"Jadi maksud hyung yang buku ni hilang masa hyung tengah kemas bilik bacaan?"tanya Jangjun.
Sungyoon menganggukkan kepalanya sambil tangannya mencapai buku yang terletak dihadapannya.
Mereka berdua masih berada dalam bilik Seungmin.
"Jadi kenapa Seungmin ambil buku tu?"tanya Jangjun.
"Kalau aku tahu sebabnya,tak ada aku terkejut bila aku tengok buku ni ada dekat sini,"kata Sungyoon sambil menjeling Jangjun.
Jangjun tersengih melihat Sungyoon.
Sungyoon membelek satu persatu helaian buku tersebut.Sampai di muka surat terakhir,dia terhenti dan merenung ke arah muka surat itu.
Jangjun melihat Sungyoon yang tidak bergerak itu.
"Kenapa hyung?"
"Sebelum ni ada orang masuk bilik Seungmin ke?"tanya Sungyoon.
Jangjun berfikir seketika sebelum menggelengkan kepalanya.
"Selain aku,tak ada,"
"Kau kunci kan semua pintu bilik adik-beradik kita?"
Jangjun menganggukkan kepalanya.
Setelah tinggal mereka berdua sahaja di istana itu,Jangjun diarahkan oleh Sungyoon untuk mengunci semua pintu bilik adik-beradiknya dengan alasan tidak mahu sesiapa masuk ke dalam bilik mereka.
"Kau pasti kau kunci?"tanya Sungyoon lagi.Matanya tepat memandang ke arah Jangjun.
Jangjun menelan air liur sebelum menganggukkan kepalanya.
Sungyoon menghela nafas.
"Aku pelik.Bilik Seungmin tiba-tiba bersih macam baru lepas dikemas dan buku ni pula ada dekat meja Seungmin,"
Dia menghulurkan buku yang berada ditangannya kepada Jangjun.
"Cuba kau baca nota dekat muka surat terakhir sekali,"kata Sungyoon.
Jangjun mengambil dan membuka di bahagian muka surat terakhir.
"Jangan pernah kau cuba untuk halang aku"
Jangjun memandang Sungyoon meminta penjelasan.
"Aku rasa ada orang masuk bilik Seungmin senyap-senyap dan aku tak rasa Seungmin baca buku ni,"
Jangjun menutup buku tersebut dan melihat ke arah buku itu.
"Ni buku apa sebenarnya,hyung?"
Sungyoon rasa serba salah ingin menjawab pertanyaan Jangjun namun demi kebaikan mereka berdua,terpaksalah dia memberitahu Jangjun.
"Tu buku tentang sejarah kerajaan Crys.Sejarah tentang asal-usul kerajaan Crys daripada nenek moyang lita terdahulu dan-,"
Percakapan Sungyoon terhenti.Masih ragu-ragu sama ada hendak meneruskan penerangan tentang buku tersebut atau tidak.
"Dan?"
Sungyoon menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.
"Dan sumpahan yang berlaku kepada kita sekarang,"
Jangjun memandang Sungyoon meminta penjelasan.
Sungyoon menelan air liurnya.Masih takut untuk menceritakan kepada sesiapa termasuk adiknya yang seorang ini.
"Hyung?"panggil Jangjun dan Sungyoon pun menceritakan apa yang terjadi.
Di alam lain,Daeyeol berjalan bersama adiknya,Bomin.
"Hyung kalau kita dapat jumpa yang lain,apa yang hyung nak buat dulu?"tanya Bomin tiba-tiba.
Daeyeol memandang Bomin yang berjalan disebelahnya.
"Hurm entahlah,"
"HYUNG!!!"
Daeyeol dan Bomin memandang ke hadapan.Kelihatan Donghyun dan Jibeom berlari bersama-sama.Sampai dihadapan Daeyeol dan Bomin,mereka terus memeluk Daeyeol dan Bomin dengan erat.
"Uhuk uhuk hyung sakitlah,"ujar Bomin sambil batuk kerana Jibeom memeluknya dengan sangat kuat sehingga dia tidak boleh bernafas.
Jibeom melepaskan pelukan dan memandang Bomin sebentar sebeblum memeluk Bomin semula.
Bomin hanya tersenyum dalam pelukan Jibeom itu.
"Hyung aku rindu,"kata Donghyun setelah melepaskan pelukan dengan Daeyeol.
Daeyeol menggosok perlahan kepala Donghyun.
"Hyung pun,"kata Daeyeol sambil menepuk bahu Dongyun perlahan.
"Hyung dah lama ke dekat sini?"tanya Bomin kepada Jibeom yang berdiri disebelahnya.
"Entahlah aku pun tak tahu,"jawab Jibeom sambil memandang Bomin.
"Hyung tak sangka boleh jumpa kau berdua dekat sini,"kata Daeyeol sambil memandang Jibeom dan Donghyun silih berganti.
"Kami pun tak sangka dapat jumpa hyung dengan Bomin dekat sini juga,"kata Donghyun sebelum memandang Jibeom.
Jibeom yang faham akan isyarat yang diberi Donghyun itu memandang Daeyeol.
"Hyung macam mana hyung dengan Bomin boleh sampai ke sini?"tanya Jibeom memandang Daeyeol dan Bomin silih berganti.
Donghyun yang berdiri disebelah Daeyeol itu juga memandang ke arah mereka berdua.
Daeyeol memandang ketiga-tiga mereka sebelum menghela nafasnya perlahan.
Author note
Annyeong?Hehe first of all nak minta maaf sebab lama tak update sebab seriously Aemy kehilangan idea haa gituNi pun Aemy nak berterima kasih sebab sanggup tunggu update daripada Aemy walaupun fanfic ni merapu dia yahh rasa macam haish geram jeㅋㅋㅋㅋ
I want to say thank you to my friend sebab bantu bagi idea.Dia punya idea pergh bukan kaleng-kaleng ya
Dia beri Aemy idea lagi banyak dan Insya-Allah I'll try to update more.
Sekian daripada Aemy.
[lepasni Aemy taknak buat dah genre ni.Susah gilors]
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanficSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...