08

287 43 23
                                    

Jaehyun berjalan dengan perlahan.Dia kelihatan seperti hilang arah.

"Daeyeol hyung!Sungyoon hyung!Hyung dekat mana?"jerit Jaehyun namun tiada jawapan diberikan.

Jaehyun memandang di sekelilingnya.Kelihatan dirinya berada di sebuah tempat yang begitu asing dengan dirinya.

Kelihatan rumput semata-mata di sekelilingnya.Tiada rumah,tiada lampu.

Sungguh tempat itu sangat gelap.

'Kenapa aku?'

Jaehyun berjalan sehingga terjumpa sebuah pantai di hadapannya.

Dia duduk diatas pasir pantai sambil memandang ke arah laut.

Kelihatan bulan besar yang terang berwarna kuning mewarnai tempat yang didudukinya.

Dia menghela nafas.Sungguh dia tidak tahu mahu buat apa.

Jaehyun memandang ke arah bulan itu.Dia terlihat bayang-bayang adik beradiknya.

"Hyung kau dekat mana?Aku takut seorang diri dekat sini,"ujar Jaehyun apabila melihat bayang-bayang tersebut semakin menghilang.

Tiba-tiba dia terasa ada orang menepuk bahunya.

Seorang lelaki duduk disebelah Jaehyun.Jaehyun hanya melihat lelaki tersebut duduk disebelahnya.

"Buat apa seorang diri dekat sini?"tanya lelaki itu.

Jaehyun hanya mendiamkan dirinya.Dia tidak tahu sama ada ingin menjawab pertanyaan itu atau tidak.

"Maaflah kau mesti tak selesa untuk bercakap dengan stranger macam aku.By the way aku Sunwoo,"ujar lelaki yang bernama Sunwoo itu.

"Jaehyun,"

"So apa yang kau buat seorang diri dekat sini?"tanya Sunwoo.

"Tak ada apa-apa.Sahaja tengok pemandangan laut tu,"

"Ouh,"balas Sunwoo sambil mengangguk.

"Maaflah tapi aku nak tanya kau sesuatu,"kata Sunwoo.

"Apa dia?"tanya Jaehyun.

"Kau percayakan mitos?"

Jaehyun memandang Sunwoo disebelahnya.

"Mitos?"

Sunwoo menganggukkan kepalanya.

"Dah kenapa tanya aku macam tu?"tanya Jaehyun.

"Tak adalah.Orang kampung dekat sini cerita yang mitos tentang sepuluh putera kerajaan kayangan tu ada,"

Jaehyun terbatuk apabila Sunwoo menyebut tentang sepuluh putera.Dia tahu bahawa sepuluh putera yang dimaksudkan oleh Sunwoo adalah dia serta adik beradiknya.

"Kau dah kenapa?"tanya Sunwoo sambil membantu menepuk belakang badan Jaehyun yang sedang batuk itu.

"Tak ada apa-apa,"jawab Jaehyun.

"Aku tak tahu apa-apa tentang mitos tapi kadang-kadang perkara yang dianggap mitos tu wujud,"ujar Jaehyun setelah kembali okay.

"Ouh,"

"Kenapa kau tanya soalan macam tu dekat aku?"tanya Jaehyun sambil melihat bulan yang menghiasi ruang matanya.

"Tak adalah sahaja aku tanya,"jawab Sunwoo.

Jaehyun dan Sunwoo kembali menyepikan diri sambil menikmati pemandangan yang terbentang indah dihadapan mereka.

"Kau dari mana?Dan kenapa kau dekat sini?"tanya Sunwoo setelah sekian lama menyepi.

Jaehyun hanya senyap dan tidak membalas jawapan Sunwoo.

"Tak apalah kalau kau tak nak cerita.Ni kau taknak balik ke?Dah pukul 3 pagi dah ni,"tanya Sunwoo kepada Jaehyun yang sedang menunduk disebelahnya.

"Aku tak ada rumah,"jawab Jaehyun dengan perlahan.

Sunwoo yang sudah bangun itu kembali duduk apabila mendengar jawapan Jaehyun.

"Maksud kau?Kau kena halau dari rumah kau ke?"tanya Sunwoo.

Jaehyun mengangguk kecil menjawab pertanyaan Sunwoo.

Sunwoo menghela nafas kecil.Dia terdiam seketika mendengar jawapan Jaehyun.

"Tak mengapalah kalau begitu.Jom tinggal dengan aku,"kata Sunwoo.

Jaehyun terus memandang Sunwoo.

"Boleh ke?"

Sunwoo mengangguk kecil sebelum menghulurkan tangannya kepada Jaehyun.

Jaehyun menyambut huluran Sunwoo lalu berdiri dan berjalan bersama Jaehyun.

Sampai disebuah rumah,Sunwoo membuka pintu dan menyuruh Jaehyun masuk.

"Kau tinggal rumah ni?"tanya Jaehyun.

Sunwoo mengangguk sebelum bergerak ke dapur.

Jaehyun melihat disekelilingnya.Rumah yang besar ini penuh dengan barang-barang mewah yang tinggi nilai harganya.

"Aku tinggal dekat rumah ni seorang diri sebab rumah ni rumah peninggalan mendiang appa dan ommaku,"kata Sunwoo yang datang dari dapur dwngan membawa dua mug air.

Jaehyun menyambut huluran mug air itu lalu meminumnya.

"Maaflah susahkan kau pula,"kata Jaehyun.

"Tak apalah.Lagipun duduk dalam rumah besar ni seorang diri pun tak best juga.Bosan.Memandangkan kau dah ada dekat sini kau boleh teman aku duduk rumah ni.Ada juga kawan bercakap dekat sini,"kata Sunwoo.

Jaehyun menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata Sunwoo itu.

"Boleh ke aku tinggal sini?"tanya Jaehyun dengan perlahan.

Sunwoo yang sedang meminum air itu memandang Jaehyun.

"Apa kau kata?"tanya Sunwoo.

Jaehyun menggelengkan kepalanya sebelum menyambung minum air.

"Bilik kau dekat situ dan bilik aku dekat sini.Apa-apa boleh panggil aku.Jangan risau bilik tu sentiasa kemas sebab setiap minggu akan ada pembantu rumah kemas rumah ni.Tak larat aku nak kemas seorang diri,"kata Sunwoo sambil menunjukkan bilik yang berada di belakang Jaehyun.

"Terima kasih.Boleh aku masuk bilik?"tanya Jaehyun.

"Eh tentulah boleh.Buat sahaja rumah ni macam rumah kau.Aku pun nak pergi bilik aku.Selamat malam,"kata Sunwoo sebelum berlalu ke biliknya.

Jaehyun mengambil kedua-dua mug di atas meja dan membasuhnya sebelum berlalu ke bilik.

Di bilik,seusai membersihkan diri,dia duduk diatas katil.

'Kenapa perlu aku yang alami perkara ni?Aku tak nak.Aku nak kan hyung dan dongsaeng aku.Aku takut berada disini seorang diri,'

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now