42

132 26 36
                                    

"Kita nak pergi ke mana, kekanda?" tanya permaisuri apabila raja menyuruhnya bersiap.

"Kita akan pulang adinda," kata raja dengan tersenyum.

Kakinya melangkah ke arah pintu yang membawa mereka ke dunia yang sebenar iaitu Crys.

Permaisuri mengikuti langkah raja. Walaupun dia berasa keliru sekarang, namun tetap dia ikut dan patuh akan arahan suaminya.

Raja menolak pintu dan melangkahkan kakinya ke dalam ruangan tersebut. Beberapa rak buku menghiasi pandangannya. Kini dia berada di dalam bilik Tuan Kim memandangkan dia bersembunyi di dalam bilik rahsia yang terdapat di situ.

"Mari," ajak raja kepada permaisuri sebelum melangkah keluar dari bilik Tuan Kim.

"Kenapa kita di sini, kekanda?" tanya permaisuri apabila mengetahui mereka kini berada di kawasan istana.

"Ini adalah tempat tinggal kita yang sebenarnya adinda," jawab raja dengan lembut. Permaisuri hanya menganggukkan kepala.

Setelah beberapa ketika mereka berjalan, mereka tiba di hadapan pancutan air dibina oleh raja sendiri.

"Adinda," panggil raja.

Permaisuri berpusing menghadap raja apabila dipanggil. Raja tersenyum sambil tangannya memegang pipi permaisuri.

"Kenapa kekanda?" tanya permaisuri namun raja hanya tersenyum.

Ding! Ding! Ding!

Bunyi jam kedengaran menunjukkan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Raja mendongak ke langit dan kelihatan bulan besar berwarna putih kekuningan menghiasi langit malam.

"Adinda, lihat bulan itu. Sungguh cantik bukan?" tanya raja membuatkan permaisuri mendongak melihat bulan itu.

"Wah, cantiknya!" kata permaisuri. Matanya seakan-akan bersinar melihat bulan yang besar itu.

"Disinilah tempat kali pertama kekanda bertemu adinda. Seterusnya, tempat kekanda melamar adinda untuk menjadi suri hati kekanda. Aapkah adinda masih ingat?" tanya raja.

Permaisuri tersenyum lalu mengangguk. "Bagaimana adinda boleh lupa? Sudah tentu adinda ingat," kata permaisuri dengan lembut.

Raja mendekati permaisuri lalu mencium dahi isterinya. Permaisuri tersentak. Dia seakan baru tersedar daripada tidur. Dia kelihatan keliru.

"Kekanda?" panggil permaisuri.

"Kekanda minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Kekanda lakukan ini semua adalah untuk kepentingan kita semua," kata raja sambil memeluk isterinya.

"Kepentingan kami semua atau kepentingan kau seorang sahaja?" tegur satu suara.

Raja dan permaisuri terkejut. Mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Bomin menghampiri mereka.

"Anakanda kesayangan beta! Apa khabar kamu?" tanya raja. Dia ingin memeluk Bomin namun Bomin menolak dirinya. Permaisuri dan raja terkejut dengan tindakan Bomin.

"Kenapa Bomin tolak ayahanda begitu? Apa Bomin tidak merindukan kami?" tanya permaisuri.

Bomin menoleh ke arah permaisuri. "Sudah tentu Bomin rindukan bonda," kata Bomin dengan lembut lalu mencium tangan permaisuri.

"Tapi bukan dengan dia," kata Bomin dengan keras sambil memandang raja.

Raja terkejut dengan personaliti Bomin yang seakan berubah.

"Kenapa Bomin cakap macam tu? Dia kan ayah Bomin," kata permaisuri.

"Bomin tak ada ayah yang kejam macam dia!"

Raja dan permaisuri tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Bomin.

"Bomin? Apa yang terjadi? Kenapa Bomin cakap macam itu dengan ayahanda?" tanya permaisuri.

"Bomin tak ada ayah yang sanggup bunuh kesemua gundik-gundiknya setelah mempergunakan mereka. Bomin juga tak ada ayah yang berniat ingin membunuh anak-anaknya demi mendapatkan Crys. Bomin juga tak ada ayah yang sanggup bunuh pewaris sebenar Crys semata-mata untuk menjadi raja!" kata Bomin dengan keras membuatkan raja dan permaisuri terkaku.

