah ke lantai.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk mengejutkan Jangjun daripada lamunannya. "Sekejap," kata Jangjun.

Dia berjalan dengan perlahan-lahan sambil memegang sebatang tongkat. Oleh kerana beberapa bulan ini dia sering jatuh sakit dan memerlukan bantuan untuk berjalan, Tuan Kim memberikan sebatang tongkat kepada Jangjun agar dia boleh berjalan dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain.

"Kalian tolong teman saya keluar ambil angin," kata-kata Jangjun terhenti. Dia memandang tiga orang pengawal dihadapannya.

Ketiga-tiga pengawal itu melopong melihat Jangjun. Mereka tidak menyangka bahawa Jangjun akan menjadi terlalu kurus seperti ini. Mukanya cengkung dan dia menggunakan tongkat untuk membantu dirinya berjalan. Dia juga kelihatan sangat pucat sehingga menyebabkan Sungyoon, Seungmin dan Bomin hampir tidak mengenalinya.

"Hyung okay ke?" tanya Bomin membuatkan Seungmin menendang kaki Bomin.

"Sakitlah hyung," kata Bomin memperoleh ketukan daripada Sungyoon pula.

"Hyung? Kenapa kamu panggil saya hyung?" tanya Jangjun dengan hairan.

Bomin yang tersedar itu cepat-cepat membetulkan salahnya.

"Maafkan saya. Saya tengok Putera Jangjun ni teringat dekat hyung saya," kata Bomin sambil menggenggam kuat tangannya menandakan dia gemuruh.

"Oh tak mengapa. Mesti saya ni nampak terlalu menyedihkan sampai pengawal pun tengok saya macam ni," kata Jangjun dengan nada sedih namum dia tetap tersenyum.

Sungyoon, Seungmin dan Bomin memandang satu sama lain sebelum mereka bertiga memandang Jangjun.

"Bukan macam tu tapi-" kata-kata Bomin dipotong oleh Jangjun.

"Tak mengapa saya faham. Teman saya bersiar-siar di luar. Lama saya duduk di dalam bilik ni sampai saya lupa bagaimana rupanya dunia luar," kata Jangjun sebelum menggerakkan tongkatnya dan berjalan.

Seungmin, Sungyoon dan Bomin mengikut Jangjun daripada belakang. Mereka bertiga berjalan sambil kepala mereka memikirkan tentang keadaan Jangjun ketika ini.

Sampai di suatu tempat, Jangjun meletakkan tongkatnya di tiang pondok tersedia sebelum duduk di pondok tersebut. Bomin, Sungyoon dan Seungmin melihat Jangjun yang sedang merenung pemandangan di hadapannya.

"Tau tak kenapa aku selalu datang sini?" tanya Jangjun kepada ketiga-tiga 'pengawal' itu sambil matanya melirik seketika ke arah mereka bertiga. Tiba-tiba dia membahasakan dirinya sebagai 'aku'.

"Aku selalu datang sini dulu dengan adik-beradik aku tapi sejak mereka menghilang, aku dah jarang datang sini. Aku...rindu mereka. Aku berharap aku dapat jumpa mereka sebelum keadaan aku semakin memburuk," cerita Jangjun.

Sungyoon melihat Jangjun dengan pandangan yang kasihan. Ingin sahaja dia menjerit bahawa dia adalah Sungyoon dan disebelahnya adalah Seungmin dan Bomin namun terpaksa dia diamkan diri. Sedang dia memerhati Jangjun, tiba-tiba matanya perasan akan sesuatu.

Belum sempat dia ingin bertanya kepada Jangjun, Jangjun mencapai tongkatnya sebelum berdiri. "Marilah kita pulang. Nanti Tuan Kim marahkan aku lagi," kata Jangjun sebelum berjalan mendahului mereka bertiga.

Seungmin dan Bomin berjalan di belakang Jangjun manakala Sungyoon masih lagi statik ditempatnya.

'Mana rantai tu pergi?' detik hati Sungyoon.

"Kau buat apa tercegat dekat situ lagi?" panggil Jangjun yang menoleh ke arahnya. Sungyoon bergegas lari ke arah mereka bertiga sebelum menyambung perjalanan pulang ke istana.

'Aku perlu cari di mana keberadaan rantai tu,'

Author note :
Hi Aemy kembali!

Yesterday (23 Jan) was my birthday and thank you guys kepada yang wish Aemy on Twitter. Definitely, I've never get so much wishes from people other than my family and close friends. I really wanna say thank you to you guys.

Yesterday, Author Chae (syazzizi) updated Yours Truly and she said it's for my birthday. Thank you, Chae💕

Okay back to this story, finally almost into climax part after a year😂 I'll try to update more after this but I'm not promise cuz it's hard for me to promise something since I'm kind of afraid of promising but I'll try to do the update frequently.

Since I'm not too active here, you can go to my Twitter account (Jibeompacifist) since I'm active there. You can ask me to follow you back too😊

Anyways, my final exam start this 27 Jan till 5 Feb so I hope you guys can pray for me to score in the exam. Thanks for your pray and In Shaa Allah after the exam I'll update more & more.

Take care! Stay safe! 💕

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now