Daeyeol P.O.V
Enam bulan sudah berlalu namun ayahanda masih belum pulang.
Tidak pernah pula dia pergi berperang dengan musuh sebegini lamanya.
"Kenapalah aku rasa tidak sedap hati tentang ini?"
"Hyung!"
Aku menoleh ke arah pintu bilikku.Kelihatan Jaehyun berdiri di hadapan pintu bilikku.
Dia melihat ke kiri dan kanannya sebelum berlalu masuk dan menutup pintu bilikku.
"Kenapa datang sini?"tanyaku setelah Jaehyun duduk di hadapanku.
"Maaf kacau hyung tapi aku nak beritahu sesuatu perkara,"
Aku memandang Jaehyun.
"Joochan?"tanyaku seperti sudah mengagak perkara yang ingin diberitahu oleh Jaehyun.
Jaehyun menganggukkan kepalanya.
"Haritu kami berdua pergi ke taman,"
"Bila masa?"tanyaku kerana setahuku Jaehyun sering berada di kamarnya sejak akhir-akhir ini.
"Erm enam bulan yang lepas,"kata Jaehyun.
"Lepastu Joochan tertidur di atas bangku.Dia meracau,"
"Meracau?"
Jaehyun menganggukkan kepalanya.
"Aku kejut dia bangun.Dia kata mimpi dia lain,"
"Lain?Lain macam mana tu?"tanyaku.
Aku semakin berminat ingin mengetahui cerita tentang mimpi Joochan kerana apa yang dimimpikan Joochan akan menjadi kenyataan.
"Dia kata dia sedang dikejar oleh beberapa orang asing di dalam istana.Dia jerit nama kita semua tapi kita tak ada dan dia kata istana ni nampak macam dah lama kena tinggal.Dan mimpi terbarunya,dia lihat seorang lelaki yang membelakanginya berkata "Aku akan musnahkan kerajaan ini" Joochan cuba untuk mengetahui siapa lelaki itu tetapi tidak sempat kerana dia seperti ditarik menjauhi lelaki itu,"cerita Jaehyun panjang lebar.
Aku melopong mendengar cerita yang disampaikan oleh Jaehyun.
"Kenapa baru beritahu aku sekarang?"tanyaku dengan suara yang sederhana kuat.
"Kenapa?"
"Itu maksudnya kita dalam bahaya.Kau panggil yang lain serta bonda untuk pergi ke taman rahsia,"ujarku kepada Jaehyun sebelum berdiri.
"Kau nak pergi mana?"tanya Jaehyun.
"Aku perlu pastikan ayahanda selamat,"kataku sebelum berlalu keluar.
'Kenapalah kau baru beritahu aku sekarang.Kau buat ayahanda dalam keadaan bahaya,'
End Daeyeol P.O.V
"Tiba-tiba hyung suruh aku kumpulkan semua ke taman rahsia.Ada apa ni?"tanya Jaehyun sambil menggaru kepalanya.
Walaupun begitu,dia tetap mengumpulkan mereka ke taman rahsia.
"Kenapa kau kumpulkan kami di sini?"tanya Donghyun.
"Daeyeol hyung suruh,"jawab Jaehyun.
"Mana Daeyeol?"tanya permaisuri.
"Er dia kata dia nak tengok ayahanda,"jawab Jaehyun lambat.
"Dan kau biarkan dia pergi seorang diri?"tanya Sungyoon terkejut.
Sejujurnya dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Jaehyun.Sudahlah mereka semua lerlu berkumpul di sini tanpa ayahanda dan juga Daeyeol,kini Jaehyun membuat mereka semua bertambah risau dengan keadaan Daeyeol diluar sana.
"Maaf.Aku nak teman dia tapi dia tak bagi.Dia yang suruh aku kumpulkan kau semua dekat sini,"kata Jaehyun.
"Maafkan Jaehyun bonda.Jaehyun gagal jalankan tanggungjawab sebagai adik dengan melindungi Daeyeol hyung,"ujar Jaehyun sambil memandang permaisuri.
Permaisuri berjalan mendekati Jaehyun.Dia memeluk Jaehyun sambil menggosok kepala Jaehyun.
"Tidak mengapa yang penting kita doakan mereka supaya selamat,"kata permaisuri.
"Jaehyun perlu pergi juga.Jaehyun rasa tidak sedap hati,"kata Jaehyun setelah meleraikan pelukan.
"Aku ikut,"kata Seungmin.
"Baiklah,"
"Er kami nak ikut juga boleh?"tanya Youngtaek.
"Kalau semua ikut,siapa yang akan jaga bonda?"tanya Sungyoon.
"Bonda perlukan teman dan kalian semua perlu temankan bonda.Biar aku,Bomin dan juga Jaehyun yang pergi,"kata Seungmin sebelum menarik tangan Bomin dan berlalu keluar dari taman rahsia.
"Aku risaukan mereka,"kata Donghyun.
"Jangan risau.Mereka pasti tidak apa-apa.Kita doakan kesejahteraan mereka,"kata permaisuri sambil memandang setiap seorang puteranya yang tinggal bersamanya.
"Bonda perlukan air?"tanya Jibeom.
Permaisuri menganggukkan kepalanya sebelum melihat Jibeom meninggalkannya.
'Nasib baiklah taman ini dilengkapi dengan semua kemudahan,'
"Seungmin hyung kenapa kau bawa aku sekali?"tanya Bomin.
"Kenapa takutkah?"tanya Jaehyun sambil matanya melirik ke arah Bomin.
"Er sikit,"jawab Bomin sambil menggaru kepalanya.
"Aku nak kau guna kuasa kau untuk kita pergi ke tempat ayahanda dan juga Daeyeol hyung.Aku dapat rasakan yang mereka berada tidak jauh dari kita,"kata Jaehyun lagi.
"Okay aku cuba,"kata Bomin sebelum menyuruh Jaehyun serta Seungmin berdiri rapat dengannya.
Dengan serta-merta mereka bertiga hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanfictionSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...