22

227 29 154
                                    

Sungyoon berjalan ke arah taman.Kini dia keseorangan di Crys.Kesemua adik-beradiknya telah hilang.Fikirnya dia dan Jangjun akan sentiasa berada di Crys namun tanggapannya salah.

Jangjun pula menghilangkan diri tanpa berkata apa-apa kepada dirinya membuatkan dia kini bingung untuk menjalankan kehidupan di Crys seorang diri tanpa keluarga disisinya.

Dia berhenti di hadapan pancutan air buatan ayahandanya.Dia merenung pancutan air tersebut.Fikirannya kini kosong kerana dia sediri tidak tahu apa yang mahu difikirkan.

"Sekarang Jangjun pun menghilang.Tinggal aku seorang je dekat Crys ni.Ayahanda dan Bonda juga diculik jadi maksudnya akulah yang kena memerintah Crys buat sementara waktu,"kata Sungyoon sendirian.

"Bukan itu yang kau mahu?"suara lelaki menegur Sungyoon dari belakang.

Sungyoon terkejut terus menoleh.Kelihatan Jangjun berjalan disebelah Tuan Kim dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"J-Jangjun!"Sungyoon berlari ke arah Jangjun.Dia terus memeluk Jangjun dengan kuat.

Jangjun menolak Sungyoon dengan kuat menyebabkan Sungyoon terdorong ke belakang dan jatuh terduduk.

"Kenapa kau tolak aku?"

Jangjun berdecit.Dia berjalan setapak demi setapak ke arah Sungyoon yang masih lagi terduduk itu.

"Kau tanya kenapa?Kau tu yang kenapa?Rupanya selama ni kau yang rancang semua benda ni.Perkara ini berlaku semua sebab kau.Daeyeol hyung dan adik-adik semua hilang disebabkan sifat tamak kau nak memerintah Crys,"marah Jangjun.

Sungyoon terkebil-kebil memandang Jangjun yang berdiri dihadapannya.

"A-Apa yang kau maksudkan?"tanya Sungyoon.Dia memandang Jangjun dengan ekspresi muka yang kosong.

"Tak payah berpura-pura hyung.Kau adalah dalang semua ni berlaku.Kau punca ayahanda,bonda,Daeyeol hyung dan adik-adik hilang.Kau sanggup buat semua kerja ni semata-mata kau nak ambil kerajaan Crys.Kau memang tamak Sungyoon hyung.Kau seorang yang tamak!"jerit Jangjun.

Sungyoon berdiri lalu menarik tangan Jangjun.Dia memandang Jangjun yang sedang marah itu.

"Sebenarnya aku tak faham apa yang kau
cakapkan tapi percayalah aku bukan seperti apa yang kau fikirkan,"kata Sungyoon.

Jangjun merentap tangannya daripada terus dipegang oleh Sungyoon sebelum berlalu pergi.

Tuan Kim yang berada disitu menonton pergaduhan dua beradik itu juga mengikut Jangjun pergi.

Sebelum dia pergi,dia memandang Sungyoon sebelum tersenyum sinis.

Sungyoon yang kebetulan memandang Tuan Kim itu mengecilkan matanya.

"Bodoh Jangjun.Kau bodoh.Kenapa kau mesti percayakan orang tua tu daripada abang kau sendiri?"marah Sungyoon keseorangan.

Dia berharap agar Jangjun dengar namun Jangjun sudah menghilangkan dirinya begitu juga dengan Tuan Kim.

Sungyoon berpusing menghadap pancutan air itu.Tiba-tiba satu cahaya menyuluh ke dalam matanya membuatkan dia menutup kedua-dua belah matanya kerana silau.

Sungyoon membuka kedua-dua matanya.Kelihatan dia berada di tempat yang begitu asing dengan dirinya.Dia berada di hadapan sebuah rumah yang besar.

Belum sempat dia ingin bergerak ke pintu pagar yang terletak beberapa meter di belakangnya,pintu dihadapannya dibuka dari dalam.

Kelihatan Daeyeol keluar sambil memegang dua beg plastik berisi sampah.Dia memandang hadapan dan terkejut melihat Sungyoon berdiri di situ.

"Sungyoon?"

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now