Tok tok
Penerangan yang sedang disampaikan oleh seorang guru terhenti apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Ramai pelajar mula bersorak tatkala melihat ada pelajar baru di luar.
"Maaf menganggu, cikgu Khadijah. Ni ada pelajar baru yang akan masuk kelas cikgu." ujar seorang guru lelaki yang membawa Changbin, Khadijah Jihyo selaku guru kelas tingkatan 3 Arif mengangguk kecil.
Changbin melangkah masuk.
"Okey, kamu perkenalkan diri kamu." arah Jihyo.
"Hai, nama aku Rizki Afnan Changbin. Boleh panggil Rizki." Changbin memperkenalkan diri secara ringkas.
"Eyo, Riz!" sapa Wooyoung sambil melambaikan tangan, Changbin hanya membalas dengan lambaian kecil. Tak sangka pula mereka akan menjadi rakan sekelas.
"Baik, Rizki. Kamu boleh duduk sebelah Miー MIRZA HAKNYEON KAMU MAKAN LAGI YE DALAM KELAS SAYA?!"
Haknyeon yang sedang menikmati ayam goreng berempahnya terbatuk-batuk, dia mencapai botol air lalu minum dengan laju.
"Uhuk, cikgu janganlah sergah macam tu. Kalau saya tercekik lepas tu mati, ha kan dah berkurang pelajar tampan dalam sekolah ni!" marahnya balik. Jihyo cuba menahan hasrat hati yang terlalu ingin membaling kasutnya ke kepala Haknyeon.
"Rizki, kamu duduk sebelah badak sumbu tu. Kalau dia curi-curi makan lagi, kamu bagitahu saya."
"Baik, cikgu." Changbin menuju ke kerusi kosong yang ada di sebelah Haknyeon. Jihyo mula menyambung pelajarannya yang terhenti dan Haknyeon pula sambung makan ayam.
"Woi, kau fikir sekarang waktu rehat ke?" tanya Changbin dengan berbisik.
"Lapar tidak mengira waktu, bro. By the way nama aku Mirza Haknyeon, nama kau siapa eh? Tak dengarlah tadi." Haknyeon menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, sedangkan Changbin melihat tangan Haknyeon yang penuh dengan sos dan minyak.
Otak Changbin membuat hipotesis sendiri.
Semakin besar saiz sekolah, semakin ramai pelajar yang pengotor nak mampus.
Hipotesis diterima.
"Panggil je aku Rizki." balas Changbin tanpa menyambut huluran tangan itu. Haknyeon mengangguk-angguk.
"Nak sikit?" tawar Haknyeon.
"Nah, it's okay."
"Betul ni? Ayam ni limited edition tahu, hanya ibu aku je reti buat."
"Kau nak hasut aku ke apa ni?"
"Taklah, tapi serius kau tak nak?" Haknyeon mendekatkan kepak ayam itu ke hidung Changbin, aroma ayam goreng berempah itu mula mengoda hidung dan perut Changbin.
"Kelazatan dari dapur mak aku, ayam berempah." bisik Haknyeon seperti iklan jenama kurma terkenal yang selalu ditonton Changbin semasa bulan Ramadan.
"Er, tapi.."
"Hanya satu gigitan je Riz dan kau akan merasai kenikmatan duniawi."
YOU ARE READING
Han Family
Fanfictionnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...