13

236 37 38
                                    

Daeyeol tidak mampu bertentang mata dengan orang yang berdiri dihadapannya.

Walaupun dia adalah abang yang sulung,namun aura adiknya yang seorang ini tidak dapat dinafikan betapa takutnya dia pada waktu ini.

"Kau tahu tak apa yang kau buat ni?"

Daeyeol terdiam.

"Kau patut halang dan bukannya biarkan dia pergi!"

"Sungyoon hyung!Watch out your language!"

"Aku tak cakap dengan kau jadi lebih baik kau diam Bomin,"

Bomin yang ingin menentang Sungyoon itu ditahan oleh Joochan dan Youngtaek yang berdiri disebelahnya.

"Aku tahu aku salah.Kalau aku cepat tak mungkin Jibeom akan hilang,"

Sungyoon tersenyum nipis sebelum bergerak mendekati Daeyeol.

"Baru kau tahu kau lambat bertindak?Kau fikir aku akan maafkan kau?Heh dalam mimpi kau sahajalah,"kata Sungyoon sebelum berlalu keluar.

"Sungyoon hyung!Kau tak patut cakap dekat Daeyeol hyung macam tu!"jerit Bomin.

Sungguh dia menjadi kurang sabar dengan perangai abangnya yang seorang ini.

"Biarkan dia sebab ini semua salah hyung,"kata Daeyeol sambil memegang bahu Bomin.

"Tapi hyung-"

Daeyeol menggelengkan kepalanya sebelum berlalu keluar.

'Maafkan hyung,'detik hati Daeyeol.

Sementara itu di alam lain,Jaehyun sedang kelam-kabut kerana dia sudah terlambat untuk pergi ke kerja.

"Macam mana aku boleh lambat ni?Takkanlah aku tak dengar bunyi jam pagi tadi,"bebel Jaehyun sendirian.

Dia mencapai sepasang kasutnya dan bergegas keluar dari rumah.Dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi memandangkan dia telah terlepas bas yang selalu dinaikinya.

Dia duduk di tempat yang bersebelahan dengan tingkap di bahagian belakang sekali.Alasan kenapa dia mengambil tempat itu adalah dia jauh daripada orang-orang yang suka membawang dihadapan.

Sampai di kafe,dia bergegas masuk dan membantu rakan-rakannya mengemas sebelum kafe tersebut dibuka.

"Jaehyun-ah!"panggil Subin.

Jaehyun yang sedang mengelap meja itu terus bergerak ke arah Subin di kaunter.

"Harini aku nak kena balik awal sikit sebab aku ada hal jadi aku nak minta tolong kau sikit ni,"

"Tolong apa?"tanya Jaehyun.

"Tolong jagakan kedai ni.Sajangnim kena jaga kedai lagi satu jadi tak ada orang jaga,"kata Subin.

Jaehyun memandang Subin pelik.

"Ramai lagi perkerja lain.Kenapa minta tolong dekat aku?"tanya Jaehyun.

"Sebab kau kan 'boyfriend' aku,"kata Subin sambil ketawa.

Jaehyun yang mendengar itu membulatkan mata sebelum menolah bahu Subin perlahan.

"Hei aku bukan gay!"marah Jaehyun.

Kedua-dua mereka ketawa dengan kuat.

"Hoi disana berdua!Cepat sikit buat kerja.Jangan nak bergurau sahaja,"marah Yeonho yang sedang mengelap tingkap.

Jaehyun dan Subin yang ketawa itu terus diam.

"Sebabnya kau seorang je aku percaya.Yang lain aku tak percaya sangat,"kata Subin dengan perlahan.

"Tolong aku tau,"ujar Subin lagi sambil menepuk bahu Jaehyun dengan perlahan sebelum berlalu ke dapur untuk menyusun barang di sana.

Jaehyun hanya memandang seketika ke arah Subin sebelum menyambung kerjanya.

Hari Jaehyun berlalu dengan pantas dan kini waktu tengah hari sudah tiba.Subin sudah keluar memandangkan dia ada hal.

Jaehyun sedang membuat pesanan pelanggan apabila dia terdengar bunyi bising dihadapan kafè.

"Ini pesanan cik.Terima kasih,"kata Jaehyun kepada pelanggan yang sedang menunggu minumannya di kaunter.

Jaehyun mengelap tangannya menggunakan kain yang disediakan khas untuknya sambil memandang ke arah luar kafè.

Kelihatan Yeonho sedang berbual dengan seseorang diluar kafè.

"Denga siapa Yeonho berbual tu?Nampak macam marah sahaja,"ujar Jaehyun perlahan.

Dia mengemas kaunter seketika sebelum berjalan keluar.Matanya tidak lepas memandang Yeonho.Dia membuka pintu kafè dan terdengar Yeonho sedang memarahi seseorang.

"Kau tak ada duit,pergilah.Aku sendiri tak ada duit sebab gaji aku belum masuk.Kau fikir kafè ni akan bagi makanan dan minuman percuma untuk kau ke?"marah Yeonho.

"Tolonglah encik.Saya dah dua hari tak makan sebab tak ada duit.Kasihanilah saya,"

Yeonho memandang lelaki yang berada dihadapannya dari atas ke bawah.

"Pakaian kau nampak mahal takkanlah kau tak ada duit?Jangan nak tipu akulah.Aku bukan mudah untuk ditipu,"kata Yeonho dengan geram.

Lelaki itu cuba memegang tangan Yeonho namun Yeonho menepisnya kasar.

"Weyh kenapa ni,Yeonho?"tanya Jaehyun yang sedari tadi hanya memerhati situasi dihadapannya.

"Ni hah lelaki ni kata lapar tapi dia tak ada duit.Aku tengok pakaian dia mahal semacam jadi tipulah kalau dia kata tak ada duit,"kata Yeonho.

Jaehyun bergerak mendekati mereka berdua.Dia memegang bahu lelaki itu dari belakang dengan perlahan.

"Encik memang betul tak ada duit ke?"tanya Jaehyun.

Lelaki yang membelakangi Jaehyun itu berpusing ke arah Jaehyun dan menunduk.

"Memang betul saya tak ada duit,"

"Ah semua tu tipu.Macam aku tak tahu ramai yang berlakon macam kau,"kata Yeonho dengan marah.

Jaehyun meminta Yeonho untuk bersabar.

"Kalau macam tu kenapa pakaian awak nampak macam orang berada?"tanya Jaehyun.

Lelaki itu berdiri tegak sambil mendongak ke arah Jaehyun.

"Eo?"

Jaehyun terkejut melihat lelaki dihadapannya.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now