Seungmin berjalan di hadapan Donghyun. Kini mereka berdua berada di pintu belakang istana yang mana tiada pengawal jaga disitu. Pintu itu juga tidak diketahui ramai orang kerana terletak di tempat yang tersorok.
Mereka berdua ingin membebaskan Daeyeol, Sungyoon serta Bomin seperti yang dirancang oleh mereka sebelum ini.
"Kau masih tak nak cakap dengan aku ke?" tanya Seungmin membuatkan langkah Donghyun terhenti.
"Maafkan aku tapi aku tak boleh hyung," kata Donghyun lalu berjalan melepasi Seungmin sebelum membuka pintu itu.
Seungmin menghela nafas sebelum mengikut Donghyun. Setelah beberapa ketika, sampailah mereka di hadapan sebuah bangunan kecil yang dikawal ketat oleh para pengawal Tuan Kim.
Kebetulan Tuan Kim ada disitu dan menyedari kehadiran Donghyun, dia terus menyuruh para pengawalnya pergi dari situ. Setelah itu, dia menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. Donghyun terus mendekati bangunan itu dan membuka pintu.
Bau hapak menyengat hidung mereka dicampuri bau hanyir darah. Tidak salah lagi bahawa darah itu milik Bomin sewaktu mereka ditangkap.
"Donghyun!" panggil Daeyeol namun dia kembali senyap apabila Donghyun meletakkan jari telunjuk ke bibirnya membuatkan Daeyeol mengangguk.
Pintu berjaya dibuka. Seungmin berlari ke arah Bomin lalu menggunakan kuasanya untuk merawat Bomin. Sungyoon yang tidur itu terjaga apabila terdengar Bomin merintih kesakitan. Dia terkejut melihat Donghyun dan Seungmin di situ.
"Kenapa Donghyun disini? Aku fikir Jaehyun atau Joochan akan bersama dengan kau," kata Sungyoon.
"Atas beberapa sebab, aku yang perlu datang ke sini bersama Seungmin hyung," kata Donghyun membuatkan Daeyeol dan Sungyoon berpandangan.
"Bomin kau okay?" tanya Donghyun setelah melihat Bomin yang beransur pulih daripada cederanya.
"Hyung lambat. Aku hampir mati tunggu kalian," kata Bomin. Seungmin tersenyum manakala Donghyun menundukkan kepalanya.
"Maaf," kata Donghyun perlahan.
"Hyung ada kalung milik Jangjun hyung?" tanya Donghyun kepada Daeyeol.
"Ada. Ayahanda dan bonda punya pun ada," kata Daeyeol. Donghyun menghulurkan tangannya kepada Daeyeol.
"Apa?"
"Ayahanda punya kalung,"
Daeyeol mengeluarkan kalung tersebut dari poket bajunya dan diberikan kepada Donghyun.
"Kau nak buat apa?" tanya Daeyeol.
"Bomin, guna kuasa kau untuk kita pergi ke bilik Jangjun hyung," arah Donghyun. Bomin mengangguk seraya memejamkan matanya.
Dengan sekelip mata, mereka berada di bilik Jangjun. Kelihata Jangjun sedang melihat ke arah luar jendela.
"Jangjun?" panggil Daeyeol.
Jangjun berpusing dan terkejut melihat Daeyeol, Sungyoon, Seungmin, Donghyun serta Bomin ada dibiliknya.
"Apa kalian buat disini?" tanya Jangjun. Dia berlari ke arah Daeyeol untuk memeluknya.
Donghyun tersenyum melihat Jangjun hyung sudah pulih. Namun senyumannya mati.
"Kau? Tipu kami?" tanya Donghyun membuatkan Jangjun menoleh ke arahnya.
"Maaf. Ini cuma untuk mengaburi mata semua orang. Aku sebenarnya sihat sahaja," kata Jangjun. Donghyun memandang Jangjun.
"Tak aku tak makan pun. Air tu aku buang dan aku gantikan dengan air baru. Jadi asalnya aku tak sakit," kata Jangjun menjawab persoalan yang bermain dikepala Donghyun.
"Jadi hyung tahu?" tanya Seungmin.
"Yang ayahanda dalang semua ni berlaku?" teka Jangjun. Seungmin menganggukkan kepalanya. Jangjun tersenyum.
"Aku tahu. Malah aku tahu dimana ayahanda dan bonda berada di mana sekarang," kata Jangjun membuatkan mereka berlima terkejut.
"K-Kalung kau?" tanya Sungyoon.
"Aku yang buka dan yang ada pada kalian adalah yang palsu,"
"Yang asli ada pada Donghyun?" tanya Seungmin.
"Ya,"
Daeyeol dan Sungyoon berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua keliru dengan apa yang terjadi.
"Ayahanda dalang semua ni. Oleh kerana ketamakannya untuk menjadi raja, dia telah mengarahkan Tuan Kim untuk menghalau kalian," cerita Jangjun.
"Bomin bawa kita ke rumah," arah Daeyeol.
Bomin mengikut arahan Daeyeol dan sampailah mereka dirumah. Mereka disambut oleh Youngtaek, Joochan, Jaehyun dan Jibeom.
Donghyun hanya berdiri jauh daripada mereka. Jangjun yang perasan itu bergerak ke arah Donghyun. Dia menepuk bahu Donghyun beberapa kali.
"Jangan risau. Kini tugas kita adalah untuk lindungi putera yang sebenar dan kita terpaksa hapuskan ayahanda," kata Jangjun dengan nada berbisik.
'Tapi bonda... Aku perlu lindungi bonda kerana aku yakin bonda tidak tahu akan rancangan gila ayahanda,' bisik hati Donghyun.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanfictionSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...