"Sunwoo!"panggil Jaehyun.
Dia bergegas keluar dari biliknya apabila melihat Sunwoo yang hendak keluar.
Sunwoo yang sedang memakai kasut itu memandang kearah Jaehyun.
"Ya nak apa panggil aku?"tanya Sunwoo.
"Kau nak pergi mana?"tanya Jaehyun.
"Aku nak pergi kerja.Kenapa?"tanya Sunwoo lagi.
Jaehyun terdiam seketika.Sunwoo hanya menanti jawapan Jaehyun.
"Er aku nak ikut boleh?"tanya Jaehyun.
"Kau nak ikut buat apa?"tanya Sunwoo yang pelik.
"Tak adalah dah seminggu aku tinggal dekat sini.Tak selesa kalau aku duduk saja.Lagipun kau kan owner kafe tu.Boleh aku kerja kat situ?"tanya Jaehyun perlahan.
Sunwoo memandang Jaehyun pelik.
"Jangan pandang aku macam tu.Aku cuma rasa tak selesa kalau aku cuma duduk rumah ni goyang kaki sahaja,"kata Jaehyun.
Sunwoo terdiam seketika memikirkan sesuatu.
"Okay boleh.Kau pandai masak?"tanya Sunwoo.
Jaehyun menggelengkan kepalanya perlahan.
"Aduh kalau macam tu kau boleh buat kerja apa?"tanya Sunwoo.
"A-aku tak tahu,"
Sunwoo membulatkan matanya.
"Lain?"
"Er mungkin cuci pinggan,"jawab Jaehyun.
Sunwoo menepuk dahinya.Jaehyun yang berada dihadapannya hanya tersengih.
"Dalam banyak-banyak kerja,cuci pinggan yang kau tahu?"tanya Sunwoo.
Jaehyun tersengih sambil menggaru kepalanya.
'Dah masa aku dekat istana pun aku tak pernah buat kerja.Tu nasib baik Jangjun hyung selalu suruh aku cuci pinggan,'detik hati Jaehyun.
"Ah tak apa.Kau jadi pelayan sahajalah.Lagipun kebetulan pelayan dekat kafe aku tu tengah kurang sebab ada yang berhenti kerja.Bolehlah kau kerja ganti pelayan aku yang berhenti tu,"kata Sunwoo.
Jaehyun menganggukkan kepalanya.
"Dah cepatlah siap.Aku nak kena kemas lagi kafe tu,"kata Sunwoo.
Jaehyun bagai lipas kudung berlari ke dalam biliknya untuk bersiap.Dia mencapai kot putih yang sering dipakainya dan membetulkan rambutnya sebelum berdiri dihadapan Sunwoo.
Setibanya Jaehyun di hadapan Sunwoo,dia memandang Jaehyun dari atas ke bawah.
"Kenapa?"tanya Jaehyun sambil melihat Sunwoo.
"Kau nak pakai macam ni?"tanya Sunwoo.
"Habistu?Aku mana ada pakaian lain,"jawab Jaehyun.
"Aduh kau ni.Dah sekejap ikut aku,"kata Sunwoo sebelum menanggalkan kasutnya lalu berjalan masuk ke biliknya diikuti Jaehyun.
Sunwoo membuka almarinya.Kelihatan banyak baju tergantung disitu.Dia membelek satu persatu baju yang ada di almarinya.Dia mengeluarkan baju yang tergantung disitu lalu memberinya kepada Jaehyun.
"Nah pakai baju ni,"kata Sunwoo sambil menghulurkannya kepada Jaehyun.
Jaehyun menyambut tanpa kata.
"For your trousers I think you can just wear this trousers"kata Sunwoo lalu menghulurkan seluar kepada Jaehyun.
"Dah sekarang kau pergi tukar,"kata Sunwoo.
Dia menolak Jaehyun masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju.
Beberapa minit kemudian,Jaehyun keluar dari bilik air.
Sunwoo melopong melihat Jaehyun.Sungguh dia tidak sangka yang Jaehyun adalah setampan ini.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?"tanya Jaehyun.
Sunwoo yang bagaikan tersedar itu terus menarik Jaehyun ke arah cermin.
"Aku tak tahu pulak kau ni handsome,"kata Sunwoo.
Jaehyun hanya melihat pantulan imejnya dicermin dengan pandangan yang kosong.
"Wah lepasni ramailah datang kafe aku,"kata Sunwoo.
"Kenapa pulak?"tanya Jaehyun.
"Yelah ada pelayan handsome macam kau,"seloroh Sunwoo.
Jaehyun ketawa mendengar jawapan Sunwoo itu.
"Alah kau ni macamlah pekerja kau kat sana tak handsome,"kata Jaehyun.
"Alah kau lagi handsome,"kata Sunwoo.
Jaehyun tersenyum mendengar pujian itu sebelum berlalu ke biliknya untuk menyimpan bajunya.
"Jomlah.Kau pakai kasut ni.Lagipun kau tak ada kasut yang lain selain yang ni kan?"tanya Sunwoo sambil menujukkan sepasang kasut milik Jaehyun.
Jaehyun hanya menganggukkan kepalanya sebelum menyarung kasut yang disediakan oleh Sunwoo itu.
Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh Sunwoo sendiri.
Sesampainya mereka di kafe,kelihatan beberapa orang pekerja sedang mengemas kafe.
"Selamat pagi sajangnim,"sapa salah seorang daripada para pekerja itu.
"Selamat pagi.Okay saya nak beritahu bahawa ini adalah pekerja baru kita.Dia akan bekerja sebagai pelayan.Subin kamu tolong tunjukkan kerjanya,ya?Saya nak masuk dalam dahulu,"kata Sunwoo sambil menepuk bahu Jaehyun sebelum berlalu pergi.
Subin dan Jaehyun menunduk ke arah Sunwoo.
"Hai saya Subin,"kata Subin tiba-tiba dengan suara yang riang.
Jaehyun tersenyum.Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Okay pertama sekali jom tukar kepada pakaian seragam para pelayan,"kata Subin sambil menarik tangan Jaehyun ke dalam bilik persalinan.
Setelah itu Subin mengajar Jaehyun tentang apa yang harus dilakukan oleh Jaehyun dalam melayan dan menguruskan pelanggan.
Dan bermulalah hari yang memenatkan bagi Jaehyun.
YOU ARE READING
[C] World || Golden Child
FanficSebuah negeri yang dikenali dengan keamanan rakyatnya kini gempar dengan berita kehilangan 10 orang putera kerajaan. Apakah yang akan berlaku kepada putera-putera tersebut? [Instead of fantasy, it's more to drama as it' s about siblings relationship...