"M-Macam mana Bomin tahu semua ini?" tanya permaisuri.

"Bomin tahu kesemuanya, bonda. Bomin malu punya ayah yang tamak dan kejam macam dia,"

"BOMIN!" jerit raja sambil berjalan le arah Bomin dan menarik kolar baju Bomin.

"Mana kamu tahu semua ini? Tak ada seorang pun tahu tentang cerita ini kecuali...,"

"Kecuali siapa? Patikkah, Tuanku?"

Raja menoleh ke arah kirinya. Kelihatan Tuan Kim bersama Donghyun berjalan mendekati mereka. Raja terkejut.

"Engkaukah yang memberitahu mereka semua ini?" tanya raja.

"Selama mana Tuanku menyimpan rahsia ini, lambat-laun nanti mereka semua akan tahu juga,"

"Mereka semua? Kau beritahu mereke bersepuluh? Kau khianati aku Tuan Kim!" jerit raja.

Permaisuri telah awal-awal lagi ditarik oleh Bomin untuk menjauhi raja.

"Kami berhak tahu cerita yang sebenar!" celah Sungyoon.

Matanya berapi memandang raja. Ingin sahaja dia menikam orang tua itu disitu namun dimatikan sahaja niatnya itu.

"HAHAHA. Jadi apa perasaan kau setelah mengetahui hal sebenar? Malu? Marah? Atau...takut?"

Raja ketawa seakan mengejek Sungyoon. Sungyoon menahan diri daripada menerkam raja.

"Lagipula anak aku, Bomin yang akan pegang takhta ini. Bukan kau! Aku dah bunuh dia! Aku dah bunuh Putera Hong! Sebab dia tak layak jadi raja. Aku yang layak jadi raja!" jerit raja. Sungyoon berdecit mendengar apa yang dikatakan oleh raja.

Bomin memegang tangan permaisuri. Dia dan permaisuri saling berpandangan sebelum Bomin bersuara.

"Bomin tak ingin jadi pemerintah Crys,"

Satu ayat itu akhirnya keluar daripada mulut Bomin membuatkan raja dan permaisuri terkejut.

"Tapi kenapa?" tanya permaisuri. Raja berjalan ke arah Bomin lalu menarik kolar baju anaknya itu.

"Dasar anak tak guna! Susah payah aku bunuh Putera Hong supaya aku yang menjadi raja tapi ini yang kau balas? Kau hancurkan impian aku untuk melihat keturunan aku menjadi pemerintah Crys! Dasar anak sial!" marah raja. Matanya kini kelihatan menakutkan.

Bomin menepis tangan raja dengan kasar.

"Sebab Putera Hong ada anak dan dia sepatutnya jadi pewaris Crys!" jerkah Bomin. Dadanya turun naik menahan marah daripada terus meletus di situ.

Raja terpempan. Dia tidak percaya akan Bomin.

"A-Apa maksud kau? Putera Hong ada anak? Tak mungkin! Dia masih belum berkahwin sewaktu dia mati!" jerit raja. Bomin tersenyum sinis.

"Kau pasti?" celah Tuan Kim.

Raja memandang Tuan Kim.

"Apa semua ni Tuan Kim?" tanya raja kerana kelihatan keliru.

"Pewaris sebenar masih ada dan dia sahaja yang layak untuk memerintah Crys. Cukup-cukuplah kau yang dah tua ni memerintah Crys," kata Sungyoon. Raja menjengilkan matanya namun tidak mampu menakutkan Sungyoon.

"Kalau begitu, siapa yang dikatakan anak Putera Hong? SIAPA!?"

Bomin dan Sungyoon melirik ke arah Joochan. Raja juga melirik ke arah Joochan. Dia terkejut dan menggigil ketakutan. Disebabkan itu juga dia jatuh ke tanah.

"T-Tak mungkin,"

"Kau yang bela dia sejak dia masih bayi," kata Tuan Kim.

Raja menunduk seketika sebelum ketawa.

"Kalau begitu, berilah aku hapuskan keturunan Hong yang terakhir sepertimana aku hapuskan Putera Hong dahulu!" jerit raja kemudian mengambil pedang yang sentiasa berada di pinggangnya lalu berlari ke arah Joochan.

"JOOCHAN!" jerit mereka semua yang berada di situ.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now