26

210 26 44
                                    

Jangjun bangun semula daripada pembaringannya.Dia mencapai buku itu dan membuka helaian yang dicarinya.

'Kuasa yang ada pada putera-putera Kerajaan Crys hanya akan muncul apabila mereka dalam ketakutan atau ketika Kerajaan Crys tidak lagi aman,'

'Salah seorang daripada bangsawan Kerajaan Crys akan mempergunakan putera-putera Kerajaan Crys untuk kepentingan dirinya sendiri,'

'Rantai yang bertatahkan batu jed perlu sentiasa dipakai dan disembunyikan agar tidak hilang atau jatuh ke tangan orang yang salah,'

'Kuasa putera-putera Kerajaan Crys hanya akan muncul dengan bantuan rantai tersebut,'

Helaian yang terakhir telah menggamit perhatian Jangjun.

'Keruntuhan kegemilangan Kerajaan Crys akan berlaku,'

Ayat itu jugalah yang telah menggamit perhatian Seungmin serta Sungyoon ketika membaca buku itu.

"Sekejap...Buku inilah yang Seungmin ambil tanpa pengetahuan Sungyoon hyung tapi kenapa aku tak pernah jumpa ayat ini semua?"tanya Jangjun sendirian.

'Aku kena cari Sungyoon hyung,'

"Tapi bagaimana?"

Jangjun mengusutkan rambut berwarna coklat kegelapan itu.Dia terpandangkan cermin yang berada di dalam bilik Daeyeol itu.

Kedua-dua anak mata coklat kehitamannya memandang ke arah refleksi dirinya di hadapan cermin.Tangannya memegang rantai yang dipakai sejak berumur 15 tahun itu.

"Apa jadi kalau aku buka rantai ini?"

'Jangan buat kerja bodoh,Jangjun.Ikut kata abang kau dan jangan pernah tanggalkan rantai itu,'bisik hatinya.Jangjun menghela nafas kasar sambil mengusutkan rambutnya.

Penat.Itu sahajalah yang dapat menggambarkan keadaan dirinya pada ketika itu.

Seungmin mundar-mandir di dalam bilik tidur yang dikongsi dengan Youngtaek.Youngtaek yang sedang enak baring di atas katil sambil kedua-dua anak matanya tidak lepas memandang Seungmin yang masih lagi bermundar-mandir di dalam bilik.

"Kau dah kenapa tak tahu duduk diam?Pening aku dibuatnya,"kata Youngtaek setelah 15 minit matanya terikut Seungmin yang sedang bermundar-mandir di dalam bilik.

Seungmin memandang Youngtaek seketika sebelum menyambung aktivitinya.Jari telunjuk kanannya diletakkan di dagu manakala tangan kirinya di pinggang.

"Duduklah.Aku pening tengok kau macam ni,"kata Youngtaek.

Seungmin langsung duduk di birai katilnya sambil kedua-dua anak matanya merenung ke arah Youngtaek.Renungan Seungmin membuatkan Youngtaek melihat diri sendiri manalah tahu kalau dia ada pakai baju terbalik atau rambutnya yang kusut.

Setelah memeriksa tiada cacat-cela pada dirinya,dia memandang Seungmin semula.

"Dah kenapa tenung aku macam tu?Buat aku takut sahaja,"

Seungmin menghela nafas.

"Entahlah.Sekarang ni aku tak tahu kenapa tapi aku rasa perkara buruk akan berlaku,"kata Seungmin setelah sekian lama mundar-mandir di dalam bilik dan merenung Youngtaek.

'Akhirnya cakap pun.Ingatkan tak ada muluy nak cakap,'bisik hati Youngtaek.

"Apa maksud kau?"tanya Youngtaek.

"Kau masih ingat yang Daeyeol hyung pernah berkata sebelum ini bahawa Crys akan diserang dengan musuh yang lebih kuat?"tanya Seungmin kepada Youngtaek.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now