29

205 23 86
                                    

Kini hari yang ditunggu telah tiba.Seminggu berlalu dengan begitu pantas.Seminggu itu juga Jaehyun sentiasa mengelak tatkala disoal oleh Joochan,Donghyun,Youngtaek serta Bomin akan alasan sebenar mengapa mereka mesti berhenti bekerja.Nasibnya agak baik kerana Seungmin juga tidak membuka mulut setelah kejadian yang berlaku antara mereka berdua.

"Kau nak bawa kami pergi mana,Jaehyun?"tanya Donghyun.Matanya memandang disekelilingnya.Tiada seorang pun disitu memandangkan mereka berada di kawasan lapang yang agak tersembunyi daripada orang ramai.

"Hyung,kita nak pergi mana?"tanya Bomin memandangkan Jaehyun tidak membalas pertanyaan Donghyun.

"Diam dan ikut sahaja,"kata Jaehyun.

Seungmin hanya melihat sahaja tingkah Jaehyun yang seperti mencari sesuatu atau mungkin seseorang.

Kedua-dua anak mata hitam Jaehyun meliar mencari seseorang.Sesekali matanya melihat jam di tangan kanannya.

'Mana Jibeom ni.Kata pukul 2.00 pagi tapi dia pulak yang tak muncul,'detik hati Jaehyun.

Youngtaek turut memandang sekelilingnya cuba mencari apa yang dicari oleh Jaehyun.Tiba-tiba matanya terpandang ke arah seseorang.Youngtaek mengecilkan matanya untuk melihat orang itu dengan jelas walaupun orang itu masih jauh darinya.

"Eo?Jibeom?"tanya Youngtaek apabila orang tersebut semakin mendekatinya.

Jaehyun yang terdengar apa yang Youngtaek katakan itu terus memandang ke arah Jibeom.Kelihatan Jibeom bukan berseorangan ketika itu kerana dia boleh nampak akan bayang-bayang seorang lagi lelaki berjalan disebelah Jibeom namun separuh mukanya ditutup dengan kain berwarna hitam.

"Maaf lambat.Aku jumpa Sungyoon hyung tadi,"kata Jibeom sambil matanya melirik ke arah lelaki disebelahnya iaitu Sungyoon.

"Kenapa hyung ada dekat sini?"tanya Donghyun kepada Sungyoon.

"Aku nak bawa kau semua balik ke Crys,"kata Sungyoon dengan pendek.

"Tapi macam mana?"tanya Youngtaek.

Anak mata hitam Sungyoon memandang tepat ke arah Jibeom Mereka seakan sedang bertukar signal.

"Aku nak kau semua berdiri rapat-rapat dalam bulatan dan pegang tangan orang disebelah kau.Tutup mata dan jangan buka sehingga disuruh buka,"arah Jibeom.

Mereka membuat bulatan seperti yang disuruh oleh Jibeom.Jibeom mengenggam tangan Jaehyun dan Sungyoon.Mereka semua menutup mata.

Sungyoon membaca sebuah mantera menyebabkan sebuah bulatan besar bercahaya biru muncul dan dengan sekelip mata mereka hilang.

Sungyoon mengenggam kuat tangan Jibeom dan Seungmin disebelahnya sebelum melepaskan perlahan.

"Bukalah,"kata Sungyoon dengan suara yang lemah.Seorang demi seorang membuka mata mereka dan memandang sekeliling.

"I-Ini bukan dalam istana,"ujar Bomin perlahan sambil matanya meliar ke sekelilingnya.

Muka Sungyoon kelihatan sangat pucat.Seungmin yang berada disebelahnya risau melihat muka Sungyoon yang pucat itu.

Tiba-tiba,Sungyoon jatuh kerana tenaganya hilang.Mujur Jibeom dan Seungmin berada disebelahnya jadi mereka berdua sempat menangkat Sungyoon daripada jatuh ke tanah.Mereka berdua memapah Sungyoon masuk ke dalam biliknya.

"Kita dekat mana ni?"tanya Donghyun dengan perlahan ke arah Joochan disebelahnya.

"Aku pun tak tahu,"jawab Joochan sambil matanya tidak lepas memerhati kawasan disekelilingnya.

"Sungyoon?"

Daeyeol yang baru keluar daripada sebuah bilik itu menerpa ke arah Sungyoon.Matanya melihat ke arah muka Sungyoon yang pucat itu.Dia mengambil alih tempat Seungmin dan Jibeom dengan menyuruh mereka meletakkan Sungyoon dibelakangnya.

"Daeyeol hyung pun ada dekat sini?"tanya Bomin.Daeyeol menoleh seketika ke arah Bomin sebelum bergegas membawa Sungyoon ke dalam bilik.

