Lima puluh satu

1.3K 193 490
                                    

Surprise hshshsh tanjat tak aku double update

"Abang Riz..." Chan menarik perlahan jari kelingking Changbin. Bibirnya mencebik, tabiat biasa si adik ketika berasa sedih.

"Kenapa mummy marah ayah?" si kecil berbisik kepada abangnya.

"Makan je, Ayyan." bisik Changbin. Dia menghela nafas, tentu Chan bertanya sedemikian kerana Hyunjin tidak mahu bersarapan bersama mereka pada pagi ini. Jisung juga tidak banyak bicara.

Suasana di meja makan tidak lagi meriah seperti selalu.

"Jangan bagi aku sawi, Mirah." tegur Seungmin.

"Kenapa? Kau kan suka sawi." tanya Minho dengan wajah polos. Seungmin tersenyum namun sebenarnya dia teringin menoyoh sawi itu ke muka Minho.

Tolonglah, satu keluarga ini tahu yang Seungmin adalah seorang manusia yang  sangat benci akan sayuran bernama sawi itu.

"Aku tak suka, kau yang suka." tidak mahu kalah, Seungmin dengan baik hati menyuap sesudu penuh sawi ke dalam mulut Minho secara paksa.

"MPHTT HALIM!" Minho berlari ke dapur untuk memuntahkan sayuran itu kerana rasa pahit khas sawi telah memenuhi seluruh mulutnya.

Seungmin ketawa besar, puas dia melihat Minho terseksa.

Changbin memandang Jisung. Sangat jelas si ayah benar-benar berada dalam frasa kemurungan setelah tiga hari Hyunjin mengabaikan Jisung. Bahkan Changbin yakin bahawa Jisung tidak sedar telah menyusun mee goreng itu menjadi sebuah nama iaitu Maimunah.

"Li, kau ni kenapa sejak akhir-akhir murung semacam?" tanya Jeongin. Jisung meletakkan kepala di atas meja dan termenung. Mengabaikan sepenuhnya soalan daripada Jeongin.

"Eh budak ini." Jeongin sudah menyinsing lengan baju dan siap memukul kepala anaknya kerana tidak menjawab soalannya tadi, untung Yongbok sempat menahan Jeongin.

"Rosli, kenapa ni? Abah tengok kau dengan Munah dah lama tak bertegur." tanya Yongbok. Seungmin berdecih.

"Dia kantoi mengurat janda yang duduk hujung taman tu, bah." jawab Seungmin.

"Aik? Selalunya kalau kantoi sekalipun Munah tak marah macam ni." kata Yongbok, terselit nada hairan di situ. Minho duduk di tempatnya semula dan membalas kata-kata ayah mentua.

"Macam mana akak Munah tak marah? Banyak anak dara yang abang Li boleh ngurat, si janda juga yang dia nak. Ish ish, tak patut." ujarnya, tenang. Seungmin menyumbat lagi sawi ke dalam mulut Minho, lebih baik mulut wanita itu dipenuhi dengan sawi daripada bercakap tentang perkara yang mengarut dan tidak berfaedah.

Jeongin mengusap dagu, dia menatap pintu bilik pasangan HyunSung yang tertutup rapat.

"Kau kena buat sesuatu, Li. Takut si Munah tu minta cerai je sebab dah penat layan buaya kurang kasih sayang macam kau ni." ujar Jeongin. Jisung mengangkat wajah dan menatap Jeongin dengan dahi berkerut.

"Mak, jangan cakap fasal tu boleh tak? Kan ada Riz dengan Ayyan kat sini." pinta Jisung sedikit marah. Changbin menggaru kepala, dia menarik lengan adiknya menuju keluar rumah.

"Er, Riz dengan Ayyan nak main kat taman. Bye bye!"

Changbin membawa adiknya menuju ke taman, dari tadi Chan menunduk.

"Er, Ayyan nak aiskrim tak? Abang Riz nak belanja ni. Kau suka aiskrim strawberi kan?" tanya Changbin sakadar untuk menyenangkan hati Chan namun kanak-kanak itu malah menggelengkan kepala. Changbin cuba memikirkan idea lain.

"Wei, Ayyan. Tengok tu ada biawak terbang!" jerit Changbin.

Chan menoleh ke tempat yang ditunjuk oleh Changbin tetapi tiada seekor biawak pun ia lihat. Dia menoleh semula ke Changbin yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

"Eie, bodoh. Tu pun percaya bulat-bulat."

"IHHH, ABANG RIZ JAHAT!"

"HAHAHAHA KEJARLAH AKU, KAU KAN PENDEK TAKKAN DAPAT KEJAR PUNYA!"

...

