Okey nak cakap chap kali ni drama dia agak melampau, tak tau kenapa tapi aku rasa macam melampau gaklah HAHAHAH GELI LAH AKU BACA CHAP NI
Seperti biasa, jika ada ayat pelik, typo dan autocorrect harap dimaafkan. Manusia kan sering melakukan kesilapan.
ー"Nak pergi mana?" Jeongin berhenti jalan dan menoleh ke arah Yongbok yang sedang menatapnya.
"Bukan ke kau kata kau dah tak kisah dengan apa yang aku nak buat lagi? Jadi buat apa kau tanya soalan tu?" tanya Jeongin. Dia tersenyum sinis apabila Yongbok berdecit dan pergi.
Tidak memerlukan banyak waktu untuk wanita itu tiba ke destinasi.
"Asal awal sangat datang sini?" tanya Jeongin kerana air yang dipesan Yedam sudah tinggal suku. Mungkin Yedam sudah menunggu lebih dari 20 minit.
"Sengaja, biar aku tahu rupanya menunggu kedatangan bidadari tu lama dan perlukan kesabaran." jawab Yedam.
Tuk!
Kepala Yedam diketuk.
"Jangan nak buaya sangat, kau dah tua. Buruk bebeno perangai dah tua tapi buaya." marah Jeongin.
"Eleh, Mahmod tu pun buaya juga masa dia kerja kat Australiaー"
Tuk!
"Jangan nak memandai tuduh orang lain buaya!" Yedam mengaduh kerana Jeongin mengetuk kepalanya buat kali kedua. Dia baru tahu sekarang Jeongin memiliki kebiasaan mengetuk kepala orang, timbul rasa simpati kepada Yongbok kerana mendapat isteri seperti Jeongin.
Kalau salah sikit habis berbenjol kepala.
"Yelah yelah, jadi kenapa kau ajak jumpa?" tanya Yedam. Jeongin menunduk dan memainkan jari jemari.
"Tu... Mahmod bebetul marah aku doh." jawab Jeongin perlahan, hampir seperti berbisik. Nasib baik telinga Yedam belum pekak sepenuhnya.
"See? Aku dah kata kat kau jangan buat dia cemburu. Pastu sekarang kau nak salahkan aku gitu? Nak aku sumbat tisu hari tu dalam lubang hidung kau? Aku simpan lagi tahu tisu tu kalau kau nak tahu." bebel Yedam. Jeongin sudah cemberut.
"Aku tak cakap pun aku salahkan kau!" marah Jeongin.
"Kau dah cuba pujuk Mahmod? Dah cakap kat dia yang kau tu cuma buat dare je?" tanya Yedam dan dia lantas beristighfar panjang apabila Jeongin menggeleng.
"Astaghfirullahalazim, kak Misnah oi! Kalau kau tak pujuk, kalau kau tak cakap yang tu cuma dare macam mana Mahmod nak maafkan kau? Punya otak atau tidak ini manusia?" tanya Yedam.
"Dia pun tak nak cakap dengan aku sekarang, buat apa aku nak cakap dengan dia?"
"Haah, bodoh. Dua-dua ego melangit, bergaduh lah korang sampai mati dahlah memasing tinggal tunggu masa je ni." sindir Yedam. Berkat berkawan dengan Jeongin selama berpuluh tahun, Yedam dianugerahkan bakat memerli dengan cukup cemerlang.
"Aku ego ke?" tanya Jeongin. Kali ini Yedam mengusap muka dengan kasar, dia perlu bersabar.
"Iye, kalau kau tak nak pujuk laki kau sebab Mahmod tak nak cakap dengan kau tu maksudnya kau ego. Patutnya kau usaha pujuk dia, bukan makin buat hubungan korang makin renggang. Haih, aku dah macam penceramah dah ni."
"Tapi aku tak reti pujuk orang, kau sendiri tahu kan dulu masa kau merajuk dengan aku, aku biarkan kau merajuk sorang-sorang kat kebun kelapa sawit." kata Jeongin.
"Tu namanya kisarah, padan muka dulu tak nak pujuk aku en sekarang mengelibas lah kau nak pujuk laki kau." balas Yedam, air pesanannya diminum sampai habis.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fanfictionnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...