38

118 22 41
                                    

Tuank Kim berjalan masuk ke kedai makan di tengah kota. Dia berpakaian seperti rakyat biasa jadi dia tidak dikenali oleh rakyat lain bahawa dia adalah golongan bangsawan.

Kakinya menuju ke arah meja yang telah diduduki seorang lelaki. Tangannya menyentuh bahu lelaki itu sebagai signal bahawa dia sudah tiba.

"Kenapa?" tanya Tuan Kim setelah mengambil tempat duduk di hadapan orang yang ingin dia jumpa.

"Lambat," kata lelaki itu menjeling Tuan Kim membuatkan Tuan Kim ketawa kecil.

"Ada apa nak jumpa?" tanya lelaki itu membuatkan Tuan Kim berdehem kecil sebelum memandang tepat ke arah mata lelaki di hadapannya.

"Raja dah tahu bahawa kau semua datang ke sini. Aku terpaksa letak Daeyeol, Bomin serta Sungyoon di dalam bilik tahanan," kata Tuan Kim.

Lelaki itu menghela nafas sebelum menyandarkan badannya ke kerusi.

"Terus lepas ni kau nak buat apa?" tanya lelaki itu.

"Kalau aku bagi kunci tu dekat kau, agak-agak mereka akan curiga ke?" tanya Tuan  Kim.

"Nanti pandai-pandai lah aku tipu mereka. Beri kunci tu pada aku. Nanti aku pergi lepaskan mereka dengan Seungmin," kata lelaki itu.

"Seungmin?"

"Pengawal kau dah cederakan Bomin. Daeyeol hyung kata cedera dia agak parah sebab hirisan pedang tu dalam,"

Tuan Kim terkejut dengan apa yang diberitahu lelaki di depannya.

"Maafkan aku. Aku tak tahu pedang tu menghiris badan Bomin. Nanti aku pecat pengawal tu," kata Tuan Kim.

Dia rasa bersalah sebab salah seorang pengawalnya telah mencederakan seorang putera Crys walaupun sudah diberitahu agar jangan mencederakan putera itu.

"Terserah kau nak buat apa," kata lelaki itu.

Tuan Kim mengambil kunci di dalam saku seluarnya dan menyerahkan kunci tersebut kepada lelaki itu.

"Kalau aku terus masuk, aku pasti para pengawal kau akan tangkap aku,"

"Kau boleh sahaja buat begitu dan buka pintu tersebut dari dalam. Jam 4 petang akan aku suruh para pengawal yang menjaga bilik tahanan itu pergi. Setelah mereka pergi, kau bukalah pintu itu dengan kunci ini dan bawa mereka keluar," kata Tuan Kim.

"Bagaimana dengan Jangjun hyung?"

"Itu...,"

"Kau masih nak suruh aku tahan mereka daripada selamatkan Jangjun hyung?"

"Maaf tapi aku terpaksa. Kau pun tahu Raja dan Permaisuri ada disini," jawab Tuan Kim.

"Kalau begitu, aku boleh halang mereka daripada terus menyelamatkan Jangjun hyung tapi kau tahu kan tak boleh lama. Mereka sekarang ini pun dah curiga tentang keadaan Jangjun hyung yang jatuh sakit tu,"

"Putera Jangjun jadi begitu kerana Raja sendiri. Dia yang menyuruh aku meletakkan ubat yang boleh melemahkan sistem badan Putera Jangjun,"

Lelaki itu terdiam. Dia memandang Tuan Kim dengan penuh tanda tanya.

"Beginilah Donghyun. Aku sudah pun berhenti beri ubat itu kepada dia sejak dua minggu yang lalu. Sepatutnya dia sudah boleh bergerak tanpa bantuan tongkat. Aku pun pelik kenapa dia masih begitu," kata Tuan Kim kepada lelaki dihadapannya iaitu Donghyun.

Seketika itu, mata Tuan Kim terpandangkan sesuatu.

"Aku rasa kita patut berhenti disini. Ada seseorang mengekori kau. Yang penting kunci itu jangan hilangkan kerana kunci utama hanya ada pada Raja dan aku tak ada salinan kunci yang lain," kata Tuan Kim sebelum berlalu pergi.

Donghyun membiarkan Tuan Kim pergi. Dia menghirup air yang dipesannya.

'Kenapa kau perlu ikut aku, Joochan?'

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now