Pada waktu petang, Kamal Kai memerhatikan seorang wanita yang sedang memilih bawang, matanya tak berkedip untuk melihat apa yang dilakukan oleh wanita tersebut.

Buk!

"Aduh!" dia menjegilkan mata ke seorang gadis bertudung bawal yang telah berani memukul kepalanya dengan sebuah pemadam papan putih.

"Ish, kau nak apa kak buat kat sini? Sibuk jelah kau ni." marah Kamal Kai.

"Kau cakap apa kat Ayyan dulu, hah?!" bentak Somi, Kamal Kai cuak dan dia meletakkan jari telunjuk di atas bibir.

"Shh, diam sikit!" matanya mengerling ke arah wanita yang diperhatikan dari tadi. Somi agak terkejut, dia tidak perasan kehadiran Hyunjin di situ.

"Akak Munah ada gaduh ke dengan suami dia?" tanya Somi, perlahan.

"Haah, laki dia kantoi mengurat janda. Kau takde nyah masa tu, kalau kau ada aku yakinlah meremang bulu roma kau dengar dia menjerit. Takde orang yang lagi menyeramkan daripada dia tahu." kata Kamal Kai bersungguh-sungguh. Somi tersenyum kelat mendengar Kamal Kai memanggil Hyunjin sebagai wanita paling menyeramkan.

Kalaulah Kamal Kai ada semasa peristiwa hitam antara dia, Seungmin dan Minho dulu pasti lelaki itu akan mengubah fikiran.

"Janda mana?" tanya Somi.

"Janda Lola yang anak tiga tu."

"Lah, akak Lola bukan baik ke? Kenapa dia nak melayan buaya abang Rosli tu?"

"Siapa yang kau kata baik tu?" Somi dan Kamal Kai serentak menjerit kerana Hyunjin menyampuk perbualan mereka. Dua orang manusia itu mula tidak keruan, tatapan tajam Hyunjin membuat Somi mahupun Kamal Kai ingin menghilang sahaja dari situ.

"T-T-Takde s-siapa..." jawab Somi. Hyunjin meletakkan beberapa biji bawang berserta serai ke atas meja kaunter.

Kamal Kai mengira harga dua sayuran itu dengan cepat, tidak mahu membuat Hyunjin bertambah marah. Selesai membayar, Hyunjin pergi dengan aura negatif yang sangat mencengkam.

Mereka berdua menghela nafas lega sebaik sahaja Hyunjin sudah tiada di situ lagi.

"Mal, kau nak buat misi dengan aku?"

"Misi apa?"

"Kita kena siasat hubungan sebenar antara abang Rosli dengan akak Lola." Kamal Kai tersenyum lebar, dia memakai cermin mata hitam lalu bergaya seperti seorang detektif.

"Tenang, aku pasti akan join. Aku pakar dalam bab siasat ni. Aku ni anak didik Sherlock Holmes tahu." katanya dengan penuh yakin.

"Perlu ke buat posing dramatik macam tu, setan?"

"Sekarang kau nak buat apa?" Changbin mengeluh, kakinya menolak perlahan buaian yang ia naiki sambil memikirkan pertanyaan Chanhee.

"Entahlah, bang. Aku pun tak tahu." jawabnya, dia melihat Chan sibuk bermain pondok-pondok bersama gengnya yang terdiri daripada ahli anak bongsu.

"Aku cuma risaukan Ayyan je."

Chanhee menepuk bahu Changbin.

"Sabar eh, mummy kau mungkin nak masa untuk bersendiri. Lama-lama diorang berbaik lah tu. Biasalah orang dah kahwin ni memang ada gaduh-gaduh sikit." ujar Chanhee disertai dengan seulas senyuman. Changbin membalas senyuman itu.

"Tak sia-sia aku cerita fasal ni kat kau, bang. Kau jelah yang boleh bagi aku semangat. Nak kiss sikit, bang."

"Babi, kau pergi jauh dari aku sekarang!"

Yeosang berehat di pondok taman kerana tidak mahu mengikut acara perebutan roti aiskrim antara Yunho dan Younghoon yang tidak jauh dari pondok itu.

"Benda boleh beli, nak juga berebut. Pangkat je anak sulung tapi perangai subhanallah buruk betul." kutuk Yeosang. Dia ingin bersandar dan memejamkan mata namun terbatal tatkala dia melihat sebuah sosok yang tidak asing baginya sedang bersama dengan seorang lelaki.

'Diana?' getus hati Yeosang. Dia mengambil telefon dan menelefon Hyunjun, di luar jangkaannya gadis itu menolak panggilannya dan sambung berbual dengan lelaki itu.

'Kenapa kau tolak call aku semata-mata nak berbual dengan abang Harith?'

Han FamilyWhere stories live. Discover now