Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Sungyoon sudah pun sedar setelah dua hari dia tidak menyedarkan diri. Namun, oleh kerana dia telah menggunakan kuasanya dengan banyak untuk membawa adik-adiknya ke Crys, dia masih lagi dalam keadaan yang lemah.
Daeyeol masuk ke dalam bilik dengan menatang dulang berisi makanan untuk Sungyoon. Dia meletakkan dulang tersebut di meja yang terletak di sebelah katil sebelum mengejut Sungyoon daripada tidurnya.
'Mesti dia bosan sampai tertidur,' detik hati Daeyeol.Dua kali Daeyeol mengejut Sungyoon sebelum Sungyoon membuka matanya.
"Aku ada bawakan makanan ni. Bangunlah. Aku tahu kau sedang lapar," kata Daeyeol dengan suara yang lembut.
Dia membantu Sungyoon menyandarkan diri di kepala katil sebelum mengambil mangkuk berisi bubur. Dia membantu menyuapkan Sungyoon kerana Sungyoon masih lagi belum berupaya untuk menggerakkan kedua-dua belah tangannya.Setelah beberapa kali suapan, Sungyoon menggelengkan kepalanya.
"Makanlah lagi. Beberapa hari ini kau makan sikit sangat. Makanlah lagi supaya tenaga kau datang semula," kata Daeyeol sambil tangannya masih memegang mangkuk dan sudu itu.
Sungyoon hanya diam. Sesungguhnya untuk bersuara juga dia tidak mampu. Segala perlakuannya terbatas. Hanya mampu mengharapkan pertolongan abang dan adik-adiknya tatkala dia ingin melakukan sesuatu.
Daeyeol menghela nafas. Dia meletakkan mangkuk di atas dulang sebelum mengambil segelas air dan disua kepada Sungyoon. Sungyoom menghirup sedikit sebelum menoleh ke tempat lain. Daeyeol meletakkan gelas tersebut bersebelahan dengan mangkuk sebelum mengelap bibir Sungyoon menggunakan tisu.
"Aku letak dekat sini dulu. Kalau nak makan, panggil Seungmin atau yang lain sebab aku nak keluar sekejap," kata Daeyeol sebelum berdiri dan bergerak keluar dari bilik.
Sungyoon hanya melihat pemergian Daeyeol dengan matanya sebelum melihat bubur yang terletak disebelahnya. Perlahan-lahan tangannya cuba diangkat untuk mencapai mangkuk berisi bubur itu.
Seungmin yang kebetulan lalu dihadapan bilik Daeyeol itu menoleh untuk melihat keadaan Sungyoon. Dia berlari masuk ke dalam bilik Daeyeol.
"Hyung nak makan ke?" tanya Seungmin dengan tiba-tiba. Sungyoon yang berusaha untuk mengambil mangkuk itu terkejut. Dia menjatuhkan tangannya semula.
"Kalau hyung nak makan,Seungmin boleh suapkan," kata Seungmin. Sungyoon menggelengkan kepalanya.
Dia ingin mengambil dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya bukan dengan bantuan orang lain. Dia merasakan bahawa dirinya seperti orang tak guna kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri dan hanya mengharapkan orang lain. Hendak bercakap pun susah kerana suaranya tidak ingin keluar.
"Okay hyung nak Seungmin suapkan ke?" tanya Seungmin lagi. Sungyoon menggelengkan kepalanya.
"Kalau macam tu hyung nak makan sendiri? Hyung kan masih tak larat," kata Seungmin. Sungyoon menatap anak mata coklat Seungmin.
"Okay hyung tunggu dulu. Seungmin ambilkan meja kecil untuk mudahkan hyung makan," kata Seungmin sebelum berlalu keluar.
Beberapa minit kemudian, Seungmin masuk ke dalam bilik itu semula sebelum meletakkan meja kecil di atas katil berhadapan dengan Sungyoon. Dia meletakkan dulang berisi mangkuk bubur dan gelas air di atas meja itu.
"Hyung cubalah," kata Seungmin sebelum duduk di sofa yang disediakan.
Sungyoon menganggukkan kepalanya sebelum tangan kanannya cuba mencapai sudu yang terletak di dalam mangkuk. Walaupun tangannya masih lemah dan berketar ketika ingin menggerakkannya, Sungyoon tidak mengalah dan akhirnya berjaya mencapai dan memegang sudu tersebut.
Seungmin yang melihat perbuatan itu terkejut. " Tahniah hyung!" Seungmin menjerit dengan suara yang perlahan seperti berbisik. Sungyoon tersenyum sebelum cuba mengambil bubur tersebut untuk makan dan percubaannya berjaya.
Seungmin yang duduk di sofa itu menjerit bersorak riang apabila Sungyoon berjaya makan dengan sendirinya. Jeritannya itu menyebabkan kesemua adik-beradiknya menyerbu bilik Daeyeol. Mereka yang melihat kejayaan Sungyoon untuk menyuapkan bubur dengan sendirinya itu bersorak sama.
Daeyeol yang baru masuk ke dalam rumah itu pelik dengan bunyi sorakan yang datang dari biliknya itu. "Kau semua buat apa dekat bilik aku ni?" tanya Daeyeol.
Joochan menunjukkan keadaan Sungyoon yang sudah mampu menggerakkan anggota badannya itu. Mata Daeyeol yang berair itu terus dilap oleh Daeyeol sebelum berjalan ke arah Sungyoon dan mengelus rambut Sungyoon. Sungyoon memandang Daeyeol dan tersenyum.
'Semoga kau cepat sembuh Sungyoon,'
Author note :
Hi Aemy is back! Happy New Year!Welcome back our Jaehyun!
Welcome back our Golden Child! Jahat tau tiba-tiba keluar teaser hmmOkay now Aemy in phase that need to complete all the assignments and I'm gonna have exam in 2 weeks but I haven't prepare anything. Just berharap I can score in my exam. Final exam to be honest hahaha
Cerita ni panjang lagi.. Jangan risau. Belum end lagi😂 This 07.01 will be World 1st Anniversary waw hahaha
Apa-apa pun my beloved readers stay safe okay.
!Goodluck in 2021!
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
Fiksi PenggemarSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...