Jaehyun menatang dulang berisi makanan dan minuman untuk pelanggannya.
"Ini pesanan cik.Selamat menjamu selera,"ucap Jaehyun sebelum berlalu pergi.
Dia meletakkan dulang diatas kaunter dan bergerak ke arah pelanggan lelaki yang duduk sedikit tersorok dari pelanggan yang lain.
Jaehyun menarik kerusi dan duduk dihadapan pelanggan itu.Kelihatan pelanggan tersebut sedang menikmati makanan dengan selera.
"Dah lama ke kau dekat sini?"tanya Jaehyun.
Namun demikian,lelaki itu tidak menjawab pertanyaan Jaehyun kerana dia sibuk mengisi perutnya yang kosong.
"Joochan-ah aku tanya kau ni tolonglah jawab soalan aku,"kata Jaehyun.
"Nae?Ah ada la juga dalam seminggu,"kata Joochan.
Jaehyun menunjukkan reaksi terkejut.
"Seminggu?Habis kau makan macam mana?Tidur dekat mana?Macam mana kau survive?Aku ingatkan kau mati kalau tak makan seminggu,"kata Jaehyun.
Joochan yang sedang makan itu menjeling ke arah Jaehyun.
"Nak sangat ke aku mati?"tanya Joochan sambil makan.
"Haha tak tak,"jawab Jaehyun sambil merenung Joochan.
"Habistu kau hidup macam mana seminggu ni?"tanya Jaehyun.
"Aku...."
Flashback
Sepert biasa Joochan berjalan-jalan sambil matanya tidak lepas memandang disekelilingnya.Manalah tahu kalau ada makanan jatuh dari langit.Sudah dua hari dia tidak makan apa-apa.
Dia memegang perutnya yang sudah berkeroncong kuat.Sampai satu masa dia sudah tidak tahan dan duduk di hadapan rumah seseorang.
Dia mencangkung sambil menekup mukanya diantara kedua-dua lututnya.
"Anak buat apa dekat depan rumah makcik ni?"
Joochan mendongak dan melihat ada seorang perempuan dalam lingkungan 60-an menegurnya.
"Ah maafkan saya sebab duduk dekat rumah makcik,"kata Joochan sambil berdiri dan menunduk meminta maaf.
"Tak mengapa,nak.Kamu ni nampak macam tak bermaya sahaja.Dah makan ke?"
Joochan menggeleng kepala perlahan.
"Kalau macam tu mari makan rumah makcik.Lepastu kamu tidurlah dekat rumah makcik dulu.Hari pun dah nak gelap ni,"
Joochan memandang disekelilingnya.Memang bemar hari sudah hampir gelap.Nak atau tidak terpaksalah dia menumpang dirumah makcik itu.
Malam telah tiba.Joochan dan makcik itu makan bersama-sama.
"Terima kasih untuk makanannya makcik,"ucap Joochan sebelum makan.
"Kamu ada tempat tinggal ke?"
Joochan yang sedang makan itu terhenti.Dia menggelengkan kepalanya.
"Macam ni lah.Kamu duduk jelah teman makcik dekat rumah ni.Lagipun makcik tak ada anak.Anak-anak makcik semua duduk luar negara jadi makcik seorang yang duduk dekat sini,"
"Tak apa ke?Susahkan makcik sahaja,"kata Joochan.
"Tak apa.Makcik lagi suka sebab ada teman berbual,"
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
Fiksi PenggemarSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...