"Macam mana hyung boleh kenal Sunwoo?"tanya Jaehyun.
Seungmin dan Youngtaek yang sedang makan itu tersedak.Joochan cepat-cepat menuangkan air dan menghulurkan kepada mereka berdua.
"Takkan kau tak kenal dan tak ingat siapa Sunwoo?"tanya Seungmin setelah tekaknya tidak lagi terasa sakit.
Jaehyun dan Joochan berpandangan sesama sendiri sebelum menggelengkan kepala mereka.
Seungmin dan Youngtaek menepuk dahi mereka lalu menggelengkan kepala mereka.Hal ini membuatkan Jaehyun dan Joochan bertambah hairan.
'Macam mana mereka kenal Sunwoo?'
"Sunwoo adalah manusia seperti kita.Bukan hidup di sini.Dia adalah salah seorang rakyat di Crys,"cerita Youngtaek perlahan.
Jaehyun dan Joochan membulatkan mata mereka.
"Sunwoo adalah anak kepada penasihat ayahanda,"kata Seungmin.
"M-Maksud hyung,Sunwoo adalah anak Tuan Kim?"tanya Jaehyun.
"Tuan Kim?"tanya Joochan juga.Seungmin dan Youngtaek menganggukkan kepala.
Jaehyun dan Joochan melopong mendengar apa yang dikatakan oleh Youngtaek dan Seungmin.
"Tutup mulut tu.Ada juga nanti lalat masuk,"Youngtaek cuba bergurau.
Jaehyun dan Joochan cepat-cepat menutup mulut mereka.Mereka masih lagi tidak mempercayakan apa yang didengar tadi.
"Eo?Jibeom?"
Jaehyun,Joochan dan Seungmin memandang ke arah seorang lelaki yang segak bergaya memasuki kafè.
Lelaki yang dipanggil Jibeom itu menoleh ke arah suara yang memanggilnya.Daripada pandangannya,kelihatan empat orang lelaki sedang memandangnya.
"Youngtaek hyung?Seungmin hyung?Joochan?Jaehyun?Apa yang kalian buat disini?"tanya Jibeom sambil melangkah ke arah mereka berempat.
"Aku dengan Jaehyun kerja dekat sini.Youngtaek hyung dan Seungmin hyung sahaja datang sini.Kau pula?"tanya Joochan.
Jibeom melihat muka adik-beradiknya satu persatu.
"Aku datang sini sebab nak beli makanan untuk makan tengahari sekejap lagi,"kata Jibeom.
"Kalau macam tu apa kata kau sertai kami makan bersama,"cadang Youngtaek.Seungmin,Joochan dan Jaehyun menganggukkan kepala mereka.
Jibeom melihat jam ditangannya.Dia memandang muka adik-beradiknya silih berganti.
"Maaflah aku tak boleh.Kerja aku banyak sekarang ini dan kemungkinan aku tak sempat,"kata Jibeom.
"Kau kerja apa?"tanya Seungmin.
"Aku kerja dekat bangunan hujung sana sebagai setiausaha dekat pejabat,"jawab Jibeom.
Seungmin,Youngtaek,Jaehyun dan Joochan menganggukkan kepala.
"Eh maaflah aku tak boleh lama ni.Aku pergi dulu ya,"kata Jibeom sebelum mengeluarkan sekeping kad dari poket seluarnya.
"Ini kad aku.Ada apa-apa,telefon sahaja nanti aku jawab.Aku pergi dulu,"kata Jibeom sambil menghulurkan sekeping kad kepada Seungmin dan berlalu pergi ke arah kaunter untuk memesan makanan.
Sebelum keluar dari kafe,Jibeom memandang sekilas adik-beradiknya sambil mengangkat tangan lalu keluar.
Youngtaek dan Joochan melihat kad yang berada di tangan Seungmin.
"Wah dah berjaya adik aku seorang,"kata Youngtaek manakala Joochan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Youngtaek itu.
Jangjun berjalan di kawasan istana.Sesungguhnya dia amat bosan kerana kini hanya dia seorang di istana tanpa adik-beradiknya.
Dia berjalan tanpa arah tuju.Dia hanya mengikut ke mana kakinya melangkah.Fikirannya kosong kerana dia buntu.
Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah membuatkan dia berdiri di hadapan pancutan air buatan ayahandanya.Dia hanya merenung air yang memancut keluar daripada pancutan itu.
Dia mengeluh.Sungguh kini dia buntu dengan semua yang berlaku terhadap dirinya dan keluarganya.
"Kenapa kau mengeluh?"
Bahu Jangjun terhincut kerana terkejut.Suara yang tidak begitu asing menyapa gegendang telinganya.
'Daeyeol hyung' detik hati Jangjun.
Seketika kemudian dia menggelengkan kepalanya.
'Tak mungkin Daeyeol hyung ada disini,'detik hati Jangjun lagi.
"Kau dah kenapa geleng kepala macam orang tak betul?"tanya suara itu.
Jangjun yang menggelengkan kepalanya terhenti sebelum berpusing.Kelihatan seorang lelaki yang beberapa sentimeter lebih tinggi daripadanya berdiri dihadapannya.
"D-Daeyeol hyung...,"panggil Jangjun.
Walaupun masih terkejut namun senyuman tetap menghiasi mukanya.Dia berlari untuk memeluk Daeyeol namun belum sempat dia memeluk,Daeyeol mengelak.
Jangjun keliru kerana Daeyeol yang selalu menyambut pelukannya kini mengelak daripadanya.Dia memandang Daeyeol dengan muka yang penuh kekeliruan.
"Masuk bilik aku,"
Tiga patah perkataan itu menggerunkan Jangjun kerana apabila Daeyeol menyuruh salah seorang daripada adik-beradiknya masuk ke dalam biliknya ia bermaksud bahawa ada perkara yang amat serius berlaku.
Nak atau tidak,dengan langkah yang berat terpaksalah Jangjun mengekori Daeyeol.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanfictionSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...