Youngtaek P.O.V
Aku berjalan ke bilik bacaan milik Sungyoon hyung.Entah kenapa kakiku melangkah ke sana.Aku berdiri dihadapan pintu.Aku mengeluh.
Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahuku.Aku menoleh dan wajah Sungyoon hyung menghiasi mataku.
"Eh hyung?Aku fikir kau kat dalam,"
Sungyoon hyung tersenyum.
"Tak adalah aku pergi makan tadi,"jawab Sungyoon hyung.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Sungyoon hyung membuka pintu bilik bacaan dan menyuruh aku untuk masuk dahulu.
Aku berjalan ke arah sofa yang terdapat di situ.
"Kau nak apa datang sini?"tanya Sungyoon hyubg sambil mengemas mejanya.
Aku menggaru kepala.
'Cepat sahaja dia ni.Tak sempat aku nak duduk,'
"Eh salah ke kalau aku datang sini?"tanyaku.
Sungyoon hyung memandang sekilas ke arahku sebelum sambung mengemas.
"Kau tak akan datang sini kalau tak ada sebab,"kata Sungyoon hyung.
Aku membetulkan kedudukan sambil berdehem.
"Hyung,"
Sungyoon hyung tidak menoleh.Aku perlu bertanya juga tentang perkara ni.
"Kau-,"
"Kalau kau nak cakap pasal aku dengan Daeyeol hyung jawapan aku adalah aku tak rasa aku akan berbaik dengan dia,"kata Sungyoon hyung sambil menyusun buku di rak.
Aku memandang Sungyoon hyung tidak berkelip.
'Macam mana dia tahu?'
"Kalau kau datang sini sebab nak tanya perkara tu memang tak payahlah.Semalam Jibeom harini kau pula,"kata Sungyoon hyung.
Aku termenung seketika.
"Jibeom ada pujuk hyung ke semalam?"tanyaku.
Sungyoon hyung tidak membalas pertanyaanku.
"Tapi hyung-"
"Kalau dia beritahu kita awal-awal,sudah tentu kita dapat elakkan perkara ni,"
Aku terdiam.Marah betul Sungyoon hyung dekat Daeyeol hyung.
'Aduh macam mana aku nak beritahu Sungyoon hyung?'
"Tak apalah.Hyung teruskanlah dengan ego hyung tu.Aku harap kau takkan menyesal,"kataku sebelum berlalu keluar.
Kadang-kadang aku sendiri kesal dengan ego Sungyoon hyung.Aku harap egonya tak berlarutan.
End Youngtaek P.O.V
Sungyoon memandang ke arah pintu.
"Apa yang dia maksudkan?Menyesal?"Sungyoon tertanya-tanya kepada dirinya.
"Ego sangatkah aku?"
Sungyoon yang tidak mengambil terlalu berat akan situasi itu terus menyambung kemasnya.
Sedang dia kemas,dia perasan ada sebuah buku tiada di tempatnya.
"Eh?Mana buku ni?"tanya Sungyoon.
Dia mencari di semua tempat di dalam bilik bacaan miliknya.
"Takkanlah aku salah letak buku tu,"omelnya.
Sungyoon menghempaskan diri di atas sofa sambil melihat chandelier yang berada di atasnya.
"Perlukah aku berbaik dengan Daeyeol hyung?"tanya Sungyoon kepada dirinya.
Sementara itu,Jibeom kini berada di taman milik Jaehyun.Walaupun mereka berdua sering bergaduh namun tidak dapat dinafikan bahawa dia amat merindukan Jaehyun.
"Jaehyun-ah kau dekat mana.Aku rindu kau,"ujar Jibeom sendirian.
Jibeom duduk diatas katil milik Jaehyun.Dia memandang katil yang kosong itu.
"Selalunya kaulah orang yang tendang aku sebab duduk atas katil kau.Sekarang ni tak ada siapa pun nak tendang aku,"rintih Jibeom perlahan.
Nampak sahaja dia seperti tidak kisah akan kehilangan Jaehyun namun siapa tahu jauh di sudut hatinya dia amat memerlukn Jaehyun buat masa ini.
"Jaehyun-ah kau pergi mana?"tanya Jibeom perlahan.
Dia baring di atas katil milik Jaehyun sambil merenung kipas di atasnya dengan pandangan kosong.Tanpa dia sedari,dia tertidur disitu bertemankan bantal milik Jaehyun.
Tiba-tiba,suatu cahaya menyinari bilik Jaehyun.Kelihatan seseorang keluar menerusi cahaya tersebut.
Dia merenung ke arah Jibeom yang sedang tertidur di atas katil milik Jaehyun itu.
Dia berjalan perlahan-lahan kearah Jibeom lalu mengangkat Jibeom.Jibeom langsung tidak menyedarinya.
Dia membawa Jibeom ke arah cahaya tersebut dan hilang.
Daeyeol memasuki bilik Jaehyun.Dia memandang sekeliling di bilik Jaehyun sebelum matanya tertancap ke arah cermin.
'Jaehyun sudah pulang ke?'detik hatinya.
Dia berjalan ke arah katil Jaehyun.Terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Ni macam surat.Surat apa ni?"
Daeyeol mengambil lalu membukanya.Alangkah terkejutnya dia setelah membaca surat itu.
Dia terus berlari keluar memanggil adik-adiknya dan menunjukkan surat itu.
'Aku fikir perkara itu akan berlaku dalam masa beberapa bulan dari sekarang rupanya aku salah.Maafkan aku sebab tak dapat lindungi kau berdua,'detik hati Daeyeol sewaktu berlari berjumpa dengan adik-adiknya.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanfictionSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...