Baa! Tertangkap kamu!
Kenapa tak tidur lagi? *peluk Minnie dengan Mickey*
ー"Hai, abang Li." Daehwi menyapa Jisung ketika lelaki itu sedang menuju ke keretanya.
"Eh, Lola buat apa kat sini?" tanya Jisung, agak terkejut kerana Daehwi ada di tempat kerjanya ketika waktu petang begini.
Daehwi memainkan hujung rambut.
"Lola sebenarnya nak balik tapi rumah Lola jauh." ujarnya lalu mencebik.
"Oh, kenapa tak naik bas?" tanya Jisung.
"Urm, Lola nak tumpang abang. Boleh?"
"Ey, Rosli! Kebetulan aku dengan Dollah pun nak tumpang kau, kereta aku rosak lagilah wei. Dollah pula tak ada siapa nak ambil dia. Sian kitorang." Sangyeon tiba-tiba muncul sambil memeluk bahu Hongjoong.
Mata Hongjoong terkebil-kebil.
"Tapi..." Hongjoong tidak jadi meneruskan kata-kata apabila Sangyeon sudah memberi jelingan tajam. Jisung berasa pelik, seingatnya hari ini Sangyeon menaiki motosikal dan Hongjoong pula membawa kereta sendiri.
Daehwi berdecit, dua lelaki itu sibuk sahaja datang menganggu.
"Oh kalau macam tu, naiklah." ajak Jisung. Sangyeon menarik beg tangan Daehwi sebelum ia sempat masuk ke dalam kereta.
"Eh eh kau, duduk belakang. Aku nak duduk depan." arah Sangyeon.
"Ish, kan perempuan kena duduk depan!" bantah Daehwi. Sangyeon bercekak pinggang.
"Ewah ewah, kau dengan aku siapa lagi tua? Aku kan, so kau duduk belakang!" dia menolak Daehwi ke tepi dan langsung duduk di seat sebelah pemandu.
Daehwi mendengus dan dia duduk di sebelah Hongjoong.
"Apa pandang-pandang?!" soal Daehwi garang. Dahi Hongjoong berkerut.
"Siapa pandang kau? Aku pandang pokok kat luar tu lah." jawab Hongjoong polos, tetapi membuat Daehwi jadi malu sendiri.
Sepanjang perjalanan sepi dan cuma ditemani dengan lagu-lagu klasik pilihan Sangyeon.
"Er, kau dengan Munah dah okey dah Li?" tanya Sangyeon.
"Hm, macam tulah Rad. Merajuk lagi." jawab Jisung.
"Takleh macam tu, Li. Dia bini kau, kau jangan biar dia merajuk lama-lama. Kesian dia." pesan Sangyeon. Dia melirik cermin dan melihat Daehwi sedang memutarkan mata.
"Kan kan, takkan lah sebab perempuan sorang je kau nak gaduh dengan Munah. Kalau aku buat macam tu kat bini aku, habis aku ditinjunya. Masuk hospital lagi aku nanti." sampuk Hongjoong. Dia bercakap seolah-olah melupakan kewujudan Daehwi di sebelah.
"Ish, takde topik lain ke nak bincang?" soal Daehwi, tak senang hati. Sangyeon melakar senyuman senget.
"Kenapa? Salah ke?" tanya Sangyeon balik.
"Ada orang termakan cili lah tu, Rad." balas Hongjoong dan mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Jisung hanya diam dan fokus memandu.
Selepas menghantar mereka bertiga pulang, Jisung memasuki rumahnya. Dia menghela nafas, tiada lagi Hyunjin yang menyapanya dengan senyuman manis berserta eyesmile di ruang tamu.
Tiba-tiba dia merindukan senyuman itu.
"Riz, mana semua orang?" Jisung bertanya kepada Changbin yang kebetulan baru turun dan ingin menuju ke dapur.
"Keluar kot, tak tahulah. Riz baru bangun tidur." jawab Changbin dengan suara serak.
"Riz, kejap." Jisung menahan lengan anaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fanfictionnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...