20

218 31 62
                                    

Donghyun mengetuk meja mengikut rentak lagu yang dimainkan di dalam bar.Dia merenung cocktail yang diletakkan dihadapannya.

Seorang lelaki berjalan mendekati Donghyun.Dia meletakkan tangannya dibahu Donghyun membuatkan Donghyun terkejut.Nasib baik tak melatah haha

"Kau ni terkejut aku,"kata Donghyun sambil menjeling lelaki disebelahnya.

"Kau tu kenapa nak jumpa pagi-pagi buta macam ni?Kalau pukul 9 atau 10 pagi tak apa lah ini pukul 3 pagi kau ajak aku jumpa dekat bar pulak tu,"marah lelaki itu tetapi dengan nada yang lembut.

Dia mengambil tempat disebelah Donghyun sambil memesan cocktail yang sama seperti Donghyun.

"Aku...."

Donghyun memandang lelaki itu.

"Aku rasa macam tak sedap hati,"

"Apa maksud kau?"

Donghyun memusingkan badannya menghadap lelaki itu.Dia mengeluh nafas perlahan.Dia menyambung selepas pelayan menghantar pesanan lelaki disebelahnya.

"Kau tahu yang aku sukakan cabaran?"tanya Donghyun dan lelaki itu mengangguk.

"Semua benda ni jadi bukan dalam kuasa aku tapi ayah kau,"

"A-apa maksud kau?"

Lelaki itu memandang Donghyun meminta penjelasan.

"Tuan Kim yang suruh aku buat semua ni,"

"Ayah suruh kau buat semua ni?Tapi kenapa?"

Donghyun hanya senyap.Hatinya meronta-ronta hendak menjawab pertanyaan tersebut tetapi mulutnya bagaikan dikunci.

"Kalau kau tak nak beritahu sekarang tak apa tapi aku harap kau boleh beritahu aku dan adik-beradik kau nanti,"kata lelaki itu.

Donghyun hanya menganggukkan kepalanya.

"Okaylah aku pergi dulu.Nanti Jaehyun dengan Joochan soal siasat aku macam-macam,"kata lelaki itu sambil berdiri.

Donghyun mengangkat kepalanya memandang lelaki itu.

"J-Jaehyun dengan Joochan duduk dengan kau ke?"tanya Donghyun.

Lelaki itu senyum sambil mengenyitkan mata.Dia meneguk cocktail itu dengan sekali teguk sebelum berlalu pergi.Donghyun hanya melihat lelaki itu pergi sehingga bayangnya hilang dari mata.

Donghyun meminum cocktail dengan laju sebelum meletakkan beberapa keping not wang kertas di sebelah gelas kosong itu sebelum berlari keluar untuk mengejar lelaki itu.

Dia berlari dengan selaju yang dia boleh sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari lelaki tadi.Dia berhenti kerana kepenatan sambil termengah-mengah mencari nafas.

"Haih laju betul dia hilang,"bebel Donghyun perlahan.Dia mengambil nafas sedalam yang dia boleh sebelum menghembus perlahan dan sambung berlari mencari lelaki tadi.

Tanpa dia sedari,lelaki tadi sedang melihatnya dari atas bumbung rumah sambil tersenyum sinis.

"Aku tak tahu apa yang ayah  suruh kau buat tetapi perkara ni menyeronokkan hahaha,"ujar lelaki itu dengan perlahan sebelum menghilangkan diri dalam kepulan asap yang tebal.

Donghyun yang sedang berlari terhenti.Dia memandang ke suatu tempat.

"Youngtaek hyung?"

Donghyun terus berlari ke arah 'Youngtaek'.

"Youngtaek hyung?"panggil Donghyun.

'Youngtaek' menoleh ke arah Donghyun dengan muka yang hairan.Donghyun terkejut.

"Ah maaf.Saya fikir abang saya tadi.Maaf sekali lagi,"kata Donghyun sambil menunduk meminta maaf kepada orang tersebut.

Lelaki yang disangka Youngtaek itu tersenyum sebelum berlalu pergi.Donghyun hanya melihat lelaki itu pergi sambil menggaru kepalanya.

"Aish kau ni Donghyun buat malu sahaja,"ujar Donghyun dengan perlahan.

Donghyun melihat jam di tangan kirinya yang sudah menunjukkan pukul 6 pagi.Dia melihat langit yang sedang beransur terang.

"Nampaknya aku kena balik rumah.Kalau tidak ada kena bebel dengan Daeyeol hyung,"kata Donghyun sebelum berlalu pergi.

Tanpa disedari,segala tindakannya diperhatikan oleh seseorang.

Author note :

Hi guys

First of all,happy 3k readers🎉
Tak sangka cerita bodoh ni boleh sampai 3k readers hahaha

Actually,I should have update this on Wajoo's birthday which is on 31st July but I was at my hometown and the Internet there sucks hmm so I update this today.

Sorry sebab lama tak update.I tried to but nak habiskan a chapter je ambil masa lama huu

Cerita ni actually Aemy tak tahu nak sambung macam mana lagi hahaha sebab I just have a big picture..not a small one..you know what I mean right?ㅋㅋㅋ

Aemy always buat cerita tanpa plot and rush ending haish bila la nak maju macam ni aish

Apa-apa pun terima kasih sudi baca cerita ni dan maaf kalau makin lama makin tak best.

Anyways...Happy Wajoo day ! (tak salah wish lambat kan?hahaha)

Sincerely,
Aemykim

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now