"Daeyeol hyung mari masuk,"ajak Sungyoon. Dia membuka pintu bilik Tuan Kim dengan perlahan-lahan.
"Hyung cepat tau. Kita tak ada banyak masa dah,"kata Bomin. Daeyeol menepuk bahu Bomin perlahan.
Daeyeol melangkah masuk ke dalam bilik Tuan Kim manakala Bomin menjaga pintu. Hal ini supaya dia mudah untuk menggunakan kuasa teleport dan membawa Daeyeol serta Sungyoon pergi sebelum dinampak oleh Tuan Kim.
"Sungyoon, kau cari arah sana dan aku cari disini," kata Daeyeol. Sungyoon bergerak ke rak buku yang terletak di dalam bilik Tuan Kim.
"Eh? Ni semua kan buku-buku milik aku. Rahsia Crys , Permata Crys , Cahaya Crys. Sumpah memang dia yang curi rupanya. Bagaimana dia boleh masuk ke bilik bacaan aku dan ambil semua buku berkaitan Crys?" omel Sungyoon sendirian.
Daeyeol melangkah ke meja milik Tuan Kim. Dia membelek satu persatu buku di atas meja itu. Seterusnya dia membuka semua laci meja. Sampai di laci terakhir, ia berkunci.
"Kenapa kunci?" tanya Daeyeol sendirian sebelum cuba membuka lagi.
Dia kemudian mengambil kunci pendua yang diambil oleh Bomin sewaktu mereka berjalan masuk ke istana. Berkat kuasa Sungyoon, mereka dapat mengambil kunci daripada Tuan Kim tanpa pengetahuannya.
Dia memasukkan kunci ke lubang kunci dan dengan sekali pusing, dia berjaya membukanya. Saat laci dibuka, kedua-dua matanya terlihat ada sebuah kotak di dalam laci itu. Dia mengambil dan membukanya lalu terkejut.
"I-Ini kan kalung ayahanda dan bonda. Macam mana boleh ada pada dia?" tanya Daeyeol sendirian. Dia kemudian mengambil kedua-dua kalung itu dan diletakkan di dalam poket seluarnya.
"Apa kau semua buat dekat bilik aku?" sergah satu suara.
Daeyeol dan Sungyoon yang sedang menyambung pencarian mereka terhenti. Mata mereka tertancap ke arah pintu. Kelihatan Tuan Kim berdiri manakala Bomin telah ditahan oleh pengawal peribadi Tuan Kim.
'Maafkan aku hyung. Tak sempat,' detik hati Bomin apabila matanya bertemu mata milik Daeyeol dan Sungyoon.
"Oh, putera sulung dan putera kedua ada disini. Patik ingatkan siapalah tadi," tiba-tiba suara Tuan Kim bertukar lembut. "Ada apa putera berdua... maksud saya putera bertiga datang ke bilik patik?" tanya Tuan Kim sambil matanya mengerling ke arah Bomin yang berdiri disebelahnya.
"Jangan berdalih lagi. Apa kau dah buat dengan Crys?" suara Sungyoon naik seoktaf. Dadanya turun naik menahan amarah yang kian menguasai dirinya.
"Apa patik buat dengan kerajaan Crys? Patik hanya membantu memerintahkannya kerana Putera Jangjun lagi gering," kata Tuan Kim sambil tersenyum senget.
"Bedebah kau! Kau yang buat dia sakit!" jerit Sungyoon.
"Oh? Patik ke? Rasanya tidak. Putera Jangjun yang buatkan diri dia lebih sakit," kata Tuan Kim membuatkan Daeyeol, Sungyoon dan Bomin memandangnya hairan.
"Apa maksud kau?" tanya Daeyeol. Dia melangkah setapak ke hadapan ingin mendekati Bomin.
"Selangkah lagi kau melangkah, aku tak jamin adik kesayangan kau akan selamat," kata Tuan Kim.
"H-Hyung jangan. Di belakang aku ada pedang. Bila-bila masa sahaja mereka boleh tusuk aku," kata Bomin membuatkan Daeyeol berhenti melangkah dan menoleh ke arah Sungyoon.
"Cakap! Apa yang kau dah buat dengan Jangjun?" nada Sungyoon masih sama. Tinggi dan penuh dengan kemarahan.
Tuan Kim tersenyum sinis dan ketawa.
"Aku tak buat apa-apa dekat adik kau. Dia yang buatkan diri dia jadi macam tu," kata Tuan Kim. "Apa maksud kau?" tanya Daeyeol.
"Aku... Cuma letak sejenis ubat yang boleh merencatkan otaknya dalam makanan dan minuman dia. Itu sahaja. Aku tak buat apa-apa pun," kata Tuan Kim mengundang kemarahan Daeyeol serta Sungyoon. Bomin terkejut dengan kelakuan Tuan Kim.
"TAK GUNA KAU!!" jerkah Sungyoon. Dia melangkah ke Tuan Kim. "Kau dekat dengan aku, aku tak jamin adik bongsu kau selamat," kata Tuan Kim sambil melirik ke arah Bomin yang sedang menggigil ketakutan. Pedang dibelakangnya semakin dekat sehingga kulitnya terasa pedih.
Sungyoon berhenti. Dadanya berombak menahan amarah. Ingin sahaja dia membunuh Tuan Kim disitu namun keselamatan Bomin perlu difikirkan.
"Aku rasa dah tak ada apa-apa lagi kan? Pengawal! Bawa mereka bertiga ke bilik tahanan," arah Tuan Kim. Para pengawal membawa mereka bertiga ke bilik tahanan yang terletak di bawah tanah.
Sepanjang perjalanan, Sungyoon serta Daeyeol hanya menunduk dan mendiamkan diri manakala Bomin menahan kesakitan kerana badannya sempat dihiris dengan pedang milik pengawal Tuan Kim.
Jaehyun dan Youngtaek yang sedang bersembunyi itu membulatkan matanya apabila ternampak Sungyoon, Daeyeol dan Bomin ditangkap.
"Apa kita perlu buat sekarang?" tanya Jaehyun kepada Youngtaek.
"Kita balik dulu. Beritahu yang lain sekali," kata Youngtaek lalu menyelinap keluar daripada istana.
Jaehyun menyuruh adik-beradiknya yang lain pulang ke rumah dengan menggunakan alat yang dicipta oleh Youngtaek dan Seungmin itu.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanfictionSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...