33

143 23 4
                                    

Bomin dan Seungmin berjalan di hadapan manakala Sungyoon berjalan di belakang. Setelah menghantar Jangjun semula ke kamarnya, pelbagai perkara telah mengganggu fikiran Sungyoon.

'Mana rantai tu pergi? Kenapa dia buka rantai tu?' detik hati Sungyoon.

Tatkala dia mengelamun, tanpa dia sedar dia hanya berjalan tanpa melihat hadapan. Akibatnya, dia terlanggar Bomin dan Seungmin dihadapannya kerana mereka berdua berhenti berjalan.

"Aduh," kata Sungyoon sambil memegang bahunya yang sakit akibat terlanggar adik-adiknya.

"Hyung dah kenapa? Sejak kita jumpa Jangjun hyung, hyung asyik diam sahaja," kata Seungmin sambil mendongak memandang Sungyoon.

"Tak ada apa-apa. Mari kita pergi nanti Daeyeol hyung cari kita," ajak Sungyoon cuba mengubah topik. Hal ini disebabkan dia tidak ingin ditanya lagi oleh mereka berdua.

Seungmin dan Bomin melihat Sungyoon yang sudah beberapa meter dihadapan mereka. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum mengangkat bahu lalu meneruskan perjalanan mereka ke rumah yang mereka duduki buat masa ini.

Sesampai sahaja mereka dirumah, Sungyoon terus masuk ke biliknya. Hal ini mengundang rasa hairan kepada mereka semua yang berada di situ kerana biasanya Sungyoon akan duduk di ruang tamu walaupun sekejap.

"Bomin, kenapa dengan Sungyoon hyung tu?" tanya Jibeom. Jaehyun yang sedang duduk disebelahnya melihat Bomin untuk mengetahui jawapannya.

"Entah aku pun tak tahu. Sejak pulang daripada istana dia mengelamun sahaja," jawab Bomin sambil mengambil bertih jagung kepunyaan Joochan yang sedang duduk disebelahnya sambil mendengar perbualan mereka.

Daeyeol yang berada di dapur sejak Sungyoon, Bomin dan Seungmin pulang itu menapak ke ruang tamu. Dia kelihatan seperti mencari seseorang. "Sungyoon hyung dibiliknya," kata Joochan yang seakan mengetahui tujuan Daeyeol datang ke ruang tamu.

Daeyeol menganggukkan kepalanya dan mengucapkan terima kasih kepada Joochan sebelum pergi ke bilik Sungyoon.

"Biarlah mereka selesaikan masalah ni," kata Seungmin sambil duduk disebelah kanan Joochan. Tangannya digerakkan ke arah mangkuk yang dipegang Joochan. Dia ingin mengambil bertih jagung milik Joochan namun dihalang.

"Hyung! Aku buat ni cukup-cukup untuk aku seorang!" marah Joochan. Seungmin memandang Joochan sebelum memandang Bomin yang duduk disebelah kiri Joochan.

"Tengok tu," kata Seungmin sambil menunjuk ke arah Bomin. Joochan menoleh dan melihat Bomin mengambil dua genggam penuh bertih jagung miliknya. "BOMIN!" jerit Joochan.

Bomin segera bangun dan berlari masuk ke biliknya lalu mengunci pintu. Di balik pintu, dia ketawa dengan kuat manakala Joochan mengetuk pintu bilik Bomin dengan kuat.

Seungmin menggelengkan kepalanya lalu mencapai bertih jagung kepunyaan Joochan lalu memakannya.

Daeyeol yang kini berada di nilik Sungyoon itu menapak ke arah sofa yang berada di hadapan katil Sungyoon. "Macam mana harini? Okay?" tanya Daeyeol setelah duduk di sofa itu.

Sungyoon hanya mengeluh nafasnya. "Kau kenapa?" tanya Daeyeol lagi. Sungyoon terus bangun dari pembaringannya dan duduk menghadap Daeyeol.

"Tadi aku jumpa Jangjun," kata Sungyoon. Daeyeol terus memandang Sungyoon dengan muka tersenyum. "Kau dah jumpa Jangjun?" tanya Daeyeol membuatkan Sungyoon menganggukkan kepalanya.

"Terus apa jadi? Tak suka ke kau dah jumpa dia?" tanya Daeyeol lagi. Dia hairan kerana Sungyoon kelihatan tidak bersemangat setelah berjumpa dengan Jangjun.

"Dia nampak lain," kata Sungyoon. Daeyeol mencapai buku dimeja bersebelahan sofa yang didudukinya. "Rantai tu tak ada dekat dia," kata-kata Sungyoon membuatkan Daeyeol berhenti membelek buku ditangannya dan kedua-dua matanya memandang Sungyoon.

Dia kemudian menunduk dan mengeluarkan rantai yang disembunyikan di dalam bajunya. "Maksud kau, rantai ni?" tanya Daeyeol. Sungyoon menganggukkan kepalanya sebelum menunduk.

"Kau pasti rantai ni tak ada dekat dia?" tanya Daeyeol. "Tali rantai tu pun aku tak nampak di lehernya jadi aku pasti rantai tu dia buka," kata Sungyoon membuatkan Daeyeol terkejut.

"Jadi Jangjun hyung tak kenal kalian semua lah tadi?" tanya Jaehyun. Sungyoon dan Daeyeol memandang ke arah pintu dan melihat Jaehyun serta yang lain berada di muka pintu.

"Tak. Jangjun bercakap dengan kami seperti orang asing," kata Sungyoon. "Kenapa perlu dia buka rantai tu walaupun dah dikata jangan buka?" tanya Jibeom yang masih lagi berdiri di muka pintu bilik Sungyoon. Seungmin berjalan masuk ke bilik Sungyoon.

"Aku tak rasa dia yang buka. Jangjun hyung tu kalau kita halang, dia tak akan buat," kata Seungmin. "Jadi kau nak cakap siapa buat? Orang dalam?" tanya Youngtaek. "Mungkin juga Tuan Kim," kata Donghyun membuatkan semua yang berada di dalam bilik Sungyoon menoleh ke arahnya.

"Apa? Betul lah kan? Dia sahaja yang nak kuasa yang kita ada," kata Donghyun membuatkan Joochan terfikir. "Hurm, boleh jadi juga. Mana tahu kemungkinan dia yang buka rantai tu daripada Jangjun hyung," kata Joochan.

"Okay sekarang ni kita rehat dulu. Esok semua bangun awal dan bergerak ke istana. Sungyoon, Bomin dan aku akan cari rantai tu di tempat Tuan Kim manakala yang lain cuba tarik perhatian pengawal yang jaga pintu utama serta tarik perhatian Tuan Kim. Jangan sampai mereka dapat tangkap kami bertiga dalam bilik tu," kata Daeyeol.

"Okay hyung," jawab mereka semua sebelum bergerak ke bilik masing-masing.

"Aku harap kalini berjalan dengan lancar," kata Daeyeol sambil menepuk bahu Sungyoon sebelum berjalan ke biliknya yang terletak di hadapan bilik Sungyoon.

'Aku pun harap begitu hyung,' detik hati Sungyoon.

'Semoga hari esok berjalan dengan lancar,'

Itulah apa yang difikirkan oleh Daeyeol serta yang lain. Mereka amat berharap agar misi mencari rantai itu berjaya.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now