Jibeom dan Joochan berjalan perlahan-lahan ke arah semak yang terdapat di pintu pagar istana. Mereka berdua bersembunyi di semak itu.
"Kita buat apa dalam ni Joochan?" tanya Jibeom. Joochan tidak menjawab malah matanya meliar ke arah pintu pagar istana.
Jibeom melihat Joochan dan melihat semula pintu pagar istana. Dia bertanya sekali lagi dan sekali lagi pertanyaannya tidak dijawab.
Pakk!
"Sakitlah!" Joochan meninggikan suara namun setelah itu dia menutup mulut. "Kau dah kenapa jentik dahi aku?" tanya Joochan. "Aku-"
"Hoi kamu berdua buat apa dekat situ?" tegur seorang pengawal. Joochan dan Jibeom berpusing ke belakang dan kelihatan tiga orang pengawal berdiri tidak jaih dari mereka menyebabkan mereka berdua terus berdiri.
"Oh hehe hai apa khabar?" tanya Joochan. Tiga orang pengawal itu pelik sebelum menjawab khabar baik. "Kau berdua siapa dan kenapa ada dekat sini?" tanya pengawal yang menegur mereka berdua tadi.
"Oh, tak adalah. Kami cari sesuatu dalam semak tu," jawab Jibeom. "Apa dia tu? Boleh kami tolong cari?" tanya salah seorang daripada tiga orang pengawal tu. "Er..." Jibeom mati akal untuk menjawab. Joochan sempat mengerling ke arah pintu pagar istana. "Tuan bertiga daripada sana ke?" Joochan menunjuk ke arah istana.
"Ya,kami daripada sana. Kami dengar ada orang menjerit tadi jadi kami lihatlah ada apa. Rupanya kamu berdua disini," kata pengawal.
'Bagus. Mereka bertiga tak ada dekat pintu tu memudahkan kerja aku untuk bawa mereka masuk,' detik hati Joochan.
"Boleh kamu bertiga tolong kami cari barang kami di dalam semak-semak yang ada ni? Sebab saya terhilangkan dan bila saya lihat kemungkinan jatuh disini sewaktu saya nak masuk ke istana beberapa bulan yang lepas," kata Joochan. Ketiga-tiga pengawal itu berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Jibeom dan Joochan.
"Baiklah kami bantu cari," kata mereka bertiga sebelum bergerak ke arah semak itu dan mencari barang yang dicari oleh Jibeom dan Joochan itu.
'Ini masanya,' detik Joochan sebelum mengeluarkan panah yang disembunyikan di dalam bajunya. Dia mengambil busur lalu memanah salah seorang daripada pengawal itu.
Buk!
Pengawal itu terjatuh. Dua orang pengawal tadi itu terkejut. Belum sempat mereka berpusing, di leher mereka tercucuk oleh anak panah yang dipanah oleh Joochan. Joochan tersenyum puas melihat hasil kerjanya. Jibeom disebelahnya dipandang seketika sebelum bergerak ke arah pengawal-pengawal itu dan mencabut anak panah miliknya.
Jibeom kemudian berdiri di hadapan pintu pagar istana. Dia menolak sedikit dan masuk ke dalamnya diikuti Joochan.
"Hyung, kami dah dapat masuk," kata Jibeom dengan perlahan dengan alat pendengar yang dicipta oleh Youngtaek dan Seungmin.
"Bagus. Sekarang kau alihkan perhatian pengawal-pengawal yang ada di dalam istana biar kami senang masuk," kata Daeyeol melalui alat pendengaran itu. Jibeom mengangguk dan memandang Joochan.
"Sedia untuk aksi seterusnya?" tanya Jibeom sambil menjongketkan keningnya. Joochan tersenyum sinis. "Sedia!" kata Joochan separa menjerit.
"Jangan jerit la pandai!" marah Jibeom.
"Hoi kamu berdua buat apa dekat situ?" sergah pengawal atasan. Joochan dan Jibeom terkejut. Joochan ingin memusing namun ditegah oleh Jibeom.
"Jangan pusinglah pandai," tegah Jibeom dengan keras kepada Joochan yang ingin berpusing namun Joochan tidak mengendahkannya.
Joochan pusing dan menunduk 90 darjah. "Selamat tengahari tuan," ucap Joochan. "P-Putera Joochan?" seru pengawal itu. Ya dia kenal suara itu. Suara yang paling dirindukan olehnya kerana Joochan sering bersama pengawal lain ketika melawat kawasan luar daripada istana.
"P-Putera Joochan sihat?" tanya pengawal itu. Dia cepat-cepat menunduk ke arah Joochan. Joochan dan pengawal itu kembali berdiri. " Oh pengawal Jung rupanya. Saya sihat..kami sihat sahaja," kata Joochan.
"Jibeom, pengawal Jung la," kata Joochan sambil menepuk bahu Jibeom. Jibeom berpusing dan senyum.
"Oh Putera Jibeom," kata pengawal Jung dan menunduk ke arah Jibeom pula.
"Hoi kau buat apa tu?" sergah satu suara. Jibeom dan Joochan tidak berpusing malah memberi signal supaya pengawal Jung melepaskan mereka berdua.
"Maafkan saya Tuan Kim. Saya sedang memarahi mereka kerana salah yang mereka lakukan," kata pengawal Jung. Kamu berdua jangan buat lagi kalau tak ingin dipenggal. Dah pergi sambung bertugas sana," arah pengawal Jung yang menangkap signal diberikan oleh Jibeom. Dia kemudiannya menyuruh Jibeom dan Joochan pergi.
Jibeom dan Joochan cepat-cepat pergi dari situ.
"Dia fikir dia raja," kata Joochan dengan perlahan. Jibeom mengetuk kepala Joochan. "Kau lupa ke sekarang dia yang memerintah dan bukan Jangjun hyung,"kata Jibeom sambil menjeling Joochan. Joochan tersenyum. Dia dan Jibeom sambung berlari.
Ketika berlari, mereka berdua ternampak akan Jangjun yang sedang bersiar-siar sambil diiringi tiga orang pengawal.
"Apa yang diceritakan Sungyoon hyung adalah betul," kata Jibeom dengan perlahan.
Joochan yang ternampak akan Daeyeol itu memberi signal agar masuk melalui pintu belakang seperti yang dirancang mereka kerana pintu pagar hadapan ada Tuan Kim disitu. Daeyeol mengangguk dan beredar daripada tempat persembunyiannya menuju ke pintu belakang istana.
"Lepas ni kita nak buat apa?" tanya Jibeom. "Kita kena alihkan perhatian yang lain. Mungkin akan ada lebih banyak aksi," ujar Joochan sambil tersenyum senget.
'Aksi..,' Jibeom tersenyum.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
Fiksi PenggemarSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...