21

229 36 43
                                    

Jangjun kini berada di sebuah tempat yang sangat asing bagi dirinya.Kiri dan kanannya hanyalah rumput.Dia cuba untuk berdiri tetapi jatuh semula kerana kepalanya pening.

Dia memegang kepalanya sambil matanya melihat sekelilingnya.Sebuah padang rumput yang luas.Tidak terlihat rumah atau pondok di kawasannya.

"Aku seorang diri ke disini?"tanya Jangjun sendirian.

"Tak,kau sedang bersama aku disini,"

Jangjun menoleh ke arah suara tersebut.Kelihatan seorang lelaki berjalan ke arahnya.

"T-Tuan Kim?"

Jangjun hairan.Bagaimana Tuan Kim,penasihat raja berada dengannya iaitu di tempat yang kosong sebegini?

"Buat apa Tuan Kim disini?"tanya Jangjun namun soalannya dibiarkan tidak berjawab sebaliknya Tuan Kim duduk disebelah Jangjun.

Jangjun bergerak ke kiri memberi ruang untuk Tuan Kim duduk.

"Kita dimana Tuan Kim?"tanya Jangjun sambil memandang Tuan Kim.

Tuan Kim tersenyum.Dia hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan pemandangan di hadapannya.

Langit berwarna biru terang menghiasi angkasa dan kelompok-kelompok awan tergantung juga menambahkan kecantikan pemandangan.

"M-Mana Sungyoon hyung?"tanya Jangjun.

Tuan Kim memandang Jangjun dengan tajam.

"Jangan kau tanya di mana abang kau yang tidak guna itu,"balas Tuan Kim dengan nada yang keras.

Jangjun memandang Tuan Kim pelik.

'Sungyoon?Abang tak guna?Apa maksud dia ni?'detik hati Jangjun.

"Dia yang membuatkan kau macam ni jadi tak ada gunanya kau tanya tentang dia,"kata Tuan Kim.

"Apa maksud Tuan Kim?Saya tak faham,"Jangjun memandang Tuan Kim dengan muka yang tertanya-tanya.

"Abang kau yang buat semua ni.Adik-beradik kau hilang sebab dia dan kau ada disini juga disebabkan dia juga,"kata Tuan Kim.

"Dia suruh aku...."

Jangjun menantikan ayat yang seterusnya.Tuan Kim melihat wajah Jangjun sebelum menghela nafas.

"....untuk lenyapkan kau,"kata Tuan Kim.

Jangjun terkejut dengan apa yang dikatakan Tuan Kim.

"L-lenyap?Maksudnya?"

"Bunuh kau,"

Jangjun kehilangan kata-kata.Dia sungguh terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Kim.

"T-tak mungkin.Sungyoon hyung bukan macam tu.Tuan Kim tolong jangan main-main.Perkara ini tidak kelakar,"kata Jangjun.

Jangjun yang sering dipandang selalu bergurau kini matanya memandang tajam ke arah Tuan Kim.

Tuan Kim berdiri sambil mengibas bajunya untuk menghilangkan kotoran.Jangjun hanya melihat perbuatan Tuan Kim.

"Pernah ke aku main-main?Perkara ini serius Jangjun.Aku tak main-main.Dia....yang suruh aku untuk bunuh kau,"kata Tuan Kim.

"Tapi kenapa,Tuan Kim?Sungyoon hyung tak akan menggunakan adik-beradiknya untuk kepentingan dirinya,"

"Itu kerana dia nakkan Crys.Dia berfikir bahawa dia yang sesuai untuk memerintah Crys berbanding abang dan adik-adiknya,"

Jangjun melopong mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Kim.

'Tak.Semua ni tak betul kan?Sungyoon hyung tak akan buat macam tu.Sungyoon hyung sendiri dah kata yang dia tak nak memerintah kerajaan Crys walaupun Ayahanda memaksanya.Pasti ada sesuatu disebalik semua benda ni dan aku tak percaya yang Tuan Kim kata Sungyoon hyung suruh bunuh aku,'

Tuan Kim melihat Jangjun yang berdiri sambil bercekak pinggang beberapa meter dibelakangnya.Dia tersenyum sinis.

"Terserah kau nak percaya atau tidak tapi aku ada sepucuk surat yang dia suruh beri kepada kau sebelum aku bunuh kau,"kata Tuan Kim.Dia mengambil sepucuk surat di poket seluarnya dan dihulurkan ke arah Jangjun.

Jangjun melihat surat tersebut.Tangannya teragak-agak untuk mengambil surat tersebut.Setelah beberapa detik,dia pun mengambil dan membuka surat itu lalu membacanya.

Jangjun,

Maafkan aku sebab buat semua ni.Untuk pengetahuan kau,semua perkara ini terjadi disebabkan aku.Setelah beberapa bulan aku berfikir,aku yang inginkan Crys.Aku ingin memerintah Crys.Aku tak nak Crys jatuh ke tangan kau semua jadi aku rancangkan perkara ini.

Aku minta maaf sebagai abang aku gagal   untuk kurangkan sikap tamakku yang semakin menguasai diriku.Sesungguhnya aku memang inginkan Crys dan Daeyeol hyung serta kalian semua terpaksa ku lenyapkan kerana kalian merupakan penghalang untuk aku kuasai Crys.

Aku minta maaf sekali lagi.

Yang benar,
Sungyoon

Jangjun terkedu melihat surat ditangannya.Dia ingin menafikan namun tulisan ini adalah tulisan Sungyoon.

Tuan Kim memandang Jangjun dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now