Mereka yang lain mengikut Daeyeol dari arah belakang namun dihalang oleh Jibeom.

"Baik kita duduk di sini,"kata Jibeom membuatkan mereka berhenti berjalan.

"Tapi Sungyoon hyung...,"

"Donghyun-ah.Tak mengapa.Sungyoon hyung akan baik-baik sahaja,"kata Jibeom menepuk bahu Donghyun perlahan.

Mereka semua berjalan ke arah sofa yang disediakan dan duduk di situ.Daeyeol berjalan keluar daripada bilik tersebut setelah meletakkan Sungyoon di atas katil yang disediakan.

"Daeyeol hyung...Sungyoon hyung okay ke?"tanya Joochan.Jelas terpapar riak wajahnya yang risau akan keadaan Sungyoon.

"Jangan risau,Joochan.Aku yakin Sungyoon hyung tak apa-apa,"kata Jibeom yang duduk berhadapan Joochan.

"Macam mana kau tahu yang Sungyoon hyung tak apa-apa?Kau ada tahu sesuatu yang kami tak tahu ke,Jibeom?"tanya Joochan sambil mengecilkan matanya memandang Jibeom.Jibeom hanya diam tanpa menjawab soalan Joochan.

"Kenapa kau tak jawab?Oh jadi betullah yang kau ada sembunyikan sesuatu daripada kami.Wah Jibeom aku tak sangka kau macam ni,"kata Joochan dengan nada sarkastik.

Belum sempat Jibeom membalas Joochan,bahu kirinya dipegang oleh Daeyeol.Jibeom mendongak memandang Daeyeol.Daeyeol menggeleng ke arah Jibeom.

"Sudah jangan bergaduh.Aku yang suruh Sungyoon bawa kalian ke sini.Dia telah menggunakan seluruh kuasa dia untuk bawa kau semua ke sini.Itulah sebabnya dia jadi macam tu,"terang Daeyeol menjawab pertanyaan Joochan sambil duduk disebelah Jibeom.

"Hyung,mana Jangjun hyung?"tanya Bomin sambil matanya meliar mencari Jangjun.

Daeyeol menghela nafas membuatkan mereka semua yang berada disitu menumpukan perhatian ke arah Daeyeol.

"Itulah masalah kita sekarang ni,"kata Daeyeol.

"Kenapa hyung?"tanya Seungmin.

"Aku pasti yang kau semua tahu apa yang jadi dan siapa dalang semua ni kan?"tanya Daeyeol sambil memandang tepat ke arah anak mata adik-adiknya itu.

"Jangjun lebih percayakan pengkhianat itu daripada kita,"kata Daeyeol sambil menunduk.Jelas kelihatan mukanya kecewa.

"Jadi kita nak buat sekarang hyung?"tanya Youngtaek.

Daeyeol mengangkat bahunya sebelum menyandarkan badannya ke kerusi sambil menghela nafas.

"Aku rasa aku ada idea,"kata Bomin sambil memandang Joochan disebelahnya.

Joochan yang dapat membaca apa yang difikirkan oleh Bomin itu terkejut.

"Jangan buat kerja gila,Bomin.Kau tahu kan Jangjun hyung tu macam mana.Senang diperdaya,"kata Joochan.

"Sama juga macam hyung,senang diperdaya tapi hyung cepat tangkap apa yang terjadi,"

Kata-kata Bomin menyebabkan dia menerima satu tamparan kuat dibahunya.Bomin hanya ketawa manakala Joochan menjuihkan bibirnya.

"Kau pasti ke rancangan ni akan berjaya?"tanya Joochan.

"Seratus peratus tidak tapi apa salahnya kalau kita cuba,"kata Bomin.

Mereka yang lain itu memandang Joochan dengan Bomin dengan pandangan yang kurang mengerti dengan apa yang berlaku.

"Apa ni?Boleh kongsikan apa yang kau berdua nak buat?"tanya Jaehyun kepada Joochan dan Bomin.

Mereka berdua menceritakan idea Bomin.Mendengar sahaja idea Bomin membuatkan mereka semua tercengang.

'Mampukah kita lakukannya?'detik hati Daeyeol.

"Sekarang ini kita perlu tunggu Sungyoon hyung sedar dahulu baru kita boleh jalankan idea ini,"kata Bomin.Majoriti mereka di situ menganggukkan kepala mereka.

Author note :

Hi Aemy kembali. Walapun sekarang Aemy sedang midsem break,stii I can't update frequently because there are a bundle of assignments I need to do plus I have test next week so wish me luck!

Sekarang mereka dah kembali ke Crys jadi apa you guys rasa akan jadi?
Comment here cuz I want to know your guys opinions and ideas too.

Btw goodluck for your studies and works :)

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now