Enam puluh sembilan

1.2K 206 269
                                        

Buk!

Buk!

Buk!

Punching bag milik Seonghwa sekali lagi dijadikan sebagai tempat melepaskan amarah. Joonyoung duduk dan memerhatikan dua orang sahabatnya memukul benda tak bernyawa itu dengan kejam.

"Dah dah, korang rehatlah kejap. Ni minum air." dia menyerahkan dua kotak susu pisang kepada Hyunjin dan Seonghwa.

"Abang Li tu tak tahu bersyukur betul! Cubalah jadi macam abang Murad! Eie, geramnya!" rungut Hyunjin sebelum minum susu itu. Seonghwa mengangguk.

"Betul tu. Kita dah penat masak sampai berpeluh kat dapur boleh pula laki kita nak complain itu ini!"

"Korang, dahlah. Diorang kan manusia, biasalah tu kalau ada buat salah sikitー" Joonyoung langsung terdiam apabila dia ditatap dengan tajam oleh dua orang wanita itu. Joonyoung tetap takut dipandang sebegitu rupa walaupun Hyunjin dan Seonghwa adalah sahabatnya.

"Akak, abang Dollah tu memang dari dulu asyik ada je yang tak kena dengan masakan aku. Aku masak daging lembu dia nak daging itik, aku masak ikan pari tetiba nak cumi-cumi! Siapa je yang tak geram, kak?!" Seonghwa mengipas muka, dia membayangkan ada wajah Hongjoong di punching bag lalu dia kembali memukul beg itu.

"ERGH, AKU GERAM! AKU GERAM!"

Buk!

Buk!

Buk!

"Sudah, Paka! Sudah!" Joonyoung menarik Seonghwa dari terus menghabiskan tenaga dengan sia-sia.

"Apa kata kita jalan-jalan kat mall? Kita shopping sekali." cadang Joonyoung.

"Boleh juga, Munah pun nak beli punching bag macam akak Paka ni. Baru puas nak lepas geram." sahut Hyunjin. Joonyoung menepuk dahi, bukan itu maksudnya.

"Jomlah. Lama-lama kat rumah ni kang hancur juga punching bag ni aku kerjakan." ajak Seonghwa. Mereka menuju ke pintu keluar dan kebetulan Chan dan Jongho berada di hadapan rumah.

"Umi, nak pergi mana?" tanya Jongho yang baru pulang dari tadika.

"Nak pergi jalan-jalan."

"Nak ikut!" jerit Chan dan Jongho serentak.

"Tak boleh, ni geng Bawang Rangers je boleh ikut!" larang Seonghwa. Dua orang kanak-kanak itu mula mencebik, air mata mula bertakung di sudut mata. Perangai biasa bila kanak-kanak tak dapat apa yang diinginkan.

"Ish kau ni, Paka. Fakhrul dengan Ayyan jangan nangis, korang boleh ikut." ujar Joonyoung mengembalikan senyuman Chan dan Jongho.

"Nak ikut juga!" tiba-tiba Sunwoo dan Youngjae muncul sambil menjerit.

"Astaghfirullahalazim, budak ni nasib baik aku takde sakit jantung!" marah Hyunjin kerana terkejut disergah. Joonyoung bercekak pinggang.

"Hei, ni kenapa korang boleh ada kat sini? Korang ponteng sekolah ke?!" tanya Joonyoung, garang.

"Eh tak! Sekolah bagi balik awal sebab ada cikgu-cikgu ada meeting!" jawab Youngjae.

"Mak su ni pun, takkan lah kitorang berani nak ponteng sekolah. Muka kitorang kan muka anak-anak soleh." kata Sunwoo. Dia dan Youngjae membuat muka comel, berlakon seakan-akan mereka adalah manusia yang polos.

"Bukan ke hari tu abang Haimin cakap abang dengan abang Naufal ponteー" Sunwoo menutup mulut Jongho.

"Apa dia, Fakhrul?" tanya Joonyoung.

Han FamilyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang