Tuan Kim berjalan menuju ke biliknya. Dia diiringi oleh pengawal peribadinya. Sampai di bilik, dia melangkah ke rak buku dibiliknya.
Dia mengambil salah satu buku di rak tersebut menyebabkan rak tersebut bergerak ke kiri. Terpampang di hadapannya satu laluan rahsia. Tanpa berlengah, dia berjalan masuk ke sana.
"Selamat petang," kata Tuan Kim. Dia berjalan ke arah pancutan air yang terdapat di dalam bilik rahsia itu.
"Selamat petang, Tuan Kim! Bagaimana hari ini?" tanya seorang lelaki kepada Tuan Kim dengan nada yang ceria.
"Hamba seperti biasa sahaja. Hamba datang ke sini ingin memberitahu Tuanku berdua tentang beberapa perkara," kata Tuan Kim.
"Mari duduk di sini. Permaisuri akan buatkan Tuan Kim air," kata lelaki itu.
"Adinda, bantu buatkan air untuk kekanda dan Tuan Kim," kata lelaki itu kepada permaisuri. Permaisuri tersenyum mengangguk sebelum pergi membuatkan minuman untuk mereka berdua.
"Apa perihal yang Tuan Kim ingin sampaikan?" Tuan Kim membetulkan duduknya sebelum menatap lelaki berusia 50-an yang duduk dihadapannya.
"Begini Tuanku. Putera-putera Tuanku kini berada di Crys dan-" kata-kata Tuan Kim dipotong. "Apa? Bagaimana mereka boleh sampai disini? Bukankah beta menyuruh penyihir istana untuk usir mereka ke tempat yang jauh?" tanya lelaki itu dengan suara yang tinggi kerana terkejut.
"Maafkan hamba, Tuanku. Hamba juga tidak tahu bagaimana mereka boleh tiba di sini sedangkan penyihir istana sudah mengusir mereka ke dunia lain," kata Tuan Kim sambil menundukkan kepalanya.
Lelaki yang dipanggil 'Tuanku' itu berdiri sambil bercekak pinggang. Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Tuan Kim," panggil lelaki itu. Tuan Kim mengangkatkan kepalanya memandang raja yang berdiri di hadapannya.
"Apa yang jadi pada Jangjun?" tanya raja.
"Putera Jangjun sihat sahaja-"
"Bukan itu yang beta ingin dengarkan. Beri ubat itu kepada Jangjun sebanyak yang boleh. Beta ingin dia mati," kata raja.
Prang!
Bunyi sesuatu jatuh itu mengejutkan raja serta Tuan Kim. Mereka memandang ke arah bunyi itu datang. Kelihatan Permaisuri memandang mereka berdua dengan terkejut. Matanya kelihatan berair. Mulutnya terkumat-kamit seperti mengatakan sesuatu.
"Apa yang kekanda katakan ini? Kekanda mahu Jangjun mati? Kekanda tahu kan dia putera kita?" tanya Permaisuri bertubi-tubi.
Raja memandang ke arah Tuan Kim. Tuan Kim yang mengerti akan pandangan yang diberikan raja terus meminta diri. Kini tujuannya hanya satu iaitu bersemuka dengan putera yang satu itu.
Raja memandang Permaisuri yang sedang menahan dirinya daripada terus menangis. "Apa yang kekanda buat ni?" tanya permaisuri sambil bahunya terhincut-hincut menahan tangisnya.
"M-Maafkan kekanda. Kekanda buat ini semua untuk kebaikan kita juga," kata raja sambil menapak ke arah permaisuri namun permaisuri berundur ke belakang.
"Kebaikan apa kekanda? Apa manfaat yang kita dapat dengan membunuh putera kita? Apa?" jerit permaisuri.
Raja terhenti daripada terus mendekati permaisuri. Dia terkejut kerana seumur hidupnya ini adalah kali pertama permaisuri meninggikan suara terhadapnya. Ya dia tahu dia salah tetapi dia perlu juga melakukannya. Hal ini kerana ketamakan kuasa kini mendominasi akal dan fikirannya.
"Dengar sini adinda. Jangjun bukan putera yang diiktiraf. Kita cuma ada seorang putera sahaja. Daeyeol juga patut mati. Begitu juga dengan Sungyoon serta putera-putera yang lain," kata-lata raja membuatkan permaisuri terdiam.
"Hanya kerana mereka adalah anak kepada perempuan simpanan kekanda sebelum ini, jangan fikir mereka adalah putera yang diiktiraf. Putera kita cuma ada seorang sahaja. Dia yang patut meneruskan legasi turun-temurun ini," kata raja. Nafas permaisuri tidak teratur.
"Adinda tahu mereka bukan putera yang diiktiraf sebagaimana putera kesayangan kita tapi adakah kekanda lupa siapa yang membesarkan mereka semua tatkala ibu mereka dibunuh oleh ayah mereka yang kejam? Adakah kekanda lupa siapa yang merayu kepada kekanda agar tidak membunuh anak-anak yang tidak bersalah itu sewaktu mereka masih bayi?" marah permaisuri.
"Adinda sudah lama memendam perasaan ini. Sampai hati kekanda membunuh ibu-ibu mereka dan menipu anak-anak yang tidak bersalah itu bahawa ibu mereka adalah adinda walaupun hakikatnya bukan adinda. Tergamak kekanda berbuat demikian sehinggalah putera kita lahir," permaisuri jatuh terduduk.
Dia menangis kerana tidak sanggup melihat anak-anaknya diperlakukan sepertimana ibu-ibu mereka dilakukan.
"Adinda mohon kekanda. Adinda mohon sangat-sangat jangan bunuh Jangjun serta yang lain," rayu permaisuri.
Raja melihat permaisuri yang merayu kepadanya. Mukanya kelihatan memerah manakala dadanya berombak menahan dirinya daripada terus marah. Raja terus berjalan pergi daripada permaisuri.
"Tolong kekanda... Adinda merayu," rintih permaisuri lalu menangis semahunya.
Author note :
Hi! Apa khabar semua? Aemy harap semua baik-baik sahaja.
Okay chapter lepas, janganlah marahkan Tuan Kim. Dia sebenarnya tak bersalah..... Atau still bersalah dalam hal ni?
Turned out the king yang suruh Tuan Kim buat macam tu. Haih apalah. Tamak betul.
Aemy will keep updating this but masa tak tentu sebab Aemy kalau boleh nak habis before April or May and sambung taip I Need You pulak.
Aemy ada juga tiktok acc (jibeomhuk) which I post a few video there.
If you want to get closer to me, you can find me on twitter (Jibeompacifist). In Shaa Allah I will reply mesej you guys tapi maaflah kalau lambat.
Thanks sudi baca. Jangan lupa vote,commet and share tau!
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanficSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...