27

190 23 42
                                    

Sunwoo merenung ke arah mereka berlima.Dadanya turun naik dengan laju menandakan marah masih menguasai dirinya.

"Aku tahu kau tak akan percaya dan cakap aku ini adalah penipu tapi tidak.Aku bukan penipu,Sunwoo.Aku bukan orang yang suka menipu sesiapa.Kau pernah nampak atau rasa ke yang aku tipu orang lain?"tanya Seungmin.

Sunwoo masih diam.Otaknya masih cuba memproses maklumat yang diterimanya tadi.

"Aku kenal kau sejak kecil malah kau adalah kawan kami sejak kami kecil.Kau kenal kami luar dan dalam.Sudah pasti kau tahu aku tak akan tipu kau semua,"kata Seungmin.

Bomin yang sedari tadi hanya merenung dan mendengar perbualan mereka itu memandang Seungmin.

"Apa maksud hyung yang hyung kenal dia sejak kecil?Siapa Sunwoo yang sebenarnya?"tanya Bomin.Anak matanya memandang Seungmin dan Sunwoo silih berganti.

Seungmin menghembus nafasnya sebelum menjawab soalan Bomin.

"Sunwoo sebenarnya...,"

"Aku tak akan mengaku dia bapa aku,"kata Sunwoo dengan tiba-tiba membuatkan ayat Seungmin tergantung.

Bomin,Joochan,Jaehyun,Donghyun dan Youngtaek memandang Seungmin dan Sunwoo.

"K-Kau anak T-Tuan Kim?"tanya Jaehyun sambil membulatkan matanya yang memang sedia bulat.

Sunwoo memandang Jaehyun sebelum mengangguk perlahan.Jawapan yang diberikan oleh Sunwoo itu mengejutkan mereka semua yang berada disitu kecuali Seungmin dan Donghyun kerana mereka berdua memang sedia tahu bahawa Sunwoo itu adalah anak lelaki tunggal Tuan Kim.

"J-Jadi kau tahu semua ini berlaku?"tanya Joochan.

"Apa maksud kau?"tanya Sunwoo.

"Semua yang berlaku sekarang.Di Crys,"kata Bomin.

"Tak.Aku tak tahu semua ini berlaku dekat kau semua,"kata Sunwoo sambil matanya mengerling ke arah Donghyun.

Donghyun tahu Sunwoo sedang mengerling ke arahnya jadi dia hanya menundukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.Seungmin yang perasan akan Sunwoo mengerling ke arah Donghyun itu hanya melihat sahaja gelagat mereka berdua.

Antara mereka berlima,Seungmin mempunyai penglihatan yang tajam jadi dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara Sunwoo dan Donghyun.

'Apa yang kau sembunyikan lagi,Donghyun?'detik hati Seungmin.

Jibeom berjalan ke arah meja kerjanya.Kerja di pejabat agak mencabar namun dia perlu mengharunginya demi mencari duit untuk menyara hidupnya.

"Jibeom,nak lunch sama-sama?"tanya Lucas,salah seorang pekerja yang bekerja sebagai arkitek di pejabat itu.

Jibeom yang baru sahaja ingin duduk itu memandang Lucas yang sedang berjalan ke arahnya.

"Tak mengapalah.Kerja aku banyak lagi nak kena buat ni,"kata Jibeom sambil mengerling ke arah kertas kerja yang bersepah di atas mejanya.

Kedua-dua mata Lucas juga bergerak melihat keadaan di atas meja Jibeom.Kelihatan beberapa buah fail dan kertas-kertas kerja bersepah di atas meja Jibeom.

"Haih betul ni kau tak nak?"tanya Lucas memandang Jibeom semula.Jibeom mengangguk sambil bergerak ke kerusinya untuk duduk.

"Nak aku belikan apa-apa?"tanya Lucas lagi.Jibeom yang sedang mengemas fail-fail di atas mejanya berhenti seketika sebelum memandang Lucas.

Dia mencapai sekeping kertas dan sebatang pen berwarna hitam sebelum mencoret sesuatu di atas kertas.

"Kau tolong pergi kafè dekat hujung jalan ni dan beri kertas ini kepada pekerja bernama Jaehyun.Belikan aku donut dan juga air Frappucino juga dekat sana,"kata Jibeom sambil menghulurkan sepucuk surat dan beberapa keping wang kepada Lucas.

Lucas menyambut huluran Jibeom sambil mencantumkan jari telunjuk kanan dan ibu jari kanannya.Lucas bergerak daripada meja Jibeom ke arah pintu utama pejabat untuk pergi makan tengahari.

Jibeom menyambung kerjanya menyusun fail dan menyemak kertas kerja sambil berhajat di dalam hati agar Jaehyunmembaca surat itu.

Lucas berjalan memasuki kafè yang dikatakan oleh Jibeom.Dia berdiri di hadapan kaunter dan memesan donut serta Frappucino seperti yang Jibeom inginkan.

"Semua sekali 10 ribu won,"kata juruwang yang bertugas.

Lucas menghulurkan wang yang diberikan oleh Jibeom.Setelah selesai pembayaran,Lucas masih lagi berdiri di hadapan kaunter.

"Encik nak apa ya?"tanya petugas juruwang yang mengendalikan pesana Lucas tadi.

"Saya cari pekerja bernama Jaehyun.Dia ada tak?"tanya Lucas.

"Saya Jaehyun.Encik ada apa ya cari saya?"tanya petugas juruwang iaitu Jaehyun.

Lucas mengeluarkan sepucuk surat yang dikirimkan oleh Jibeom sebelum menghulurkan kepada Jaehyun.Jaehyun melihat surat tersebut dan Lucas silih berganti.

"Jibeom minta saya beri surat ini dekat awak,"kata Lucas.Jaehyun terus menyambut huluran Lucas dan meletakkan surat tersebut di dalam kocek seluarnya.

Bahu Jaehyun dicuit daripada belakang dan kelihatan Subin memberi pesanan Lucas kepadanya.Jaehyun mengambil lalu menghulurkannya kepada Lucas.

"Ini pesanan encik.Terima kasih kerana membeli di kafè kami dan terima kasih untuk surat itu,"kata Jaehyun sambil tersenyum.

Lucas membalas senyuman Jaehyun sambil mengenyit matanya dan meletakkan jari telunjuk dan jari tengahnya di dahi sebelum berlalu keluar.

"Surat apa dia bagi?"tanya Subin yang berada di belakang Jaehyun.Jaehyun berpusing melihat Subin.

"Tak ada apa-apa.Kawan dia yang bagi,"kata Jaehyun.

"Surat cinta,ke?"tanya Subin.

"Ikut suka kau la nak fikir apa.Yang penting itu daripada adik aku,"kata Jaehyun sebelum berlalu ke arah dapur.

"Oops terciduk aku jadinya,"kata Subin sambil ketawa kuat sehingga menarik perhatian pelanggan yang berada di dalam kafè itu.

Jaehyun menggelengkan kepala manakala pekerja yang lain menepuk dahi mereka tatkala mendengar ketawa Subin.

'Surat apa yang kau beri ni?'detik hati Jaehyun lalu meletakkan surat tersebut di dalam poket seluar yang terletak di dalam lockernya.

Author note :
Aemy tak tahu apa yang Aemy tulis actually. Firstly I planned this story should end on chapter 30 but it didn't go as I planned.Harap bersabarlah ya.Hehe

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now