"Hah?!" mata Jeongin terbeliak sedangkan Hyunjin terdiam seribu bahasa, kesedaran wanita itu mula menghilang dan akhirnya dia jatuh pengsan di hadapan mereka.
Buk!
"Mummy!" Changbin yang kebetulan ingin pergi ke tandas langsung menukar niat dan berlari ke arah ibunya. Jeongin menatap pengawai agama itu dengan tajam.
"Kau jangan main-main!" marah Jeongin.
"Saya tak main-main, puan. Encik Roslan memang kena tangkap khalwat tadi."
"Lah, anak siapa pula si Roslan tu?" tanya Jeongin. Lelaki-lelaki itu saling berpandangan.
"Ni bukan ke rumah encik Roslan?"
"BUKANLAH BODOH, NI RUMAH ROSLI! ROSLAN TU ANAK SIAPA TAH AKU PUN TAK NAK TAHU! BERAMBUS KAU DARI RUMAH NI SEKARANG!" Jeongin berteriak sehingga Yongbok tergopoh-gapah keluar dari bilik. Yongbok terkejut melihat pengawai-pengawai agama itu sudah lari lintang pukang.
"Cinta, kenapa jerit malam-malam macam ni?" tegur Yongbok. Jeongin mengurut dahi.
"Mod, kita kena cari anak bertuah tu sekarang juga."
"Siapa anak bertuah tu?"
"Rosli lah!"
"Jangan tanya kenapa kitorang buat muka kau jadi labu busuk macam ni." ujar Minho, dingin. Dia menatap abang iparnya dengan penuh perasaan benci.
"Kau fikir apa, sial? Kau fikir orang tak fikir bebukan kalau kau duduk berdua-dua dengan sundal tu? Bodoh ke?" tanya Minho bertubi-tubi. Seungmin menghela nafas, dia mengambil beberapa helai tisu dan menyumbatnya ke dalam mulut Minho.
Rasa berdosa pula jika biarkan Minho terus berbicara.
"Li, untung yang datang tu kitorang tahu. Kalau orang jabatan agama yang datang? Kau nak cakap apa kat kak Munah?" tanya Seungmin. Tak sia-sia Changbin menelefon mereka untuk meminta tolong mencarikam Jisung, jika mereka terlambat sedikit pasti Jisung sudah mendapat sebuah masalah jauh lebih besar.
Jisung diam, tangannya yang memegang sebeg ais diletakkan di pipi yang lebam.
Semasa dia dan Daehwi sedang berbual, Minho, Seungmin, Kamal Kai dan Somi menerjah masuk ke dalam secara mengejut. Jisung yang masih bingung tiba-tiba dipukul oleh Minho dan Seungmin tanpa sempat dia bertanya apa-apa soalan. Daehwi pula diuruskan oleh Somi dan Kamal Kai.
"Sekarang kau masih tak nampak yang Lola tu cuma nak hancurkan rumahtangga kau dengan kak Munah?" tanya Seungmin lagi. Dia menunjukkan sebuah video kepada Jisung.
"Kau fikir Lola tu baik sangat kan? Tengok video ni, baru kau tahu dia tu sebenarnya talam beribu muka." Jisung menonton video itu tanpa berkedip, dia jelas mendengar bagaimana Daehwi mengutuk Hyunjin dan anak-anaknya.
Jisung mengetap gigi.
"Aku nak jumpa Lola."
"Tak payah, dua ketul tu dah settlekan perempuan tak tahu malu tu. Kau tak payah nak jumpa dia lagi." potong Minho.
Ting
Kamal Kai menghantar sebuah gambar. Minho tersenyum puas melihat Daehwi sudah kotor dengan air tanah. Bermanfaat juga dia pernah mengajarkan Kamal Kai dan Somi cara untuk menyiksa orang.
"Rosli Jisung Han!" mereka bertiga terkejut apabila Jeongin dan Yongbok menghampiri mereka yang berada di luar klinik. Jeongin memukul Jisung dengan penggaru belakang.
Buk
Buk
Buk
"DASAR ANAK TAK TAHU DIUNTUNG, KAU PERGI BALIK SEKARANG!" marah Jeongin. Yongbok menjauhkan Jeongin daripada Jisung, takut kepala Jisung berlubang dek dipukul dengan kuat.
![](https://img.wattpad.com/cover/253848999-288-k296901.jpg)
YOU ARE READING
Han Family
Fanficnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...