Aku rasa tatabahasa dalam chap ni hancur. :)
ー"Khairul, kenapa adik kau nangis? Kau buat apa kat dia?" tanya Seonghwa apabila perasan mata Mingi sembab ketika pulang bersama Yunho.
"Khai bagi dia pengajaran dunia, biar bodoh dia berkurang sikit. Bodoh Harraz makin menjadi-jadi sekarang, mi." jawab Yunho. Mingi berlari ke arah Seonghwa dan memeluk ibunya dengan erat.
"Hiks umi... Tadi Khai dengan abang Hamzah kurung Harraz dalam bilik hiks dengan patung abang Hamzah hiks... Harraz takut..." adu Mingi. Mata Seonghwa sudah terjegil memandang Yunho.
"A-Ah tapi t-tu sebab Harraz tu yang cari fasal dulu. Dia bergay dengan Riz tadi." ujar Yunho.
"Astaghfirullahalazim, anak sedara akak tu tak takut ke dengan patung-patung tu?" tanya Hyunjin kepada Joonyoung.
"Tak, Munah. Dulu pernahlah juga abang Murad nak buang patung-patung tu tapi si Hamzah dia punya menangis tu sampai boleh pekak telinga akak." jawab Joonyoung.
"Umi, abang Hamzah mengerikan. Dia dah obses dengan patung yang menyeramkan." ujar Mingi.
"Kira elok lagi dia cuma obses dengan patung, kau tu obses dengan nenek lagi teruk. Haih, kenapalah aku ada anak macam kau ni?" Seonghwa mengeluh kerana Mingi suka menjadikan wanita berumur sebagai mangsa buaya. Seonghwa meremang apabila membayangkan jika Mingi betul-betul berminat dengan wanita tua.
"Tapi nenek nenek tu sopan santun pastu ayu, perempuan zaman now semuanya kasar." kata Mingi. Yunho mendengus.
"Kau tengok nek Misnah tu sopan ke?" perli Yunho.
"Tak! Nenek Misnah terkecuali!"
Klek
Wooyoung membuka pintu rumah dengan wajah lesu.
"Ikmal, kenapa muka murung je tu? Okey tak?" tegur Joonyoung.
"Takde apa-apalah, acik Milah. Ikmal okey." jawab Wooyoung sebelum pergi menuju ke bilik. Hyunjin mencuit lengan Seonghwa.
"Tu pehal tu?" tanya Hyunjin.
"Entahlah, labu."
"Entah-entah Ikmal broken sebab mamak curang dengan dia? Cinta Ikmal pada mamak telah dipersiakan lagi." kata Mingi lalu kepalanya diketuk oleh Seonghwa.
"Betul juga kata si Khairul tu, bodoh kau makin menjadi-jadi sekarang!" marah Seonghwa. Mingi mencebik.
"Umi jahat!" Mingi melepaskan pelukan pada Seonghwa dan berlari dengan penuh dramatik menuju ke bilik.
Seonghwa menghela nafas.
"Acane tu? Anak dah merajuk tu." tanya Joonyoung.
"Biar jelah dia tu, nanti dia okey sendiri lah tu."
Jeongin menyulam di dalam bilik, dia bosan kerana cuma dia dan Changbin yang berada di rumah itu. Yang lain entah ke mana menghilang.
"Rizki Afnan Changbin!" jerit Jeongin. Tak sampai beberapa saat Changbin muncul sambil memakai headphone.
"Yow!" sahut Changbin dengan gaya hip-hop.
"Buatkan aku air milo." suruh Jeongin.
"Alah... Nenek suruhlah atuk..."
"Atuk kau tak ada kat sini. Kau je yang ada."
"Tapi Riz tak reti buat air milo macam yang nenek suka, selalunya kan nenek cuma suka air milo yang atuk buat je." kata Changbin.
"Hei, budak! Jangan nak banyak songeh, pergi buatkan aku air milo!" paksa Jeongin. Changbin terpaksa melakukan suruhan itu walaupun dia tak henti-henti merungut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fanficnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...